Saturday 20 April 2013

Lensa Kamera Penamaan Calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli


Antara kawasan Parlimen paling panas di Malaysia adalah kawasan Parlimen Pandan. Kerana wujud pertandingan 3 penjuru di Parlimen ini dan perkhabaran penyertaan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat sebagai calon bebas.

Sememangnya calon Bebas ada, cuma bukan Ong Tee Keat tetapi setiausahanya, Yee Allan Tan.

Apapun penamaan calon sudah selesai tengahari tadi, yang bakal menyaksikan pertarungan 3 penjuru antara  Rafizi Ramli, calon MCA-BN, Gary Lim Chin serta calon Bebas, Yee Allan Tan. Peluang untuk menang adalah 60/40 dan dengan penyertaan calon bebas dari kem Ong Tee Keat, sudah pasti  kelebihan kepada Rafizi, tokoh muda yang berkaliber..













Penyokong Ong Tee Keat pun ada






Ini kalilah..

PAS & PKR Ada Masa 3 Hari Untuk Selesaikan Isu Calon Bertindih



Nasib baik PAS dan PKR ada tempoh 3 hari untuk selesaikan isu lawan sesama sendiri di 7 kerusi dalam pilihanraya kali ini. Buatnya SPR luluskan cadangan mereka yang hanya memberi tempoh 1 jam selepas penamaan calon untuk menarik diri (beritanya), sudah tentu ia bakal memberikan imej negatif kepada PAS dan PKR. Mereka akan bertembung di gelanggang yang sama. 


Tapi ikut akta di SPR, jelas bahawa tempoh 3 hari akan diberikan. PAS dan PKR ada masa sehingga 11 pagi hari Selasa (24.04.2013) untuk memutuskan calon mana yang perlu tarik diri di kerusi pertindihan itu. Kerusi Parlimen Labuan, Dun Sungai Aceh, Panti, Seberang Takir, Bukit Besi, Kota Putera dan Kota Damansara perlu diputuskan hanya satu parti sahaja bertanding.

Sebab itulah akan ada mesyuarat Isnin ini. Tapi bagi saya, mesyuarat perlu disegerakan dan penarikan perlu dibuat secepat mungkin. Kerana ia akan memberi imej negatif kepada PR. Kesianlah pada DAP, mereka yang paling bijak dalam soal pembahagian kerusi, tapi PAS dan PKR pula tak bijak dalam percaturan untuk menumbangkan BN.

Dan setiap tindakan kurang bijak pasti akan kena balasannya.
 

Sudah pasti mereka akan rugi dalam RM 15,000 bagi kerusi Parlimen (RM 10,000 untuk deposit pilihanraya, RM 5,000 untuk deposit bahan kempen) dan RM 8,000 bagi kerusi Dun  (RM 5,000 untuk deposit pilihanraya, RM 3,000 untuk deposit bahan kempen). Rugi pun rugilah. Sebab mereka tak bijak dalam percaturan kerusi. Masing-masing tak mahu mengalah. 

Kalau mereka tak nak rugi dan berdegil juga. Rasanya confirm kalah kot dalam PRU kali ini. Sebab ini yang akan menjadi bahan utama kempen BN. BN walaupun ada pertandingan dua penjuru dengan ahli mereka, tapi mereka bertanding bebas. Ada lambang kunci, gajah, buku, bunga..hanya satu lambang je BN. Tapi kalau PAS dan PKR masuk gelanggang sama. Alamak keliru dan tak yakinlah pengundi. Kata baik, tapi dalam kertas undi, ada kedua-dua logo ini...

Jadi langkah bijak, selesaikanlah cepat. Jangan ia jadi isu besar dalam PRU kali ini. Menenggelamkan isu-isu lain terutamanya isu manifesto di pihak Pakatan. Ini kalilah (dengan nada suram sebenarnya...)

PAS Lawan PKR : Bukan Satu-Dua Kerusi, Tapi 7 Kerusi


Rasa nak terduduk bila baca perlawanan sesama sendiri antara PAS dan PKR. Bukan nak kutuk, tapi inilah hakikat yang perlu diterima. PAS dan PKR masuk gelanggang PRU 13 dengan tidak bermuafakat dalam beberapa kerusi. DAP takde pun macamni. Mereka berebutkan kerusi sesama mereka. Belum apa2 lagi dah bergaduh sesama sendiri. Nanti bila kempen PRU, mereka nak kata kat sapa? Takkan PKR kata PAS menyeleweng, PAS pula kata PKR menyeleweng dalam ceramah mereka. Sedangkan di tempat lain yang tiada pertandingan 3 penjuru, mereka boleh pula duduk sama-sama. ini hipokrit namanya.

 Inilah bila kepentingan parti diutamakan, dan kemahuan rakyat dipinggirkan, jadilah macamni. Ada 1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi Dun ada pertandingan antara PAS dan PKR. Paling banyak di Terengganu. Apa hal jadi macamni. Esok confirm muka depan Utusan, PAS dan PKR tak sebulu. Ini persepsi yang akan membentuk pengundi kali ini. Bukan setakat satu dua kerusi, tapi banyak.


Ini antara kerusi bertindih..

1. Parlimen Labuan


2. DUN Kota Putera, Parlimen Besut

3. DUN Seberang Takir, Parlimen Kuala Nerus



4. DUN Bukit Besi, Parlimen Kemaman

 
5. DUN Sungai Acheh, Parlimen Nibong Tebal


6. DUN Kota Damansara, Parlimen Subang


7. DUN Panti, Parlimen Tenggara


Hmm...merenung panjang kita nampaknya. Kenapalah ada benda-benda macamni.

Saya cadangkan kalau betullah mereka bermuafakat, pilih satu calon dan tugas berat dan menyusahkan diri untuk terangkan pengundi apa yang mereka perlu putuskan. Kalau calon PKR tarik diri, minta penyokong mereka sokong calon PAS. Begitulah sebaliknya. Apapun Anwar Ibrahim dan Tok Guru Haji Hadi perlu selesaikan perkara ini secepat mungkin....

Nyaris BN Menang Percuma..Apapun Sejarah Baru Telah Dicipta...


Apa hal ni bro..nyaris-nyaris BN menang percuma.


Nasib baik BN tiada menang percuma kali ini. Sejarah baru tercipa sejak kita merdeka sebenarnya. Alhamdulillah. Ini kalilah kita humban BN

Episod Baru Tanah Kubur : UMNO Terkubur Sendiri


Rancangan baru untuk UMNO..Tanah Kubur episod : UMNO Tergali Kubur Sendiri..hehe..tahniah Tok Adi dan Mustapha Kamal, R for pakatan rakyat

Gempar!!! ALLAH Jelas Mengiringi Kita


SubhanaALLAH. Kalimah dibelakang calon PAS di Pendang. InsyaALLAH jika kita bertawakal sepenuh hati kepada ALLAH. Maka insyaALLAH kita ada peluang untuk menang kali ini. Ini kalilah..

UMNO atau BN??? Inilah nasibnya...

Lensa Di Penamaan Calon Kuala Terengganu..Ustaz Azhar Ader Skali....




Ini pula gambar-gambar pencalonan PAS. Sah yang Datuk Raja Kamarul Bahrain Sultan Ahmad Shah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad di Dun Batu Buruk, Haji Abdul Wahid Endut di DUN Wakaf Mempelam, dan Dato' Tengku Hassan di Dun Ladang..Allahuakbar





Kemenangan Awal Buat Pakatan, Datuk Kamilia Sah Keluar UMNO



Apa sudah jadi? orang No 2 dalam wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim letak semua jawatan dalam UMNO Porno.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.


Nah UMNO.Sebijik ngko kena. Orang no 2 dalam wanita telah keluar parti. Sekaligus ramai lagi yan akan keluar selepas ini. Terkontang-kantinglah UMNO jawabnya.

Datuk Kamilia yang juga seorang peguam, memang keras kepala dan sanggup melawan arus. tahniah kita ucapkan. Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru nanti. Beliau akan memakai simbol buku. Apapun ini kalilah UMNO. Riwayat anda makin tamat....

Update PRU : 5 Berita Hot Selepas Penamaan Calon Harini

Ada berita panas ketika ini setelah selesai penamaan calon pada pukul 12 tadi. Antaranya adalah :

1. Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim sah bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

2. Ketua katak, Ibrahim Ali akan bertanding satu sama satu calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. ini kerana calon BN Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

3. Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat tidak bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan sebaliknya, bekas setiausaha peribadinya, Allan Tan Yew Leng bertanding atas tiket Bebas di kawasan itu dengan memakai lambang gajah. Beliau akan ditentang oleh Rafiz Ramli dari PKR dan Gerry Lim dari BN

4. Pertandingan tiga penjuru di Lembah Pantai menyaksikan antara penyandangnya, Nurul Izzah Anwar (PKR), Rosli Baba (Bebas) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN).

5. Penyanyi 80-an, Herman Tino bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tanjung Karang, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.

Pelanduk Dua Serupa Anwar Ditahan Polis?


Diberitakan bahawa dua orang saksi video Seks Anwar telah ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam malam tadi. Mereka ditahan bersama Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek selepas melintasi Imegresin Bukit Kayu Hitam untuk melakukan pendedahan di Permatang pauh. Mereka dikatakan berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.


Apa yang menggemparkan adalah salah seorang saksi itulah ada pelaku video seks itu sendiri, yang dikatakan pelanduk dua rupa dengan Anwar Ibrahim  (seperti dalam gambar di atas). Dia ingin mengaku bahawa dialah yang di dalam video itu. Yang disebarluaskan oleh trio Datuk T melibatkan sekali bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.


Persoalannya adalah kenapa imegresin menangkap mereka? adakah mereka tidak membawa passport atau membawa barang seludup? Atau atas arahan keselamatan  negara?

Bagi saya, ianya tindakan tak bijak membawa saksi penting itu tanpa adanya kawalan undang-undang. Sebab saksi-saksi utama ini akan terdedah dengan ancaman keselamatan. Kalau dalam sesuatu kes sekalipun, saksi utama akan dijaga dan setiap pergerakkan akan dipantau dan dilaporkan dibalai polis berhampiran.

Kenapalah Anwar kalau dah tahu perkara ini, memohon secara bertulis kepada hakim dalam kes saman beliau terhadapa Utusan atas fitnah ini.  Kalau kes lambat lagi, apa masalahnya. Cuma buat akuan sumpah di tempat saksi utama itu tinggal. Juga turut membuat laporan polis di balai polis berhampirannya. 

Selepas itu, barulah dedahkan ianya ke seluruh negara. Tapi mungkin pihak-pihak yang membawa saksi ini tidak tahu prosedurnya. Mereka inginkan pendedahan secara cepat. Dan mungkin takut saksi tersebut enggan kerana mungkin akan dituduh bersubahat.

Apapun jika benarlah saksi itu ditangkap, ianya kena dilepaskan dalam masa 24 jam dari semalam. Waran tangkap tidak boleh diambil kerana majistret sudah ditutup harini. Jika polis berdegil menahan saksi warganegara Thailand itu, jelas bahawa ianya akan melibatkan isu besar lagi. Melibatkan kedua-dua buah negara antara Thailand dan negara kita. Sudah pasti berita ini akan disebarluaskan lagi. Kalau benarlah, mana lagi Najib nak letak muka dengan negara-negara jiran. Mungkin inilah balasan kalau fitnah oran berzina, yang natijahnya mungkin akan but kita menyesal seumur hidup....


Popular Posts