Tuesday 16 April 2013

Ong Tee Keat Bakal Bertanding Bebas, Kemenangan Pertama Buat PR



 "Tunggu saja hari pencalonan," Kata Ong Tee Keat yang dipetik oleh akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau hari ini.

Memang apa yang kita jangkakan selama ini akan berlaku juga. Ong Tee Keat yang telah disingkirkan oleh Najib dan Chua Soi Lek sebagai calon Parlimen Pandan, akan turun berentap sebagai calon bebas Sabtu ini. Akan wujud pertandingan 3 penjuru di Parlimen Pandan. Kawasan yang hanya beberapa kilometer sahaja dengan bandaraya Kuala Lumpur.

Ong Tee Keat sudah pasti akan jadi calon bebas kali ini. Dia adalah 'winnable candidate' BN sejak 6 penggal lepas di kerusi tersebut. Di kala ramai pemimpin parti komponen BN jatuh pda PRU 2008 dahulu, Ong Tee Keat masih dapat mengekalkan kerusi yang ditandinginya. Itulah kehebatan Ong Tee Keat yang dapat memenangi hati pengundi di kawasan itu.

Najib dalam sidang media semalam memberitahu bahawa mereka yang tidak terpilih, boleh merajuk tetapi merajuk sekejap sahaja (katanya dalam masa 24 jam). Tapi nampaknya Ong Tee Keat akan berterusan merajuk nampaknya. Dia akan tetap datang ke hari penamaan calon pada Sabtu ini, tapi sebagai calon bebas. Ong dikenali dengan sikap 'keras kepala' dalam karier politiknya. Ini diakui oleh Ketua Wanita MCA bahagian Pandan, Cindy Leong Siew Kam, yang mengenali Ong lebih 20 tahun. Menurutnya bahawaa Ong tidak mungkin menamatkan kerjaya politiknya tanpa tentangan, dan tidak terkejut jika Ong bertanding sebagai calon bebas.

Jelas Ong akan bertanding bebas pada PRU akan datang. Calon BN yang baru, Garry Lim sudah pasti akan 'kelabu asap' nanti. Siapa yang untung nanti jika wujud pertandingan 3 penjuru. Tak lain tak bukan adalah calon PR itu sendiri, Rafiz Ramli. Rafizi akan mendapat kemenangan kerana sudah pasti undi BN akan berpecah dua. 


Perlu diingat bahawa 2008 dahulu, BN hanya menang dengan majorit 2,961 sahaja. Dan dalam Parlimen Pandan, ada dua DUNdi sana. Satu adalah Dun Cempaka yang dimenangi oleh calon PAS, Ir Iskandar Samad dengan undi sebanyak 12,528 undi manakala satu lagi adalah Dun Teratai, yang dimenangi oleh Lee Ying Ha dari DAP dengan undi sebanyak 15,563 undi. Menariknya adalah kedua-dua DUN itu dimenangi oleh PR,tetapi Parlimen di tangan BN.

Kalau campur jumlah undi yang dimenangi oleh 2 adun PR itu adalah sebanyak 28,091 undi (15,563 + 12,528). Tapi calon PR ketika itu, Syed Shahir Syed Mohamud dari PKR hanya memperolehi 22,275 sahaja berbanding Ong Tee Keat yang mendapat 25,236 undi. Ini yang peliknya. Mana hilangnya 5'816 undi (28,091 undi-22,275 undi) lagi untuk calon PR di Parlimen Pandan. Maknannya pengaruh Ong Tee Keat amatlah besar ketika itu. Belia berjaya menarik undi pengundi PR pada pru 2008 lalu.


Dan jika ada pertandingan 3 penjuru, jelas bahawa pengundi BN pasti akan berpecah dua. Satu untuk Ong Tee Keat, satu lagi untuk calon BN pilihan Najib. Ini yang seronok sebenarnya. Jika undi mereka berpecah dan pengundi tegar PR masih mengundi PR, Secara sifirnya yang Rafizi Ramli akan menang dan menjadi ahli Parlimen.  

Jadi satu parlimen sudah dalam gengaman PR andaikata Ong Tee Keat bertanding semula di kawasan Pandan sebagi calon bebas. Biarlah mereka sesama sendiri bergaduh. Yang penting bahawa misi untuk menawan putrajaya sudah jelas terhidang di mata kita semua...

MCA Sudah Surrender!! Diletaknya Calon 'Budak Hingusan' Di Perak


Apa pasal MCA hari ini. Presiden mereka sudah cabut lari dan takut untuk bertanding dalam PRU kali ini. Diletaknya budak hingusan untuk dibelasah calon PR dalam PRU kali ini. Dalam pengumuman calon BN Perak oleh Zambry Kadir pagi tadi, terselit nama Daniel Wa Wai How yang dikatakan sebagai calon termuda dalam PRU kali ini (bharian). Beliau sekarang berumur 25 tahun dan dipaksa MCA bertanding di DUN Keranji.



Kesian kat budak hingusan ni. Tengok gambar pun dah tahu dia ni budak-budak lagi. Dulu dia calon Aspirasi masa masa Pilihanraya kampus 2010. Kita pun naik malu tengok video youtube kat bawah ni. Nak sebut universiti pun  tersasul sekolah. Gagap dan mungkin tak sesuai untuk jadi ADUN.

Dipaksanya MCA untuk bertanding di DUN Keranji melawan calon DAP, Chen Fook Chye. Kesian. Dalam PRU 2008 dahulu, DAP menang bergaya menewaskan calon BN, Chong Mun Wah dengan majoriti 4,435 undi. Sekarang budak hingusan ini diletakkan di kawasan itu. Makin tinggilah majoritinya yang akan PR dapat nanti. Sebab dia bukannya berkarisma macam Nurul Izzah (Nurul Izzah tewaskan Shahrizat Jalil masa umur 28 tahun).


Memang ini kalilah PRU terakhir buat MCA. Mereka sudah ketandusan calon. Diletaknya calon tong sampah untuk elakkan PR menang percuma. Sedangkan calon yang dipertaruhkan oleh mereka, tunggu masa sahaja untuk di'kunyah' oleh calon PR. Kesian...aduhai Chua Soi Lek...

Harapan Cerah Buat PAS Terengganu



UMNO Terengganu telah umumkan barisan calon mereka sebentar tadi. Terdapat 8 calon DUN dan seorang penyandang Parlimen telah digugurkan oleh Mat Said. Kebanyakkan mereka-mereka ini adalah geng Idris Jusoh. Antara Adun yang digugurkan ialah (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid,  bekas ADUN Langkap, Ashaari Idris, Datuk Din Adam (DUN Bukit Besi), Khazan Che Mat (DUN Batu Rakit); Ramlan Ali (DUN Jabi); Ariffin Abdullah (DUN Paka), Zawawi Ismail (DUN Kuala Berang) dan Halim Jusoh (DUN Permaisuri). Manakala 1 orang ahli Parlimen digugurkan adalah  Datuk Abdullah Mohd Zain yang merupakan bekas ahli Parlimen Besut.

Jelas bahawa akan ada pertarungan dahsyat antara team Idris Jusoh dan Mat Said. Walaupun Idris Jusoh telah dicampak ke kerusi Parlimen, jelas saki baki pengikutnya di ADUN turut disingkirkan oleh Mat Said. Bahkan ADUN yang lantang dan kritikal dengan Mat Said, Yahya Khatib Ali telah dicampakkan ke Parlimen Marang untuk bertanding dengan Tok Guru Haji Hadi. ini umpama menggali kubur sendiri buat Yahya Khatib. 



Rosol Wahid (ADUN Ajil), Din Adam (Bukit Besi) antara mereka-mereka yang mengepalai pemberontakkan terhadap Mat Said selepas Sultan Mizan tidak melantik Idris Jusoh. Dan mereka-mereka ini telah disingkirkan secara total oleh Mat Said dalam PRU kali ini.

Paling kelakar adalah muka lama yang diambil kembali oleh Mat Said. Antaranya Zakariah bin Ali bagi Dun Sura dan dun Kuala Berang, Tengku Putera Tengku Awang (dia ni bukan kerabat Sultan, tapi orang kg hulu yang sembrono diletakkan oleh bapanya nama tengku di pangkal nama). Paling mengejutkan adalah calon yang confirm kalah, Datuk Che Mat Jusoh yang juga Presiden Bola Sepak Terengganu. Beliau telah diletakkan di Dun Batu Buruk, kerusi yang pernah beliau tewas sebelum ini. ABC, asal bukan che mat pasti diingati oleh rakyat Terengganu hingga sekarang, melibatkan dirinya yang dikatakan punca kejatuhan pasukan bola sepak Terengganu.

Amat malang apabila melihat senarai nama-nama calon BN di Terengganu kali ini. Ini kalilah..PR wajar ambil kesempatan atas kelemahan calon BN dan mungkin, kekecohan serta cah keting yang bakal berlaku tak lama lagi. Sayanora buat BN. Anda memang sudah nazak sekarang...

Senarai Penuh Calon BN Terengganu PRU-13

P33 Besut – Idris Jusoh
- Kuala Besut – A Rahman bin Mokhtar
- Kota Putera – Muhammad Mahdi bin Musa
- Jertih – Mohd Pehimi bin Jusoh
- Hulu Besut – Nawi bin Mohd

P34 Setiu – en Mohd Zulkifli bin Jusoh
- Jabi – Mohd Iskandar bin Jaafar
- Permaisuri – Mohd Jidin bin Shafie
- Langkap – Sabri bin Mohd Nor
- Batu Rakit – Bazlan bin Abdul Rahman

P35 Kuala Nerus – Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri
- Tepuh – Muhammad Ramli bin Hj Noh
- Teluk Pasu – Abdul Rahin bin Mohd Said
- Seb. Takir – Ahmad Razif bin Abdul Rahman
- Bkt Tunggal – Ismail bin Nik

P36 Kuala Trg – Mohd Zubir bin Embong
- Wkf Mempelam – Wan Mahyuddin bin Wan Ngah
- Bandar Toh Chin Yaw
- Ladang –Wan Mohd Farid bin Wan Salleh
-Batu Buruk – Che Mat bin Jusoh

P37 Marang- Yahya bin Khatib Mohamad
- Alor Limbat – Alias bin Abdullah
- Bkt Payung – Zaidi bin Muda
- Ru Rendang- Nik Dir bin Nik Wan Ku
- Peng. Berangan – A Latiff bin Awang

P38 Hulu Trg – Jailani bin Johari
- Telemong- Rozi bin Mamat
- Manir – Yusuf bin Awang Hitam
- Kuala Berang- Tengku Putera bin Tengku Awang
- Ajil – Razali bin Taib

P39 Dungun – Rosli bin Mat Hassan
- Bkt Besi – Rosli bin Daud
- Rantau Abang- Zaaba bin Mohd Adib
- Sura – Zakariah bin Ali
- Paka -Matulidi bin Jusoh

P40 Kemaman – Ahmad Shabery bin Cheek
- Kemasik – Rosli bin Othman
- Kijal – Ahmad bin Said
- Chukai – Wan ahmad Nizam bin Wan Abd Halim
- Air Putih – Wan Abd Hakim bin Wan Mokhtar

Ibrahim Ali Putih Kapur Kerusi Pasir Mas



Sah bahawa Ibrahim Ali tidak akan dicalonkan dalam PRU kali ini. Kesian kat Pak Berahim, Ketua Perkasa, tapi yang dipilih calonnya dari orang bawahnya (si Zul yang juga Naib Presiden PERKASA). Ibrahim Ali yang sangat harapkan kerusi Parlimen Pasir MAS, nampaknya berputih mata apabila Timbalan Ketua UMNO Pasir MAs, Che Johan Che Pa dipilih sebagai calon. Nyata arahan Mahader Mohamed adalah sia-sia sahaja.

Calon BN Kelantan nampaknya masih berharap kepada Ku Li di Gua Musang, serta kembalinya Anuar Musa di Parlimen Ketereh. Apapun setakat ini, jelas calon yang ditampilkan oleh BN Kelantan adalah muka-muka lama yang banyak kali tewas dalam PRU lepas. InsyaALLAH didoakan semoga PAS terus kekal di Kelantan kerana jika memilih UMNO, bererti memilih kepada kerosakan di muka bumi, terutamanya di Kelantan

SENARAI PENUH CALON BN KELANTAN

1. PARLIMEN 019 TUMPAT (Mansor Salleh)
DUN Pengkalan Kubor (Noor Zahidi Bin Omar )
DUN Kelaboran (Wan Hanapi Wan Yaacob- calon tewas dalam pru 2008)
DUN Pasir Pekan (Nik Noriza Nik Salleh)
DUN Wakaf Bharu ( Mohd Rosdi Abdul Aziz – pernah menjadi calon pada 2004 dan 2008)

2. PARLIMEN 020 PENGKALAN CHEPA (Dali Hussin ).
DUN Kijang (Zaluzi Sulaiman )
DUN Cempaka (Wan Razman Wan Abdul Razak)
DUN Panchor (Che Rosli Hassan – pernah bertanding 2004)

3. PARLIMEN 021 KOTA BHARU (MOHAMAD Fatmi Che Salleh
DUN Tanjong Mas (Kanidy Omar)
DUN Kota Lama (Tan Ken Ten - bertanding untuk kali kedua)
DUN Bunut Payung (Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim)

4. PARLIMEN P022 PASIR MAS (Che Johan Che Pa)
DUN Tendong (Hanafi Mamat –  pernah bertanding Parlimen)
DUN Pengkalan Pasir (Tuan Anuwa Tuan Mat)
DUN Chetok (Aimi Jusoh)

5. P023 RANTAU PANJANG ( Ghazali Ismail)

DUN Meranti (Mohd Afandi Yusof)
DUN Gual Periok (Shaari Mat Hussain – pernah bertanding tahun 2004 dan 2008)
DUN Bukit Tuku (Mohd Zain Ismail)


6. P024 KUBANG KERIAN (Anuar Safian – pernah bertanding di DUN Pasir Tumboh)
DUN Salor (Mohmad Nordin Awang)
DUN Pasir Tumboh(Mohd Shamsul Yusoff)
DUN Demit (Wan Mohd Nazi Wan Hamat)

7. P025 BACHOK (Awang Adek Hussin – kalah PRU 2008 di DUN & Parlimen)
DUN Tawang (Mohd Zain Yasim)
DUN Perupok (Mohammad Zaidi Sidek)
DUN Jelawat (Ilias Husin – pernah bertanding 2004 dan 2008)

8. P026 KETEREH (ANNUAR MUSA)

DUN Melor ( Mohd Othman Omar)
DUN Kadok (Mohd Basri Awang)
DUN Kok Lanas (Md Alwi Che Ahmad)

9. P027 TANAH MERAH (IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ)
DUN Bukit Panau (Baharudin Yusof – kali kedua bertanding)
DUN Gual Ipoh (Bakri @Mohd Bakri Mustapha)
DUN Kemahang (Dayang Saniah Awang Hamid)

10. P028 PASIR PUTEH
(TUAN MUSTAFA TUAN MAT – pernah bertanding 2008 )
DUN Selising (Zulkfli Ali)
DUN Limbongan (Mohd Rujhan Salleh)
DUN Semerak (Zawawi Othman)
DUN Gaal (Redzuan Stapha)

11. P029 MACHANG  (AHMAD JAZLAN YAAKUB )

DUN Pulai Chondong (Halim @ Ab Halim Ismail - pernah bertanding 2004)
DUN Temangan (Azemi Mat Zin)
DUN Kemuning (Eriandi Ismail)

12. P030 JELI ( MUSTAPA MOHAMED)
DUN Bukit Bunga ( Mohd Adhan Kecik)
DUN Air Lanas ( Mustapa Mohamed)
DUN Kuala Balah (Abdul Aziz Derashid)

13. P031 KUALA KRAI  (TUAN AZIZ TUAN MAT)
DUN Mengkebang (Azizzudin Husin)
DUN Guchil (Nik Sapeia Nik Yusof)
DUN Manek Urai (Che Jalal Muda)
DUN Dabong (Ramzi Abd Rahman)

14. P032 GUA MUSANG  (TENGKU RAZALEIGH TENGKU MOHD HAMZAH)
DUN Nengiri(Mat Yusof Abdul Ghani)
DUN Paloh (Nozula Mat Diah)
DUN Galas (Ab Aziz Yusof)

Pakatan Rakyat Menang Mudah Di Selangor



Percalonan BN di Selangor haru biru nampaknya. Pencalonan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, jelas menjadi satu bola tangungan mudah buat Ir Khalid Samad untuk tumpaskan bekas wakil rakyat lompat itu. Begitu juga di Parlimen Gombak. Penyenaraian semula bekas Ahli Parlimen kontroversi dengan kes khalwat, Datuk Raman Ismail jelas satu tindakan yang dangkal di pihak BN. Ini memberikan kemenangan mudah buat Azmin Ali untuk pertahankan Parlimen tersebut. Parlimen Ampang juga, menyaksikan calon kontroversi, Dr Rodziah Taib yang juga dikaitkan dengan kes moral. Sudah pasti Zuraida Kamaruddin dengan mudah pertahankan kerusi Parlimen tersebut. Manakala kedudukan Presiden MIC, G Palanivel masih terumbang ambing. Kerusi Parlimen Hulu selangor yang dijangka ditandinginya, sekali lagi akan diberikan kepada P. Kamalanathan yang akan menentang Khalid Jaafar dari PKR. Sudah pasti akan wujud sabotaj dalaman di peringkat Parlimen ini.

Di peringkat DUN pula, jelas mereka sudah tahu awal bahawa mereka akan kalah. Tiada langsung calon-calon MB yang ditonjolkan dalam PRU kali ini. Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar hanya akan pertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang. Manakala Penyeleras BN Selangor, Mohd Zin Mohammed pula pertahankan kerusi Parlimen Sepang. Ketua pembangkang Selangor pula, Datuk Satim Diman langsung tidak dicalonkan kali ini. Begitu juga Datuk FD Iskandar yang disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor, beliau juga digugurkan daripada senarai calon UMNO. Nama-nama di atas tidak bertanding DUN. Jadi mereka bukanlah calon MB Selangor jika UMNO menang PRU kali ini. Mereka tiada calon MB. Mereka sebenarnya dah tahu bahawa mereka akan kalah. Sungguh malang nasib UMNO kali ini.

Khir Toyo juga digugurkan daripada kerusi DUN Sungai Panjang dan digantikan dengan muka baru, Budiman Mohd. Zohdi. Manakala dua Adun Katak pro BN, Hassan Ali dan Badrul Hisham Abdullah jelas  terus digugurkan daripada senarai UMNO kali ini. Jelas nasib UMNO Selangor sekang ini umpama telur di hujung tanduk. Ditambah dengan penyertaan bekas orang no 1 mereka ke dalam PAS semalam (Mat Taib).  Ayuh pakatan. Dengan senario terbaru ini, tak mustahil pakatan menyapu bersih 22 kerusi Palimen dan 56 kerusi DUN, insyaALLAH


Senarai Penuh Calon BN Selangor

PARLIMEN:
 
1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)
2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA)
3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA)
4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)
5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA)
6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA)
7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA)
8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang
9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu
10. Gombak - Raman Ismail (UMNO)
11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib
12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) - muka baharu
13. Puchong - A. Kohilan Pillay (Gerakan) - muka baharu
14. Subang - A. Prakash Rao (MIC) - muka baharu
15. Shah Alam - Zulkifli Noordin (rakan BN)
16. Kapar - Saktivel Alagappan (MIC)
17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar (MIC)
18. Kuala Langat - Sharuddin Omar (UMNO) - muka baharu
19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) - muka baharu
20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar (UMNO) - penyandang
21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) - penyandang
22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon (UMNO) - Penyandang

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (Gerakan) - muka baharu
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan) - muka baharu
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) - muka baharu
4. Kinrara - Wong Hock Aun (MCA)
5. Gombak Setia - Said Anuar Said Ahmad (UMNO)
6. Kota Anggerik - Mohd. Yusof Din (UMNO) - muka baharu
7. Batu Tiga - Ahmad Nawawi M. Zin
8. Seri Andalas - T. Mohan (MIC)
9. Selat Klang - Faisal Yahya (UMNO) muka baharu
10. Chempaka - Muhammad Faizal Sufar (UMNO) - muka baharu
11. Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) - muka baharu
12. Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA)
13. Sungai Pinang - Lee Siew Chee (MCA) - muka baharu
14. Taman Medan - AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu
15. Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA) - muka baharu
16. Bukit Melawati - Jakiran Jacomah (UMNO) - muka baharu
17. Rawang - Lee Li Yew ( MCA)
18. Batu Caves - Rawisandran Narayanan (MIC)
19. Hulu Kelang - Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO)
20. Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) - muka baharu
21. Lembah Jaya - Baderisham Jolly (UMNO) - muka baharu
22. Kajang - Lee Ban Seng (MCA)
23. Bangi - Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) - muka baharu
24. Balakong - Lai Kwong Choy (MCA) - muka baharu
25. Subang Jaya - Gan Meng Foo (UMNO)
26. Seri Setia - Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) - muka baharu
27. Kampung Tunku - Chong Seng Foo (MCA)
28. Damansara Utama - Lim Choon Kin (MCA)
29. Kota Damansara - Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) - muka baharu
30. Meru - Sukaiman Ahmad (UMNO) - muka baharu
31. Pelabuhan Klang - Nasarruddin M.Zin (UMNO) - muka baharu
32. Kota Alam Shah - Datuk Maglin De Cruz (PPP)
33. Sri Muda - Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) - mula baharu
34. Sijangkang - Zurihan Yusop ( UMNO) - muka baharu
35. Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA)
36. Sungai Panjang - Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) - Muka baharu
37. Sungai Air Tawar - Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) - muka baharu
38. Sabak - Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu
39. Hulu Bernam - Rosni Sohar (UMNO) - muka baharu
40. Kuala Kubu Bharu - Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) - muka baharu
41. Batang Kali - Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu
42. Sungai Burong - Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) - penyandang
43. Permatang - Sulaiman Abdul Razak (UMNO) - penyandang
44. Jeram - Datuk Amirudin Setro (UMNO) - penyandang
45. Kuang - Abdul Shukor Idrus (UMNO) - penyandang
46. Taman Templer - Datuk Subahan Kamal (UMNO) - penyandang
47. Dusun Tua - Ismail Sani (UMNO) - penyandang
48. Semenyih - Johan Abdul Aziz (UMNO) - penyandang
49. Sri Serdang - Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) - muka baharu
50. Paya Jaras - Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang
51. Sementa - Md Ghazali Md Amin (UMNO) - tukar kawasan dari DUN Meru
52. Morib - Hasiman Sidom (UMNO) - penyandang
53. Tanjung Sepat - Nisman Yusof (UMNO) - muka baharu
54. Dengkil - Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) - muka baharu
55. Sungai Pelek - Ng Chok Sin (MCA) - muka baharu
56. Ijok - K.R. Parthiban (MIC)

Pengumuman Calon BN Perlis : Team Shahidan Kassim Lawan Sultan




Perlis bakal menyaksikan pertarungan sengit dalam sejarah PRU kali ini. Negeri terkecil di Malaysia yang hanya memiliki 3 kerusi Parlimen, dan 6 kerusi ADUN. terbaru dikhabarkan bahawa Menteri Besar UMNO, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu tidak akan bertanding pertahankan jawatan beliau dalam PRU kali ini. Pertama dalam sejaraha bahawa MB tidak pertahankan kedudukan beliau. Tempat Dr Isa di DUN Bintong akan didiambil alih oleh muka baru, Rela Ahmad yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar.

Menarik lagi apabila bekas MB Perlis, Shahidan Kassim yang dicalonkan di Parlimen Arau menentang Tok Guru Harun Din. Shahidan menggantikan tempat adiknya, Ismail Kassim yang akan bertanding di DUN Tambun Tulang.

Manakala Parlimen Kangar pula akan menyaksikan pertembungan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dengan Shaharuddin Ismail. Dan ustaz pencacai UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya dicalonkan di DUN Sanglang menentang pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Jelas pertembungan kali ini melibatkan Shahidan Kassim dan pihak istana Perlis. Dikhabarkan bahawa si Shahidan sedang mengatur strategi untuk kukuhkan kedudukannya di Perlis dan bakal melantik adiknya jika BN tawan Perlis nanti. Manakala pihak istana Perlis akan dipinggirkan oleh BN Perlis kali ini (ada laporan menyebut bahawa pihak istana menyokong PR untuk ambil alih Perlis). Sebab itulah adik Sultan Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail yang sebelum ini adalah ADUN Pauh, telah disingkirkan dan tidak dicalonkan dalam PRU kali ini. Tempat beliau diambil alih oleh Azlan Mat.

Nah satu perkhabaran menarik dari utara. Nampak sangat kejatuhan UMNO Perlis semakin hampir. Pihak IStana dibakul sampahkan oleh mereka-mereka bergelar team Shahidan ini. Jika ini yang disaksikan hari ini. tak mustahil Perlis akan ditawan oleh PR dalam PRU kali ini, insyaALLAH


Popular Posts