Monday 22 April 2013

Gempar...Tanda-tanda Kejatuhan Be End


Ini bukan di Kelantan atau Penang, tapi di Sabah. Di Kg Air. Satu persatu ALLAH tunjukkan kejatuhan BN di tangan rakyat. Ini kalilah, Be End..

Najib Makin Pening Nampaknya..


Dikala Pakatan Rakyat sudah menemui penyelesaian isu pertindihan calon dan akan lawan satu lawan satu dengan BN, nampaknya UMNO pula makin menuju kehancuran. Harini, Najib telah mengeluarkan surat memecat 61 ahli UMNO yang bertanding bebas kali ini. Itu belum lagi kira soal ahli MCA dan parti komponen BN lain yang turut memberontak. Ini kalilah wahai UMNO...

Isu Logo : SPR Bahalol Atau SPR Cuba Ingin Menipu...


Dalam Undang-undang melibatkan perjalanan pilihanraya, hanya satu peraturan digunapakai iaitu Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya), 1981. Ini adalah melibatkan proses penamaan calon dan juga pengundian. Dan dalam isu hangat yang dibincangkan ketika ini adalah jika calon itu menarik diri daripada bertanding, maka adakah nama dan logo parti tetap ada dalam kertas undi?

Dan inilah yang cuba dikelirukan oleh SPR ketika ini setelah mendapat berita kesepakatan PKR dan PAS menyelesaikan 7 kerusi yang bertindih antara mereka. Ini kenyataan SPR 


Maknanya kenyatan Timbalan SPR ini adalah walaupun calon PAS dan PKR tarik diri, maka nama dan logo mereka tetap ada dalam kertas undi. Ini akan menyebabkan pengundi pakatan rakyat akan menjadi keliru dan mungkin undi rosak jika mereka memangkah kedua-duanya iaitu undi PAS dan PKR, walaupun hanya 1 calon Pakatan yang dipilih untuk bertanding??

Rasanya Timbalan Pengerusi SPR ini silap dan mungkin ada agenda di sebaliknya. Kalau kita baca peraturan ikut harafiah atau secara huruf, jelas yang nama calon tarik diri itu akan digugurkan daripada kertas undi. Ini boleh dilihat dalam peruntukkan Peraturan 9 (b) Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981 (boleh link di sini)


Jelas siapa menipu di sini? Hanya perlu beri notis dan kertas undi tidak akan dicetak. Ini yang termaktub dalam peraturan ini. Jadi apa halnya masih kena cetak lagi. Lagipun deposit tu sudah hangus. Jadi mestilah kena ikut orang yang tarik dirinya itu. Sebab mereka dah bayar. Macam jual beli rumah. Deposit akan burn kalau tak dapat bayar full. Tapi rumah dapat ke? Sudah tentu tak dapat. Macam isu calon juga. Deposit dah burn, tapi takkan masuk bertanding lagi dan ada orang pangkah walaupun dah tarik diri. Tak ke bahalol namanya...

Ini semua perancangan untuk jatuhkan Pakatan Rakyat. PR mesti bertegas dalam soal ini. Mungkin mereka akan memberita bahawa ikut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, sama ada nak cetak atau tak. Tapi ikut peruntukkan itu, perkataan 'hendaklah' adalah mesti dilakukan dengan syarat, calon yang menarik diri itu perlu memberitahu kepada SPR melalui notis dalam masa sebelum 3 hari tempoh penarikan diri tamat. Dulu masa PRK Hulu Selangor, penamaan 4 orang dan dua calon bebas tarik diri. Dan keputusannya adalah hanya 2 sahaja yang dikeluarkan serta nama mereka dicatat dalam kertas undi. Kenapa sekarang lain pula?? Jadi SPR tak perlu main wayang dalam isu ini...



Segala Sudah Selesai..Si Batu Api Mungkin Terkedu Ketika Ini...


Alhamdulillah. Dah selesai segalanya. Inilah yang akan mematikan terus akal UMNO ketika ini. Mereka sudah tentu menggelabah kerana PAS dan PKR sudah ada jalan sepakat. Pas akan bertanding di 3 dun Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera.

Manakala PKR pula akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor.

Manakala kerusi Kota Damansara masih dalam perbincangan. Alhamdulillah. Ini penyelesaian yang terbaik. Buat juak-juak yang bodoh dok hentam pimpinan PAS kononnya angin bermusuh dengan PKR, nah tengoklah kebijaksanaan pemimpin kita. Jangan jadi batu api dan hendak semua orang mendengar idea mereka seorang sahaja.

Di kala UMNO dan BN pula sedang gundah gulana ketika ini. Berpuluh-puluh ahli BN yang menjadi calon bebas masih dengan keputusan mereka dan akan bertanding juga kali ini. Perlu diingat bahawa tempoh penarikan diri hanyalah 3 hari iaitu sehingga esok. Dan PAS serta PKR sudah ada persetujuan. Tahniah dan syukur kita semua.

Penyokong PAS dan PKR sudah pasti akan bersemangat lebih apabila mendengar berita ini. Buat penyokong PAS, ayuh kita bergerak langkah. Jangan dengar cakap-cakap si parasit. Mereka lebih suka kalau pakatan tewas dalam PRU kali ini. Musuh kita hanya UMNO dan BN, bukannya orang sendiri....

* di kala orang dalam PAS asyik hentam sesama sendiri. Datang tokoh luar dari UMNO yang masuk PAS. Mereka masuk bukan kerana jawatan, tapi kerana ingin berbakti kepada agama sebelum mereka meninggalkan dunia ini....


Sah..Teka Teki Terjawab. Bekas MB UMNO Serah Borang Masuk PAS

Sah. Sememangnya Tan Sri Muhammad Taib masuk PAS. Pukul KO buat UMNO







 Teka teki sudah terjawab. Sah yang Bekas Menteri Besar UMNO, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, yang juga bekas Naib Presiden Umno menyerahkan keahlian seumur hidup kepada Presiden PAS, DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Ini betul-betul PAS Ganti UMNO...Takbir!!

7 Kerusi Bertindih Bakal Diselesaikan... Juga Nantikan Khabar Gembira Kemasukan Bekas MB UMNO Ke Dalam PAS Hari Ini..



Harap semuanya selesai hari ini juga (dijangka Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan bermesyuarat hari ini). Kerana ini isu besar. Bukannya isu kecil. Ianya libatkan persepsi rakyat terutama atas pagar terhadap pakatan rakyat. 


 
Tok Guru Haji Hadi menyebut bahawa PAS bertanding di Johor kerana calon yang ditunggu-tunggu tidak tiba dan PAS bertindak masuk mengemukakan calon, kerana bimbang BN menang tanpa bertanding. Nampak sangat calon ni bermasalah dengan boleh rugikan pakatan rakyat. Begitu juga di Dun Paya Rumput, nasib baik sempat serahkan watikah yang dikatakan tertinggal itu.

Ada juga calon yang merupakan pengedar pil kuda, menyebabkan PAS bertanding di situ kerana takutkan pakatan rakyat tewas. Begitu juga di Kota Damansara, Calon PSM di, Nasir dikatakan menjulang karl max, mengangkat idea komunis. Yang boleh mengelirukan pengundi yang 70 peratusnya adalah melayu.


Kalau susah nak bincang juga, elok kembali kepada status quo 2008 dahulu. Iaitu Parlimen Labuan, Dun Bukit Besi, Dun Panti perlu diberikan kepada PAS semula kerana mereka bertanding di kerusi ini dalam PRU 2008 dahulu. Manakala Dun Sungai Aceh, Seberang Takir dan Kota Putera diberikan kepada PKR semula (bacaan lanjut)


Hal ini berdasarkan status quo pada 2008 dahulu...Tapi Kota Damansara, calon PSM perlu ditolak. Kerana fahaman songsang mereka (jentera pun tak sampai 20 orang). Kerusi itu perlu diberikan kepada calon PAS. Ini adalah win-win situation.

* Nantikan khabar gembira di Lembah Klang hari ini apabila bekas Menteri Besar UMNO akan menyerahkan borang secara rasmi menyertai PAS hari ini. Ramai penyokong dan kaum keluarga beliau akan keluar UMNO hari ini. InsyaALLAH akan memulihkan semangat kita selepas ini...InsyaALLAH.

Datuk Abu Hassan & Ustaz Ishak Din Memberikan Sokongan Penuh Kepada Tok Guru


Semenangnya kita tahu bahawa  Tuan Guru Harun Din mempunyai adik beradik yang merupakan ulama' terkenal di negara ini. Sudah menjadi tradisi Tok Guru, adik beradik beliau akan datang pada hari penamaan calon untuk memberikan sokongan penuh kepada Tuan Guru.

Kehadiran Bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga penasihat agama kepada Sultan, Datuk Abu Hassan Din dan juga penceramah terkenal, Ustaz Ishak Din jelas menggambarkan sokongan moral kepada Tok Guru khasnya dan PAS amnya.

PAS sememangnya dilimpahi denga ulama yang boleh memimpin rakyat. Tahniah buat Tok Guru dan teruskan perjuangan hingga tertewasnya Shahidan Kassim 5 Mei nanti...








Popular Posts