Tuesday 30 April 2013

Report Polis Telah Dibuat Ke atas SPR



Report polis sudah dibuat. Ayuh SPR, anda perlu neutral dan jadi orang tengah dalam selesaikan isu ini. Laporan polis telah dibuat oleh seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing, Kulai hari ini. Laporan bertarikh 30 April 2013 jam 3.45 petang itu menyatakan bahawa dakwat “kekal” SPR hilang dalam masa beberapa jam sahaja. Pengadu yang juga pengundi awal telah membuang undi awal pagi ini dan terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi. Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.



Nah SPR. Ini bukti jelas bahawa anda sedang menipu. Report polis bukannya perkara main-main. Memang ia telah berlaku dan perkara ini hendaklah disiasat. Pihak PR perlu jadikan wanita ini saksi utama untuk heret SPR ke muka pengadilan. Jangan biarkan mereka bebas menipu rakyat Malaysia. Dulu kata seminggu tahan kekal dakwat itu. Tapi sekarang? Tak sampai beberapa jam sahaja dakwat sudah hilang.

Mereka sebenarnya sedang menipu. Sebab itulah beria-ria nak tukar tarikh pengundian awal yang asalnya akan diadakan tiga hari sebelum tarikh mengundi, tetapi telah mengadakan pengundian awal lima hari sebelum tarikh mengundi. Mereka ada agenda untuk menangkan BN. Sebab itulah kita patut menyatakan bantahan ramai-ramai kepada SPR. Biar terduduk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR. Biar mereka tahu apa itu kuasa rkayat..ini kalilah..



<

MB UMNO Mana Ni? Gempar!!!


ASSALAMUALAIKUM,” laung seorang anak muda sambil tertinjau-tinjau di sisi bangunan pinggir Terusan Wan Mat Saman yang selari dengan jalan Alor Setar - Sungai Petani, pada suatu pagi dua tahun lalu.Seketika kemudian, kedengaran suara salam dijawab dari  belakang bangunan. Anak muda bertubuh tinggi, berambut lebat itu segera mencari arah datangnya suara.

Tiba di sana, dilihat sekumpulan empat lelaki agak baya sedang bersembang di satu ruang yang pintunya terbuka. Seorang daripada mereka - yang paling tua - berbaring di pangkin.


“Saya Rizal, skuad Sinar (Harian) baru di kawasan Yan,” kata anak muda itu dengan senyuman seperti dipaksa. Dia dipersilakan masuk.


Lelaki yang berbaring di pangkin bangun. Setelah berbasa basi untuk seketika, lelaki itu bertanya: “Hang tau dak saya ni sapa?”


“Minta maaf pakcik, saya tak tau ...,” jawab si anak muda, jujur.


“Tak pa, hang boleh tanya depa ni,” balas lelaki itu yang berkain pelikat dengan baju pagoda.


Barang kali kerana kasihan kepada si anak muda, seorang lelaki lain kemudian berkata: “Inilah Ustaz Azizan, Menteri Besaq Kedah.”


Anak muda itu hilang kata-kata! Dia seperti tidak percaya.


“Saya bukan tak kenal MB Kedah, tapi hari tu dia nampak lain sangat. Dengan baju pagoda, kain pelikat, tak pakai cermin mata, kopiah pun tak pakai... itu yang saya panggil dia Pakcik,” kata Rizal mengimbas peristiwa itu kepada saya beberapa minggu kemudian.


Ya, mungkin ramai yang tidak tahu, Ustaz Azizan sejak dilantik menteri besar, tidak pernah menghuni Seri Mentaloon di Alor Setar. Kediaman rasmi MB Kedah itu hanya diguna untuk acara rasmi.
 


Dia masih tinggal di rumah lamanya di bahagian belakang bangunan Markas Pas Jerai di Batu 15, Padang Lumat, dekat Guar Chempedak itu selain sebuah lagi rumah di Jalan Sultanah, Alor Setar yang dibeli daripada keluarga mertuanya.

Walaupun sudah bergelar MB, Ustaz Azizan masih mengekalkan gaya hidup biasa.

Setiausaha akhbarnya, Helmi pernah menceritakan,  Azizan hingga sekarang jika mahu beli seluar, baju, tempatnya adalah sebuah kedai di Pekan Simpang Empat Kangkong.


“Dia selalu suruh aku pi kedai tu, Kedai Timor. Kata dia, baju, seluaq di kedai tu murah-murah. Kita sendiri tak sanggup pakai yang tak dak brand macam tu,” kata Helmi. Difahamkan, kebanyakan baju yang dipakainya berharga tidak lebih RM20 sehelai.


Selain Kedai Timor,  Azizan juga biasa beli pakaian di sebuah kedai India Muslim di Lebuh Chowrasta di Pulau Pinang.


“Satu hari, mamak kedai tu mungkin sebab baru  perasan tengok muka Ustaz  di TV, dia kata, Haji, ini hari saya tak mau jual lagi pada Haji. Ustaz tanya, sebab apa? Dia kata, sekarang Haji sudah jadi menteri, orang besaq. Elok pakai baju, seluaq yang tempah, bukan yang dia jual,” katanya.

Ustaz Azizan tetap Ustaz Azizan.


Tidak lama dulu, saya dijemput hadir kenduri kahwin anaknya di Kampung Teras Jernang, Bangi. Lokasi kenduri sebuah rumah kampung tidak jauh dari kampus UKM.


Ketika bersalam, Ustaz Azizan berpesan, “mai makan kenuri sudah naa, jang dok buat berita buh dalam surat habaq.”


Selepas makan, saya bertanya kepada setiausaha politiknya, Sanusi, apa sebab Ustaz tak buat kenduri di Alor Setar?


Jawab Sanusi: “Ini kenduri kahwin anak yang kedua dia buat lepas jadi MB. Kali pertama di Kedah. Belanja terlalu tinggi (sebab nak kena sedia hidangan banquet). Untuk tampung kos, Ustaz terpaksa pinjam dari beberapa orang exco RM20,000 seorang.


“Kali ni dia tak sanggup nak meminjam lagi, sebab itu dia buat di sini. Di sini tak perlu nak jemput orang-orang besar sebab kenduri kampung saja,” katanya.


Ujar Sanusi lagi, Ustaz Azizan cukup menjaga integriti dan dia tidak mahu ada pihak ambil kesempatan menaja majlis peribadinya.


“Sebagai menteri besar, apa yang dia buat ini memang ambik risiko. Mungkin ada yang berkecil hati apabila dia tidak buat kenduri kahwin anak di Kedah. Tetapi inilah prinsip Ustaz yang tidak mahu timbul fitnah dalam pentadbirannya,” katanya.


Cerita mengenai Ustaz Azizan mengingatkan saya kepada Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, MB Kedah kelapan yang memerintah antara 1999 hingga 2005.

Syed Razak adalah contoh pemimpin yang sangat ‘down to earth’.

 Sudah banyak kali saya lihat sendiri cara Syed Razak berdepan dengan rakyat yang mendorong saya buat kesimpulan, dia pemimpin yang sangat baik, bukan buat-buat baik!


Ketika hadir kenduri di sebuah kampung di Kubang Rotan, belum pun kami yang lain sempat keluar dari kereta, dia awal-awal saya lihat sudah menyeberang titi usang untuk ke rumah kenduri di seberang tali air.


Tiba di rumah itu, dia cuba bersalam dengan 100 peratus orang yang ada, tidak kira siapa pun mereka hingga ditegur oleh seorang lelaki, “Datuk tok sah (tak usahlah) dok mai la bersalam dengan kami ni, Datuk tu menteri, kami ni gedohok (pembantu kenduri) saja. Datuk tok sah mai tang ni, sat gi kotoq habih seluaq kasut!”


Lalu dijawab oleh Syed Razak: “Hangpa jangan dok kata lagu tu! Tak dak hangpa, tak dak kenduri.”


Selepas habis bersalam, dia melangkah masuk ke dalam rumah kenduri tanpa sebarang rasa kekok. Gayanya menunjukkan dia sudah terlalu beriasa dengan tuan rumah, orang kampung dan juga keadaan di  rumah itu.


Rupa-rupanya Syed Razak mencari seseorang - tuan rumah - yang uzur dan terbaring di katil berhampiran dapur.


Melihat menteri besar datang, lelaki warga emas yang membahasakan dirinya sebagai Pak Long cuba untuk bangun.


Ketika tangannya diurut-urut oleh sang menteri, Pak Long berkata: “Pak Long ni sabit (bersebab) tak mengaji (bersekolah tinggi). Kalau tidak, Pak Long tak biaq kat dia ni (Syed Razak) jadi menteri besaq, Pak Long pun nak jadi (menteri besar) jugak.”


Kata-kata Pak Long dibalas oleh Syed Razak: “Orang tua ni, dok terkedang (terbaring) atas katil pun nak bercakap politik lagi. Sudah-sudahlah tu ...”

Kami semua tertawa.


Apa yang dapat anda simpulkan jika anda berada di tempat saya?

Ini satu daripada banyak peristiwa menyentuh hati saya mengenai  kemesraan Syed Razak.


Rakyat Kedah kini di persimpangan sama ada mahu mengekalkan kerajaan sekarang dengan Ustaz Azizan juga dikekalkan sebagai menteri besar, ataupun ini kali mahu tukar kepada menteri besar yang baru pula.


Soalnya, jika mereka mahu tukar kepada BN, apakah Datuk Mukhriz Mahathir sedia untuk jadi pemimpin yang ‘down to earth’ seperti Syed Razak?

Selamat mengundi!


* saya kenal dengan Anak Ustaz Azizan. Dia pergi kuliah naik motor modenas kriss buruk sahaja dahulu di Universiti. MB UMNO..asyik lawan ALLAH sahaja. Takkan ada masanya nak merendah diri dan berjimat cermat..

Najib Tolak ALLAH Secara Total



Najib memang magkuk. Hidup bertunjangkan syaitan. Nak realiti macamana? Tengok di Arab Saudi, kaum kafir ramai je dekat sana yang bekerja di pelantar minyak dan jeddah. Tu belum kira dengan amah Filipina dan Vietnam yang bekerja di sana. Tapi kenapa Arab Saudi boleh laksanakan hudud?

Jelas bahawa BN dan Najib yang jadi kepala, menolak hukum Tuhan secara total. Mereka hina hukum islam kononnya tidak realiti pada masa sekarang. Maksudnya tidak sesuai pada zaman sekarang. Weiii Najib. Allah ni pada zaman moden tak sesuai ke? Masa zaman Nabi di Madinah, orang islam semuanya ke? Takde ke orang yahudi dan nasrani atau kristian masa itu. Memang bodoh dan buta agama si Najib ni. Layak ke dia jadi 'imam' bagi rakyat islam negara ini. Tuii...najis mughalazah pun dah tak tahu..apatah lagi bab hukum hakam.

Bukankah hukum islam hanya untuk orang islam sahaja. Kenapalah nak susah serabut kepala tolak hukum Islam. Tolak aturan dan hukuman ALLAH. Kenapa kita perkecilkan ALLAH sampai ke tahap ini. Kalau dah tolak islam. Tak payah letak dalam ic agama islam. Buang sahaja. Tak payah lah terhegeh-hegeh sambut hari raya. Memang mereka dah cabar kebesaran ALLAH.

Sebab itulah kalau PAS betul-betul ikhlas dan perjuangkan ALLAH sebagai nombor satu. Laksanakan hukum ini selepas menang pilihanraya kali ini. Buat untuk umat islam sahaja. Sebelum itu, pendidikan dan kefahaman yang jelas perlu diberikan kepada rakyat. InsyaALLAH tak sempat nak laksanakan pun, orang akan sedar dan takut nak buat jenayah.

UMNO memang perosak masyarakat. Mereka memang membahayakan nyawa kita semua. Undang-undang ciptaan manusia tak mampu halang jenayah daripada berlaku. Nak ke peristiwa Timbalan Pengarah Kastam yang kena tembak itu kena pada kita suatu hari nanti? Nak ke. Kalau Najib kena tembak. Sudah tentu si Rosmah pun nak orang yang tembak itu ditembak kembali. Adil dalam perbuatan jenayah. Inilah namanya Qisas, yang terdapat dalam hukum hudud.

Biarlah kemenangan dunia kita tak dapat. Tapi kemenangan akhirat yang akan kita perolehi. Memang strategi penting dalam pilihanraya. Tapi berkaitan dengan prinsip dan akidah, ianya tak boleh dimainkan. Biarkan Najib jadi imam ajaran sesat UMNOnya itu. InsyaALLAH kita doakan mereka insaf. Jangan ragu-ragu kerana ALLAH adalah segala-galanya.




UMNO Samseng..Baling Batu Di Ceramah Anwar



Takut berhujah, dibalingnya batu. Cedera parah orang yang hadir ceramah. Kalau kuatkan pembesar suara adalah perkara biasa. Tapi baling batu inilah yang bahayakan orang awam. Memang UMNO penakut dan gilerr. Macam UMI Hafilda dalam video ini. Kita doakan mereka beruabah...

 

Monday 29 April 2013

Semua Pihak Yakin Bahawa BN Akan Kalah Dalam Pru Kali Ini...


Semua berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU kali ini. Anwar bakal menjadi Perdana Menteri ke-7 dan Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya selepas 5 Mei ini. Ini bukannya angan-angan kosong, tapi diakui sendiri oleh

1. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yakin PR akan memerintah negara dan telah bersetuju untuk dilantik sebagai salah seorang penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR). Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein diangkat sebagai pengerusi majlis tersebut.




2.  Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya kerana  situasi bayangan membimbangkan BN bakal kalah. Sebelum ini dilaporkan bahawa pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff telah melahirkan keyakinan yang sama bahawa BN akan tumbang kali ini.


3. Pasaran saham dan matawang terus berada dalam keadan stabil dan bukannya merudum sepertimana dakwaaan BN. Kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah, matawang ringgit dan pasaran saham akan jatuh. Situasi dua hari ini.  Matawang terus mengukuh dalam nilai 1 usd bersamaan 3.03 duit kita. Dan mengejutkan apabila Sejak 5 september 2011, duit kita melonjak dengan tinggi pada 21 haribulan April tahun ini, iaitu sehari selepas penamaan calon (20.4.2013). Sebelum ini berlegar dalam 1 usd bersamaan 3 ringgit (maknanya kalau kalau beli coca cola di US, kena bayar rm 3.00). Tetapi sehari selepas penamaan calon, duit kita melonjak menjadi 1 usd bersamaan 2.98 ringgit ( kalau beli coca cola di US, kena bayar rm 2.98). Jadi siapa kata duit kita jatuh? Petanda jelas bahawa pelabur asing dan pemain matawang yakin kepada ringgit kerana yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menguasai putrajaya dalam PRU kali ini. 


Semua orang yakin bahawa PR akan menang kali ini. Yang tak yakin hanya tv3 dan utusan sahaja. InsyaALLAH ini kalilah kita ubah negara ini....

UMNO Buat Tayangan Perdana Video Lucah


Dah hilang akal rupanya UMNO ini. Dia main taktik kotor tanpa kenal dosa dan haram. Mereka hanya pentingkan undi, kerosakan akhlak umat melayu, langsung diketepikan hingga mereka sanggup tayangkan video lucah secara terbuka. Sebelum ini mereka bagi percuma vcd lucah untuk galakkan rakyat menonton video haram itu.

Ini video di ceramah UMNO di negeri sebelah pantai timur. Sama ada Kelantan atau Terengganu di sebelah Setiu dan Besut. Mereka ini tak bersalah ke tayangkan video lucah. Apakah ini jihad alaf baru mereka? Jangan biarkan UMNo jadikan budaya tonton video seks ini sebagai budaya kita.

Tak rasa bersalah ke biarkan orang awam tengok video ini. Kita sebagai penceramah atau pemimpin, mesti tunjuk teladan yang baik. Kalau pemimpin suka tengok video lucah. Mestilah penyokong pun akan tengok sama. Inilah tanda-tanda akhir zaman.

Kalau UMNO bijak dan nak buktikan pemimpin PAS berzina dan tak boleh pakai. Seretlah Mustapha Ali ke mahkamah syariah. Ada peruntukkan undang-undang di sana. Dakwa beliau. Rasanya tak berani mereka sebab video bukannya bukti keterangan yang kuat di mahkamah. Sedangkan bukti Syafool dulu pun tak boleh mereka penjarakan Anwar. Apalah setakat video yang boleh diedit macam-macam.



Rentikanlah kerja gila ini wahai UMNO. Mesti laki bini UMNO akan bergasak lepas tengok video itu (ada jeritan wanita UMNO di bahagian akhir youtube).  Si muda remaja yang tiada pasangan..berzinalah jawabnya selepas nafsu mereka naik selepas video itu ditayangkan. Yang salah siapa...UMNO bodoh. Sanggup galakkan orang berbuat dosa besar semata-mata nak dapat undi. Kita doakan diorang insaf dan jangan disambar petir....

Sunday 28 April 2013

Adik Taib Mahmud Merupakan Orang Ke-2 Terkaya Di Malaysia...Hidup Melanau!!!



Australian The Age bukannya calang-calang akhbar. Ianya akhbar yang penuh berintegiriti. Tolonglah wahai Taib Mahmud. Jawablah berita ini. Rakyat Sarawak dan Malaysida dah muak dengar kisah roswah anda. Hinggakan adik anda sendiri dikatakan orang ke-2 terkaya di Malaysia. Kalah Syed Mokhtar Bukhari. Kalau benar, mengakulah. Bangga juga kita jika ada orang melayu yang kaya. Tapi kalau kaya roswah. Bangga itu boleh jadi ke bengang dan menyampah. Bersihkanlah nama anda secepat mungkin wahai keluarga Raja Taib...Ini beritanya....




Nak CD Blue Secara Percuma, Boleh Ambil Di Pejabat UMNO...


Apa ke jenis UMNO ini. Sanggup mereka mengedar cd lucah semata-mata kepentingan politik mereka. Dah jadi macam parti bodoh pula nampaknya. Tak cukup di internet, mereka edar pula di kampung. Kesian orang Seberang Takir. Terdedah kepada budaya kuning. Confirm tentu ramai budak muda akan singgah di Pejabat penyelaras UMNO dan dapatkan cd lucah itu. Lepasni tak hairan kalau ramai anak luar nikah akan muncul di kg itu.

Apakah ini wahai UMNO. Memang bodoh pemikiran mereka. Saya cabar kalau Ajk UMNO di situ seorang yang gentleman, tayang depan anak isteri korang. Jangan rosakkan pemikiran kanak-kanak. Ada berani ke pemimpin UMNO? Taubat mereka takkan tayang kat anak isteri. Sebab tentu anak mereka akan kata ayah dia suka tengok video lucah.

Politik apakah ini wahai UMNO? Kenapalah polis tak rampas cd lucah ini dan tangkap pemimpin UMNO. Sebab mengikut undang-undang, mereka kena tangkap dan di dakwa di mahkamah. Jangan double standard wahai polis. Janganlah jadi anjing BN pula. 

Kesian. Memang calon BN kat situ dah kehabisan modal nak tarik undi. Ditawarkannnya video lucah secara percuma. Mereka tak kisah akhlak rakyat. Yang penting mereka dapat undi. Memang perangai sebijik macam yahudi. Sebab itulah kalau rakyat jerit UMNPorno. Itulah kebenaran. Sebab mereka sukakan benda lucah. Memang puak-puak UMNO dan terdesak. Mereka belakangkan islam demi fahaman politik. Kalau benar Stopa Ali berzina. Dakwalah di mahkamah syariah. Ada peruntukkan tentang zina. Janganlah jadi hakim sendiri. Fitnah dan aibakan orang. tak sedar ke wahai UMNO. Buatnya kalau kita di tempat Stopa Ali dan kena fitnah. Mahu diterjun bangunan nampaknya UMNo sebab mereka tak bergantung pada ALLAH.

UMNO..Porno...Insaflah sebelum terlambat. Elok pengarah rancangan Tanah kubur buat satu episod balasan suka tunjuk video lucah pada orang. Biar insaf sikit makluk-makluk UMNO ini. Hidup ini bukan semata-mata seks. Banyak benda lain lagi yang penting wahai UMNO.

Hentikanlah. tunjukkanlah contoh teladan yang baik walaupun tak beberpaa baik. Fikirkan masa depan anak cucu kita. Jangan jadikan ianya budaya kerana lama-lama, ia akan menjadi kebiasaan dan tak salah di sisi masyarakat. Nak ke anak cucu kita tengok vcd lucah dan buat perkara tak elok hingga berzina? Jawablah UMNO kalau anda masih mengaku sebagai islam. 

Harap seseorang membuat laporan polis dan menangkap tokey video lucah ini. Malulah sebab orang melayu yang edarkannya. Ini kalilah. ABU sebelum ianya menjadi barah dan parah buat masyarakat negara kita.

Lebih Ramai Orang Hadir Ke Ceramah BN Berbanding Ceramah Ustaz Azhar Idrus


Entah apa dia ceramah pun saya tak tahu..apa yang saya tahu... berjuta-juta orang hadiri ceramah beliau ini...


Kesian. Berceramah tapi tiada orang nak dengar. Kucing dan anjing pun tak nak dengar. Memekak dan mengganggu orang nak ke pasar malam. Kesian calon BN ini. Macam lelong surta khabar lama. Lebih baik calon BN ni duduk dirumah sahaja. Sebab dia mungkin akan membahayakan keselamatan orang lain. Menganggu lalu lintas. Aparaaa....sedarlah sikit. Rakyat dah mula tolak Be End..ceramah macam orang gila pun  tak guna. Sebab orang dah tolak...ini kalilah..

Saturday 27 April 2013

Bekas CEO Proton Sokong PAS


Lepas satu..satu tokoh korporat menyeberang ke PAS. Sebelum ini Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang juga CEO MRCB Berhad, Datuk Abdul Rahman Maidin telah sah menjadi ahli PAS seumur hidup. 

Kalau PAS tak pandai ekonomi, kenapa tokoh korporat ini masuk PAS atau rapat dengan PAS. Terbaru dilaporkan bahawa bekas orang no 1 Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah hadir di ceramah di sekitar KL. 


Sebelum ini memang kedengaran bahawa tokoh korporat ini berjinak-jinak dengan PAS. Tapi tiada pula bukti bergambar yang menunjukkan beliau bersama PAS. Dan jelas daripada gambar di bawah, memang terbukti bahawa Datuk Syed Zainal adalah penyokong PAS.

 Datuk Zainal sebelum ini adalah merupakan  pengarah eksekutif Perodua sebelum dilantik CEO Proton selepas kecoh pembeliau MV Augusta oleh Mahader yang merugikan proton. Sepanjang 10 tahun beliau sebagai CEO Proton, beliau telah berjaya menaikkan nama Proton di rantau Asia dan tidak pernah disabitkan mana-mana kesalahan melibatkan pecah amanah. Pada November 2008, Syed Zainal Abidin telah dinamakan "Automotive Man of the Year" oleh majalah kereta New Straits Times / Maybank. Syed Zainal jelas bukan calang-calang orang. Sekarang dia adalah CEO bagi sebuah tadika islam yang tersohor di negara kita.

Sokongan beliau kepada PAS jelas menyedarkan orang ramai bahawa UMNO bukanlah pilihan yang baik untuk mereka. MAhadr kata, hanya orang bodoh sahaja yang masuk UMNO. Bukan saya kata...tapi mahader yang kata...mungkin ianya benar kot..

Orang Cina Pun Sanggup Turun Markaz


Ini yang Najib dan MCA kecut perut tengok gambar ini. Dulu kalau pegang bendera PAS, secara automatik orang cina akan buang bendera PAS. Sekarang? Mereka sudah tidak takut. Mereka dah tahu mana satu islam betul dan mana satu islam tipu dan haram macam UMNO. Mereka dah berkawan dengan PAS. Mereka tahu yang PAS akan membela nasib dan agama mereka.

Inilah yang disaksikan dalam gambar ini. Pak Cik Tionghua ini bukannya dapat upah macam cai UMNO dapat. Tapi dia menolong PAS kerana ingin melihat kemenangan PAS di Johor Lama, Kota Tinggi. Beliau sedang memasukkan gambar calon PAS, Tuan Haji Kamaldin Hj Tahir bagi kerusi Johor Lama di markaz PAS..SubhanaALLAH


Ini kalilah. Bila senario yang tak pernah dilihat sebelum ini berlaku. Dan ianya berlaku dalam PRU kali ini, jelas bahawa kita hanya selangkah lagi untuk menang. InsyaALLAH

Najib Perdana Menteri Paling 'Bijak' Di Dunia

 
Najib oh najib. Kenapalah ngko ni kurang cerdik sangat. Betul ke kalau harga minyak turun, orang kaya akan bertambah kaya? Nak tanya si Najib, berapa percent orang kaya ada kat malaysia? Mana lagi ramai, pekerja yang bergaji bawah RM 2500 atau 4000 ke atas? Tak sangka selama ini kita berperdana menterikan Najib yang kurang cerdik. 
  
Pakatan menang, harga petrol RON95 turun 40 sen pada 7 Mei 2013. Harga minyak turun, maka harga barangan pun turut kerana penurunan kos penghantaran atau pengangkutan. Lantaklah dia yang kaya akan makin kaya, kerana itu rezeki masing-masing. Soalnya yang sederhana, mereka yang siang malam fikirkan untuk suapkan rezeki pada anak dan bini mereka, sudah tentu jika minyak turun, duit gaji mereka akan dapat dijimatkan. Mereka boleh berbelanja lebih untuk anak isteri mereka.
Lagipun orang kaya kalau isi minyak pun, mereka tetap kena cukai lain. Jadi ini adil untuk kita semua. 
BRIM bukannya semua orang dapat. Itupun setahun sekali (minyak saya yang pergi ulang alik kerja pun dah dekat rm 300 sebulan). BRIM hanya one off yang boleh jahanamkan negara. Minyak turun adalah alternatif yang terbaik. Kita pengeluar minyak. Tengok di Arab Suadi dan Brunei, harga 1 liter minyak lebih murah daripada harga 1 liter mineral water. Malaysiaku? Hampeh... najib eloklah kita aiktirafkan sebagai PM paling ter'cerdik' di dunia...sebab cerdiknya dan cerdasnya terlajak..orang panggil hyper. Najib pun mungkin spesis tu kot...


Antara Dua Darjat......


Mereka kata Tok Guru bawa ajaran sesat. Solat menunjuk-nunjuk. Kalaulah sesat, takkanlah orang Putrajaya serbu Tok Guru selepas solat. SubhanaALLAH. Selepas doa habis dibacakan, jemaah bukannya mahu keluar masjid tapi mereka seru ke arah tempat Tok Guru Nik Aziz duduk. Mereka tunggu higga Tok Guru habis solat sunat. Bangun sahaja Tok Guru, mereka terus serbu Tok Guru dan lautan manusia mengiringi Tok Guru ke kereta.

Laungan Takbir bergema di Masjid Tuanku Sultan Mizan... hampir seluruh jemaah mengiringi Tuan Guru Nik Abdul Aziz sambil berselawat...Ini bukannya editing video atau gambar macam UMNO selalu buat. Ini adalah realiti. Orang Putrajaya sudah berani melakukan perubahan. Mereka adalah wira yang akan menaikkan maruah mereka sendiri. Di kala sambutan hebat buat pemimpin pakatan rakyat, UMNO terus meniskus..mereka semakin ditolak oleh rakyat. Tinggal 7 hari lagi waktu berkempen. Ini kalilah kita tukar kerajaan. Perubahan semakin hampir, insyaALLAH











Najib, Mahathir?? daripada salam dengan mereka, lebih baik salam dengan Chua Soi Lek. Sebab dua-dua sama sahaja. Mereka semua tolak islam. Ini semua lakonan sahaja. Malangnya lakonan mereka tidak mendapat sambutan rakyat. Ini kalilah...




Penjawat Awam Sudah Nekad Jatuhkan BN 5 Mei Ini...


Putrajaya dah tenggelam dengan Pakatan Rakyat. BN semakin gelabah melihat sokongan terbuka pegawai kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat. Mereka sudah tidak takut dengan Akujanji, OSA dan lain-lain peraturan yang menzalimi. Mereka sudah ada nekad, nekad mahu menumbangkan kerajaan zalim di negara ini. Ayuh bangkitlah. Kita teruskan hasrat kakitangan awam dan tukar kerajaan 5 mei ini...

Ceramah Perdana semalam melibatkan Tok Guru Nik Aziz, Husam Musa dan Nurul Izzah Anwar...100 ahli UMNO keluar parti dan sertai PAS...




Popular Posts