Wednesday 1 May 2013

Kajian Demi Kajian, Menunjukkan Bahawa PR Akan Menguasai Putrajaya 5 Mei Ini..



Najib sebenarnya makin pening bila tengok dan dengar hasil kajian akademik tentang parti mana yang akan menguasai kerajaan. Sebelum ini, UMCEDEL atau Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, dan sekarang UNISEL serta Pusat Penyelidikan PAS (PPP) pula. Makin pening Najib dan Roswah...

Rumusan Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel)

 
Daripada 1,407 responden yang dikaji bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon, jelas bahawa populariti Anwar lebih tinggi daripada Najib. Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar mendapat 43 peratus manakala Najib hanya 39 peratus sahaja. Baki 18 peratus adalah atas pagar.

Dilaporkan bahawa populariti Anwar ini meningkat apabila DSAI memulakan siri jelajah ke seluruh negara. Bahkan yang lebih mengejutkan Najib adalah 54 % peratus pengundi Melayu lebih yakin memilih Awar menjadi PM berbanding Najib yang hanya 34 % sahaja. (Najib memang sesuai jadi ketua pembangkang). Dari pengundi kali pertama, Anwar lebih popular daripada Najib. 

Setelah populariti Najib merosot, Manifesto BN turut ditolak oleh rakyat. Sebanyak 42 peratus rakyat menerima manifesto PR berbanding BN yang hanya mendapat 38 peratus sahaja. Kajian juga menunjukkan 61 peratus pengundi Cina percaya kepada manifesto PR. Bahkan paling menggerunkan Najib, kajian UMCEDEL menunjukkan pengundi Cina sudah membuat pilihan berbanding orang Melayu yang dilaporkan seramai 61-70 peratus memilih Pakatan. Mereka yang sebelum ini adalah atas pagar, sudah membuat keputusan dan akan memilih Pakatan dalakm PRU kali ini.


Soal pengundi atas pagar, angkanya dilaporkan semakin mengecil iaitu daripada 21 peratus pada Mac kepada sembilan peratus pada bulan ini. Dan mereka sudah ada pendirian masing-masing dan tempoh 10 hari sebelum PRU adalah penentunya..


Rumusan : Kajian Universiti Selangor (Unisel) 
 
Analisis menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat (Pakatan) mencatatkan 50.6 peratus untuk menang PRU kali ini berbanding dengan BN yang mencatatkan 49.4 peratus. Kajian iaitu dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.

Responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang. Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan Pakatan akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang. 

Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan Pakatan akan menang. (kaum India minoriti dan tiada kesan di peringkat nasional).

Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.


 
Rumusan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berdasarkan dapatan kajian UMCEDEL Universiti Malaya, Merdeka Center dan culaan jentera-jentera PAS di peringkat akar umbi.

 
Aduh Najib. Pening kepala anda. Rakyat sudah menolak anda. Ini semua kajian beralaskan akademik, bukannya kangkung. Dulu kamu bolehlah nak gantung tugas Azrul Azwar Ahmad Tajudin, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam yang menyatakan bahawa PR ada kemungkinan boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus membentuk kerajaan pusat. Tapi sekarang? Semua orang kata anda akan kalah. Najib diramalkan sebagai Ketua pembangkang selepas 5 Mei ini...

InsyaALLAH kita teruskan berdoa. Bagi saya tsunami politik 2008 belum sampai kepada kemuncaknya. 2013, adalah kemuncaknya dan dengan setiap peti undi ada kira 20 - 30 peratus pengundi muda, jelas bahawa Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya kali ini. Semuanya dengan izin ALLAH, insyaALLAH


* Kami ingin memberikan banyak lagi info berkaitan PRU 13 di sini

Anwar Serang Putrajaya...Penjawat Awam Dapat Durian Runtuh


Cukuplah.. cukup sudah..1 juta Pegawai Awam di seluruh negara mesti buat perubahan segera. Tukarkan kepada yang lebih baik dan anti roswah. Seramai  15,798 pengundi di Putrajaya perlu memangkah Husam Musa dalam PRU kali ini. Kalau PRU 2008 dahulu, majoritinya bukanlah banyak sangat. Setakat 2,734 undi sahaja. Majoriti lebih kecil berbanding tahun 2004 di mana UMNO menang dengan 3,546 undi, berlakunya peningkatan undi buat pakatan rakyat. Kali ini..Ini kalilah kita terus jadikan UMNO pula kalah dengan majoriti, insyaALLAH...














MCA Hina Isteri Nabi S.A.W Pula




Ini mesti kerja orang MCA dan direstui oleh UMNO Laknatullah. Yang diletakkan di Sekinchan untuk menakutkan orang cina. Memang jahat betul diorang ini. Sanggup hina pakaian isteri Nabi yang kita cintai. Wooii Soi Lek. Nak berpolitik mestilah kena ada hujah, bukannya hina agama orang lain.

Ini semua gara-gara si Zul Kulim yang hina agama hindu dan Ibrahim Ali stupid yang ingin bakar bible. Ini semua perangai ekstresm mereka yang menyebabkan MCA pun tidak takut untuk menghina kita balik. 

Ya ALLAH. engkaulah balaslah perbuatan musuhMu yang nyata ini...

Gilo Jang....Berpuluh ribu nih...


Kegilaan apakah ini Anwar?? Kata anda pengkhianat negara. Kenapa masih ramai lagi yang datang bila anda berada. Melayu, Cina, India, Sikh...semuanya datang bila anda berceramah..

Mana si Azhar Sulaiman, pelakon cabuk yang kata nak kena sambar petir? Mana dia. Mana Utusan?? Itu sebab SPR dan UMNO gelabah ketika ini. Termasuk profesor kangkung. Maklumat dan analisis yang saya dapat, PR akan menang dengan majoriti kecil di Parlimen ketika ini. ALLAHuakbar. Sama-sama kita doakan. Biarkan gambar ini berbicara di Seremban, semalam.....(tengok satu persatu gambar..situasi sama di Terengganu masa tahun 1999 dahulu..saya ada ketika itu..)















































Popular Posts