Saturday 27 April 2013

Bekas CEO Proton Sokong PAS


Lepas satu..satu tokoh korporat menyeberang ke PAS. Sebelum ini Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang juga CEO MRCB Berhad, Datuk Abdul Rahman Maidin telah sah menjadi ahli PAS seumur hidup. 

Kalau PAS tak pandai ekonomi, kenapa tokoh korporat ini masuk PAS atau rapat dengan PAS. Terbaru dilaporkan bahawa bekas orang no 1 Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah hadir di ceramah di sekitar KL. 


Sebelum ini memang kedengaran bahawa tokoh korporat ini berjinak-jinak dengan PAS. Tapi tiada pula bukti bergambar yang menunjukkan beliau bersama PAS. Dan jelas daripada gambar di bawah, memang terbukti bahawa Datuk Syed Zainal adalah penyokong PAS.

 Datuk Zainal sebelum ini adalah merupakan  pengarah eksekutif Perodua sebelum dilantik CEO Proton selepas kecoh pembeliau MV Augusta oleh Mahader yang merugikan proton. Sepanjang 10 tahun beliau sebagai CEO Proton, beliau telah berjaya menaikkan nama Proton di rantau Asia dan tidak pernah disabitkan mana-mana kesalahan melibatkan pecah amanah. Pada November 2008, Syed Zainal Abidin telah dinamakan "Automotive Man of the Year" oleh majalah kereta New Straits Times / Maybank. Syed Zainal jelas bukan calang-calang orang. Sekarang dia adalah CEO bagi sebuah tadika islam yang tersohor di negara kita.

Sokongan beliau kepada PAS jelas menyedarkan orang ramai bahawa UMNO bukanlah pilihan yang baik untuk mereka. MAhadr kata, hanya orang bodoh sahaja yang masuk UMNO. Bukan saya kata...tapi mahader yang kata...mungkin ianya benar kot..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts