Saturday 27 April 2013

Bekas CEO Proton Sokong PAS


Lepas satu..satu tokoh korporat menyeberang ke PAS. Sebelum ini Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang juga CEO MRCB Berhad, Datuk Abdul Rahman Maidin telah sah menjadi ahli PAS seumur hidup. 

Kalau PAS tak pandai ekonomi, kenapa tokoh korporat ini masuk PAS atau rapat dengan PAS. Terbaru dilaporkan bahawa bekas orang no 1 Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah hadir di ceramah di sekitar KL. 


Sebelum ini memang kedengaran bahawa tokoh korporat ini berjinak-jinak dengan PAS. Tapi tiada pula bukti bergambar yang menunjukkan beliau bersama PAS. Dan jelas daripada gambar di bawah, memang terbukti bahawa Datuk Syed Zainal adalah penyokong PAS.

 Datuk Zainal sebelum ini adalah merupakan  pengarah eksekutif Perodua sebelum dilantik CEO Proton selepas kecoh pembeliau MV Augusta oleh Mahader yang merugikan proton. Sepanjang 10 tahun beliau sebagai CEO Proton, beliau telah berjaya menaikkan nama Proton di rantau Asia dan tidak pernah disabitkan mana-mana kesalahan melibatkan pecah amanah. Pada November 2008, Syed Zainal Abidin telah dinamakan "Automotive Man of the Year" oleh majalah kereta New Straits Times / Maybank. Syed Zainal jelas bukan calang-calang orang. Sekarang dia adalah CEO bagi sebuah tadika islam yang tersohor di negara kita.

Sokongan beliau kepada PAS jelas menyedarkan orang ramai bahawa UMNO bukanlah pilihan yang baik untuk mereka. MAhadr kata, hanya orang bodoh sahaja yang masuk UMNO. Bukan saya kata...tapi mahader yang kata...mungkin ianya benar kot..

Orang Cina Pun Sanggup Turun Markaz


Ini yang Najib dan MCA kecut perut tengok gambar ini. Dulu kalau pegang bendera PAS, secara automatik orang cina akan buang bendera PAS. Sekarang? Mereka sudah tidak takut. Mereka dah tahu mana satu islam betul dan mana satu islam tipu dan haram macam UMNO. Mereka dah berkawan dengan PAS. Mereka tahu yang PAS akan membela nasib dan agama mereka.

Inilah yang disaksikan dalam gambar ini. Pak Cik Tionghua ini bukannya dapat upah macam cai UMNO dapat. Tapi dia menolong PAS kerana ingin melihat kemenangan PAS di Johor Lama, Kota Tinggi. Beliau sedang memasukkan gambar calon PAS, Tuan Haji Kamaldin Hj Tahir bagi kerusi Johor Lama di markaz PAS..SubhanaALLAH


Ini kalilah. Bila senario yang tak pernah dilihat sebelum ini berlaku. Dan ianya berlaku dalam PRU kali ini, jelas bahawa kita hanya selangkah lagi untuk menang. InsyaALLAH

Najib Perdana Menteri Paling 'Bijak' Di Dunia

 
Najib oh najib. Kenapalah ngko ni kurang cerdik sangat. Betul ke kalau harga minyak turun, orang kaya akan bertambah kaya? Nak tanya si Najib, berapa percent orang kaya ada kat malaysia? Mana lagi ramai, pekerja yang bergaji bawah RM 2500 atau 4000 ke atas? Tak sangka selama ini kita berperdana menterikan Najib yang kurang cerdik. 
  
Pakatan menang, harga petrol RON95 turun 40 sen pada 7 Mei 2013. Harga minyak turun, maka harga barangan pun turut kerana penurunan kos penghantaran atau pengangkutan. Lantaklah dia yang kaya akan makin kaya, kerana itu rezeki masing-masing. Soalnya yang sederhana, mereka yang siang malam fikirkan untuk suapkan rezeki pada anak dan bini mereka, sudah tentu jika minyak turun, duit gaji mereka akan dapat dijimatkan. Mereka boleh berbelanja lebih untuk anak isteri mereka.
Lagipun orang kaya kalau isi minyak pun, mereka tetap kena cukai lain. Jadi ini adil untuk kita semua. 
BRIM bukannya semua orang dapat. Itupun setahun sekali (minyak saya yang pergi ulang alik kerja pun dah dekat rm 300 sebulan). BRIM hanya one off yang boleh jahanamkan negara. Minyak turun adalah alternatif yang terbaik. Kita pengeluar minyak. Tengok di Arab Suadi dan Brunei, harga 1 liter minyak lebih murah daripada harga 1 liter mineral water. Malaysiaku? Hampeh... najib eloklah kita aiktirafkan sebagai PM paling ter'cerdik' di dunia...sebab cerdiknya dan cerdasnya terlajak..orang panggil hyper. Najib pun mungkin spesis tu kot...


Antara Dua Darjat......


Mereka kata Tok Guru bawa ajaran sesat. Solat menunjuk-nunjuk. Kalaulah sesat, takkanlah orang Putrajaya serbu Tok Guru selepas solat. SubhanaALLAH. Selepas doa habis dibacakan, jemaah bukannya mahu keluar masjid tapi mereka seru ke arah tempat Tok Guru Nik Aziz duduk. Mereka tunggu higga Tok Guru habis solat sunat. Bangun sahaja Tok Guru, mereka terus serbu Tok Guru dan lautan manusia mengiringi Tok Guru ke kereta.

Laungan Takbir bergema di Masjid Tuanku Sultan Mizan... hampir seluruh jemaah mengiringi Tuan Guru Nik Abdul Aziz sambil berselawat...Ini bukannya editing video atau gambar macam UMNO selalu buat. Ini adalah realiti. Orang Putrajaya sudah berani melakukan perubahan. Mereka adalah wira yang akan menaikkan maruah mereka sendiri. Di kala sambutan hebat buat pemimpin pakatan rakyat, UMNO terus meniskus..mereka semakin ditolak oleh rakyat. Tinggal 7 hari lagi waktu berkempen. Ini kalilah kita tukar kerajaan. Perubahan semakin hampir, insyaALLAH











Najib, Mahathir?? daripada salam dengan mereka, lebih baik salam dengan Chua Soi Lek. Sebab dua-dua sama sahaja. Mereka semua tolak islam. Ini semua lakonan sahaja. Malangnya lakonan mereka tidak mendapat sambutan rakyat. Ini kalilah...




Penjawat Awam Sudah Nekad Jatuhkan BN 5 Mei Ini...


Putrajaya dah tenggelam dengan Pakatan Rakyat. BN semakin gelabah melihat sokongan terbuka pegawai kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat. Mereka sudah tidak takut dengan Akujanji, OSA dan lain-lain peraturan yang menzalimi. Mereka sudah ada nekad, nekad mahu menumbangkan kerajaan zalim di negara ini. Ayuh bangkitlah. Kita teruskan hasrat kakitangan awam dan tukar kerajaan 5 mei ini...

Ceramah Perdana semalam melibatkan Tok Guru Nik Aziz, Husam Musa dan Nurul Izzah Anwar...100 ahli UMNO keluar parti dan sertai PAS...




Popular Posts