Monday 27 May 2013

SPR Tipu Rakyat Lagi...



Saya memang bersetuju bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu letak jawatan serta merta. Kerana penipuan mereka kononnya gambar blackout itu merupakan lakonan saraf pakatan rakyat. Gambar itu tulen dan benar. Memang itu baju dan topi yang dipakai oleh SPR pada 5 Mei lalu. Mereka tak boleh tipu. Memang itu gambar real. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang tipu hidup-hidup rakyat Malaysia. Mereka perlu letak jawatan segera. Sudah cukup penipuan mereka selama ini.

Gambar ini rupanya dirakam secara curi di DUN Seri Serdang, bukannya di Dun Ketari, dalam Parlimen Bentong

Kalau PR mahupun duit free, boleh saman terus SPR kerana memfitnah pakatan. SPR jelas menipu dalam isu ini. Apapun isu lampu sekolah terpadam sebenarnya bukannya isu besar. Kerana tiada laporan polis dibuat oleh agen-agen calon sama ada daripada PAS atau BN, bermakna mereka dapat mengira undi dengan tepat di bilik mengundi tersebut. Jadi ianya bukannya isu besar. Hanya satu kes sahaja (mungkin lampu rosak dan bukannya blackout). Jadi jangan perbesarkan isu ini kerana kelak akan memakan diri. Isu yang besar adalah integriti Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR itu sendiri. Mereka macam jurucakap BN dan tiada kredibiliti untuk menjadi pengadil. Sepantas kilat menuduh PR menipu kononnya PR yang membuat lakonan semula gambar itu. Ini semua tiada integriti. 

Pengerusi SPR dan Timbalan Pengerusi SPR perlu letak jawatan. Mereka tak layak untuk duduk di kerusi mulia sebagai pengantara pilihanraya. Mereka jelas berat sebelah. Ini isu besarnya. Mungkin saranan Mat Sabu agar kita berarak dari KL ke Putrajaya terus ke Pejabat SPR, mungkin tepat ketika ini. Biar SPR tahu langit itu rendah atau tinggi...

Azmin Ali Bersalah, Bukannya Presiden PAS


Sekarang sudah terdedah bahawa dalam soal pertindihan kerusi, Azmin Ali sebenarnya salah dalam hal ini. Beliau selaku Ketua Pilihanraya PKR, telah melakukan kesalahan besar dengan bersikap tamak haloba dan menyebabkan berlaku pertindihan parti terutama di DUN Selangor. Azmin Ali kata hanya 16 kerusi DUN diperuntukkan kepada PKR daripada 56 Kerusi Dun. 

"PKR, kita ada 16 kerusi di Selangor. Berkenaan kerusi di Kota Damansara dan Semenyih, PKR kita tak kalah kepada BN, tetapi kita kalah sesama parti (PR)." - Azmin Ali

Tapi daripada kiraan dan analisis, jelas PKR tamak haloba. Bukan 16 kerusi tetapi 22 kerusi dibolotnya.

N55 DENGKIL
N7 BATANG KALI
N9 PERMATANG
N10 BUKIT MELAWATI
N11 IJOK
N13 KUANG
N14 RAWANG
N16 BATU CAVES
N19 BUKIT ANTARABANGSA
N23 DUSUN TUA
N24 SEMENYIH
N25 KAJANG
N32 SERI SETIA
N33 TAMAN MEDAN
N37 BUKIT LANJAN
N39 KOTA DAMANSARA
N40 KOTA ANGGERIK
N41 BATU TIGA
N43 SEMENTA
N46 PELABUHAN KLANG
N49 SERI ANDALAS
N50 SRI MUDA

PAS pula ditinggalkan dalam 20 kerusi sahaja. Kerusi PKR ikut asal dalam 21 kerusi, tapi disapunya bersih dalam 22 kerusi. Sepatutnya kerusi Kota Damansara diberikan kepada PAS dan Semenyih diberikan kepada PSM. Tapi lain pula jadinya..kalau menang banyak takpe, tapi kalah 8 kerusi daripada 23 ditandingi, berbanding dengan PAS yang hanya tewas dalam 4 kerusi DUN sahaja. Begitu juga DAP Selangor yang cemerlang menang dalam 15 kerusi yang ditandingi mereka dalam PRU lalu.

Azmin Ali kena minta maaf secara terbuka kepada PAS dan PSM. Beliau punca kekeliruan di  terutamanya Selangor. Buat Shamsul Mat Akin, tuduhan menghina kepada Presiden PAS perlu ditarik balik. Kalau anda sayangkan Pakatan, buangkan ego dan minta maaf. Itu sahaja jalannya. Kalau tidak, tunggulah amarah ahli PAS nanti...

Saturday 25 May 2013

Ketua AMK Lupa Daratan?



Ketua AMK, Iskandar Md Akin lebih sudu dari kuah. Beliau mula menyombong diri dan menempelak PAS kerana menyebabkan kekalahan PKR di 1 kerusi DUN iaitu di Kota Damansara (bukannya Sungai Aceh kerana majoriti BN dapat 808 undi, PAS hanya 690 undi sahaja). Ketua AMK mungkin lupa bahawa PSM turut menyebabkan mereka kalah di Dun Semenyih (BN dapat 17,616, PKR dapat 13,471. Majoriti 4145. Tapi PSM dapat undi dalam 5,568).

Ketua AMK ini sudah lupa rupanya. Sebab itulah beliau menempelak PAS secara terbuka (sini). Sedangkan beliau perlu menerima hakikat bahawa parti mereka tiada jentera akar umbi yang kuat. (PAS walaupun tarik diri di DUN Panti, tetap dapat undi 2 ribu lebih berbanding calon PKR yang hilang deposit).

Calon banyak tangkap muat. PKR hidup hari ini kerana Anwar. Kredibiliti sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri masih ada. Kredibiliti Azmin, Shamsul? tiada siapa yang dapat mengukurnya sekarang. Jadi janganlah berlagak sangat sampai nak salahkan parti lain. Ingatlah sikit bantuan segala jentera dan kesungguhan PAS di seluruh negara. 

Kalau tak nak ingat pun, sedarlah sikit bahawa kemenangan anda di Bukit Katil dahulu adalah bantuan PAS dan DAP. Ini hakikatnya kerana PAS berjaya menyumbangkan satu DUN dalam  Parlimen Bukit Katil. DUN Bukit Baru, merupakan dun Ali Rustam sebelum beliau ke Parlimen. Begitu juga DUN Ayer Molek, walaupun PAS kalah, tapi jentera PAS banyak buat kerja gerakkan kempen Pakatan di dalam DUN itu. Kena ingat sikit kerana bendera PAS di sana jauh lebih banyak daripada PKR. Ditambah pula dengan kerja kuat DAP di DUN Bachang dan Ayer Keroh, sudah pasti kamu takkan merasa jadi Ahli Parlimen Bukit Katil kalau tidak bantuan PAS dan DAP. Jangan berlagak sangat wahai Shamsul. 




Kalau 2008 dahulu, kamu terhegeh-hegeh ke Parlimen Dungun kononnya Parlimen boleh menang. Jelas ianya silap dan jelas kamu menangguk air yang keruh. Di Parlimen Dungun, ada 4 dun yang kesemuanya ditandingi oleh PAS. Daripada 4 dun, hanya 1 sahaja dimenangi oleh PAS dan kamu turut tewas sekali (kerana dia macam Parasit, induk kalah, dia pun kalah).

Jika PAS tiada semangat setiakawan, sudah pasti kerusi itu tidak diberikan kepada kamu wahai Shamsul. Dan sekarang Parlimen itu sudah dapat kembali kepada Pakatan 5 Mei lalu kerana PAS yang bertanding di situ. 

Janganlah jadi macam budak sekolah wahai Shamsul. Kamu menang kerana bantuan parti lain dalam Pakatan. Bukannya kekuatan diri sendiri. Ini kena ingat. Kamu bukan giant killer kerana parti lain yang menyumbangkan kemenangan kamu menumpaskan Ali Rustam. Kamu bukan macam Nasruddin Hassan Tantawi yang menang di Temerloh kerana kekuatan jentera PAS di sana. PAS menyumbangkan kerusi DUN Kuala Semantan sedangkan PKR tewas di Lanchang dalam Parlimen Temerloh. Jelas bahawa kemenangan Nasruddin Hassan dibantu oleh PAS, bukannya seperti kamu yang melukut di tepi gantang harapkan ihsan parti lain.

Jadi kenalah muhasabah sikit. Ukur baju di badan sendiri. Janganlah jadi kartun dalam politik. Lama-lama penyokong sendiri akan menyampah pada anda. Jangan bawa DNA UMNO dalam Pakatan. Tengok DAP, mereka cool dan bijaksana dalam politik. Bukannya macam anda yang terpekik terlolong sana sini, sedangakan isinya langsung tiada. Hidup politik baru!!

Undi 2 Kali : Pemuda Atau SPR Yang Tipu?


SPR tak perlu tangkap pemuda ini. Tapi siasatan rapi perlu dijalankan. Kalaulah ianya pemuda ini menipu, alamat gelaplah masa depan kita. Sebab rakyat akan tidak percaya lagi kepada Pakatan Rakyat. Saya sebenarnya musykil kenapa pemuda ini boleh mengundi 2 kali dengan menggunakan kad pengenalan yang sama. Sedangkan setiap kali sebelum menerima kertas undi, nama kita akan dipotong oleh 3 individu. Sama ada daripada SPR sendiri, wakil calon dari PR dan Be end. Soal dakwat kekal atau tak kekal, ianya isu kedua. Jadi macamana budak ini boleh lepas?

 
* Siasatan rapi perlu dijalankan. Jika betul budak ini boleh mengundi dua kali, maka sah SPR menipu. Jika tak, kita yang menipu dan padahnya bakal menanti.

Tuesday 21 May 2013

Anwar Ibrahim Pun Ada Silapnya...


Elemen kebenaran fakta dan ketepatan angka adalah elemen penting dalam demokrasi. Setiap orang bebas bercakap, tetapi mesti beralaskan kebenaran dan ketepatan. Tak kira daripada Pakatan Rakyat atau Be end. Sebab itulah Anwar kena berhati-hati selepas ini. Tak pasal-pasal digelar ‘Raja Fitnah’ oleh SPR. Gara-gara kesilapan Anwar yang mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU-13 untuk memberi kemenangan kepada Be End semasa ceramahnya di Padang Kota, Georgetown.



Tak pasal-pasal Imej Anwar dah tercalar dalam isu ini. Ada kenyataan bahawa SPR akan saman Anwar. Buat Anwar, ini fakta tepat tentang jumlah pengundi awal di Malaysia

PUTRAJAYA 28 April - Seramai 272,387 pengundi awal berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 30 April ini di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seluruh negara.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, jumlah pengundi tersebut membabitkan 161,251 anggota tentera dan pasangan, dan bakinya pula 111,136 adalah anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing-masing
(sini)
 

Amat jauh bezanya antara 272,387 dengan 500,000. Lainkali Anwar kena berhati-hati. Dan perlu diingat dan kajian khas perlu dibuat, kenapa kawasan kem tentera terbesar negara di Sungai Besi dimenangi oleh Khalid Ibrahim dari PKR. Kem tentera di Lumut dan juga Port Dickson yang turut dimenangi oleh PKR. Juga kejayaan menurunkan majoriti undi di Parlimen Setiawangsa yang ada di dalamnya Mindef. Itu belum lagi dengan perumahan polis terbesar di Marang dan Kuala Terengganu yang telah dimenangi oleh PAS.

Ini semua kena kaji. Jangan hentam kromo sahaja wahai Anwar. Anda pemimpin rakyat, janganlah jadi macam budak-budak.  Tak pasal-pasal bagi buah tanggung pada SPR. SPR memang banyak kebejatan dan kesalahannya (tapi silap kita juga kerana soal culaan daftar pemilih tidak dititikberatkan). Tapi sekali anda bagi bola tanggung, beribu-ribu smash yang akan dibuat oleh SPR dan media UMNO selepas ini. Tengoklah akhbar hari ini kalau tak percaya..


Friday 17 May 2013

Azmin Ali Tamak Haloba..Baik Tan Sri Ibrahim Masuk PAS Sahaja




PKR sebenarnya lebih sudu daripada kuah. Dah dapat jawatan MB Selangor, mahu pula exco kanan kerajaan Selangor. Kononnya si Azmin Ali nak kontrol Khalid Ibrahim.

Mereka ingat mereka menang kerana mereka kuat. Kononnya Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat kerana mereka. Nehi. Tuii. 

Mereka yang bertanding banyak kerusi di Selangor, tapi paling banyak kalah dalam PRU kali ini. Mereka sudah lupa. Melayu mudah lupa.

Daripada 12 kerusi yang jatuh ke tangan UMNO, 6 daripadanya adalah kerana kekalahan PKR antaranya di Dun Batang Kali, Bukit Malawati (mike pun kalah), Kuang, Dengkil, Permatang dan Kota Damansara. PKR sememangnya bukannya kuat. 

Kalau di PRU 2008 dahulu, mereka mendapat 15 kerusi, sekarang merosot kepada 14 kerusi. Berbanding dengan DAP yang meningkat daripada 13 kerusi pada PRU 2008 dahulu kepada 15 kerusi kali ini, begitu juga PAS yang mendadak naik daripada 8 kerusi pada PRU 2008 kepada 15 kerusi kali ini. Jadi siapa yang kuat sebenarnya di Selangor?

Jadi geng-geng Azmin dan Zuraida janganlah sombong sangat. PAS dan DAP sememangnya menjulang tinggi semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. PAS boleh je jadi MB dengan majoriti yang ada kerana nak kata tak pandai tadbir, ramai pensyarah-pensyarah dan cerdik pandai PAS di seluruh Selangor dan KL akan bantu PAS. Bahkan bekas MB Selangor, Tan Sri Muhammad Taib pun akan bantu PAS.

Bukan setakat air percuma, mungkin  tol yang libatkan kerajaan Selangor akan dihapuskan atau banyak lagi alternatif lain untuk rakyat Selangor.

Tapi PAS taknak jadi tamak dan gunting dalam lipatan macam Azmin Ali dan Zuraida.

Dua cai PKR ini tiada locus standi untuk suarakan hak mereka untuk dapat jawatan itu ini di Selangor. Mereka adalah lemah dan bukannya suara majoriti. Sedarlah wahai Azmin. Anda telah gagal memimpin PKR di Selangor dalam PRU kali ini. Cerminlah muka anda dahulu. Kalau anda lebih-lebih, tak mustahil Khalid Ibrahim akan masuk PAS selepas ini. Biar berkubur PKR di Selangor angkara sikap tamak dua pemimpin tak matang ini...

Friday 10 May 2013

PKR Gagal Pertahankan 9 Kerusi Parlimen



Saya ada menulis sebelum ini tentang kegagalan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Parlimen sedia ada yang dimenangi dalam PRU 2008 dahulu (sini). Kalaulah 15 kerusi parlimen ini dikekalkan, sudah tentu hanya tingga 8 majoriti kerusi sahaja untuk Pakatan memerintah Malaysia. 

Antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PKR adalah parti yang paling gagal mengekalkan kerusi dimenangi pada tahun 2008. PKR gagal dalam mengekalkan 9 kerusi parlimen daripada 15 kerusi yang gagal dipertahankan kali ini. Antara kerusinya adalah :
 
KEDAH
 
1. Merbok
2. Kulim Bandar Baharu

KELANTAN

3. Tanah Merah
4. Ketereh
5. Machang

PERAK


6. Bagan Serai


P. PINANG
 
 
7. Balik Pulau


SELANGOR


8. Hulu Selangor 


K. LUMPUR

9. Titiwangsa

Bahkan Setiausaha Agongnya sendiri, Saifuddin Nasution kalah di Kulim Bandar Baharu. Sebenarnya satu sahaja nasihat buat Pakatan Rakyat, terutamanya PKR. Muhasabahlah kegagalan anda sendiri. Memang ada silap jahatnya SPR, tapi kita pun ada silap. 

Kenapa kita kalah? Mungkin strategi dan kegagalan teknikal kita sendiri yang menyumbang kegagalan Pakatan menguasai Putrajaya kali ini. Apapun tahniah juga buat PKR, kerana anda berjaya juga memenangi kerusi-kerusi baru yang dikatakan sukar ditembusi, antaranya Parlimen Bukit Katil dan Lumut. Kekalkan momentum dan usaha di PRU akan datang, insyaALLAH

Azmin Ali Ada Betulnya..Tapi



Azmin Ali (baju merah di sebelah Anwar) saya lihat ada betulnya dalam tindakan beliau dalam sidang media tengahari tadi. 


Antara yang betulnya adalah :

1. Kemenangan PKR dan Pakatan di Selangor hasil usaha bersama. Dan PKR diketuai oleh Azmin selaku pengarah pilihanraya PKR Selangor. Sudah tentu segala tenaga dan masa serta wang ringgit perlu dihargai oleh PKR. Hargai dalam maksud di sini adalah bukannya lantik beliau menjadi MB, tapi diajak beliau bermesyuarat untuk membincangkan siapakah yang layak menjadi MB. Takkanlah masa perang sahaja dihargai, lepas perang, dipinggir sedemikian rupa.

2. Soal musyawarah dititikberatkan oleh Azmin Ali. Itu yang penting dalam parti. Sekurang-kurangnya pendapat dikeluarkan sebelum presiden buat keputusan. Ini tidak, main tunjuk-tunjuk macam nepotisme pula.

3. Beliau mengajak rakyat terus bekerja dan sara hidup mereka. Juga minta YB yang dipilih bekerja dari sekarang. Itu betulnya. Kerana hidup perlu diteruskan. Tapi ada yang tak betulnya di sini :

1. Kenapa Azmin Ali tak tunggu semasa mesyuarat Pakatan Rakyat untuk keluarkan idea beliau tentang ini. Kenapa di media massa yang dikawal oleh BN? Kenapa beliau tidak matang dalam soal ini (temasuk mulut si Zuraida yang bukannya ADUN Selangor pun). Kalau rasa lambat sangat mesyuarat Pakatan, sms je kepada semua YB PKR untuk buat kerja sekarang, bukannya bantahan tanpa bermakna.

2. Azmin sebenarnya melawan arus. Beliau dilihat sebagai pengkhianat PR ketika ini. Masa panas selepas PRU inilah kena ada bantahan. Biar negara luar tahu tentang kejahatan SPR (tapi ada juga kadang-kala kita ditipu kerana kebodohan dan kemalasan kita sendiri). Tengok BBC dan TV negara luar, mereka siarkan bantahan terhadap SPR dalam siaran berita mereka. Ini yang sebetulnya. Soal kumpul bukti, itu nasihat kepada jentera parti. Tak perlulah dihebohkan macam kita berdemo sampai terlupa nak kumpul bukti. 

Apapun Azmin kadang kala cerdik, tapi nampak kebodohan mungkin kerna dikawal emosi amarah. Mulalah salahkan semua orang. Azmin ada betulnya terutamanya dalam soalnya penghapuskan amalan nepotisme dalam PKR. Tapi saya rasa beliau merupakan orang yang paling dibenci oleh penyokong Pakatan Rakyat ketika ini. Sudah nasib badan. Hang Jebat juga yang menjadi penderhaka....

Wednesday 8 May 2013

Black 505 : Siaran Langsung Dari Kelana Jaya


Ketika ini, suasana di Stadium Kelana Jaya Petaling Jaya Selangor menyaksikan ribuan rakyat Malaysia berbilang kaum berhimpun menyatakan bantahan kepada SPR. Siaran langsung boleh dilihat di sini..


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday 7 May 2013

Kedah Penyumbang Terbesar Kekalahan Pakatan Di Parlimen


Kita tinggalkan dulu kerja jahat SPR yang banyak membantu kemenangan Be End dalam Pilihanraya kali ini. Sememangnya SPR adalah parti komponen Be End, yang berjaya menafikan hak rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya.

Jelas keputusan akhir bahawa BN mendapat 133 kerusi di Parlimen, meninggalkan Pakatan dengan 89 kerusi. PR hanya perlukan lagi 25 kerusi (112 - 89) untuk membentuk kerajaan di Persekutuan. 

Apa yang perlu ditimbulkan di sini ialah kegagalan Pakatan itu sendiri untuk mengekalkan kerusi yang mereka menangi dalam PRU 2008 dahulu. Sebanyak 15 kerusi yang dimenangi PR pada pru 2008 dahulu, telah jatuh ke tangan BN dalam PRU kali ini. Kedah mencatatkan bilangan kerusi yang paling banyak gagal dipertahankan iaitu 7 kerusi. Bahkan PAS hanya menang 1 kerusi sahaja daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Post mortem perlu dibuat atas kegagalan ini. 

Kalaulah PR dapat mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 dahulu, sudah pasti PR hanya perlukan 8 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan. Malangnya kita kalah di kerusi-kerusi Parlimen ini...

KEDAH

1. Padang Terap
2. Pendang
3. Jerai
4. Sik
5. Merbok
6. Baling
7. Kulim Bandar Baharu

KELANTAN

8. Tanah Merah
9. Ketereh
10. Machang

PERAK

11. Bagan Serai

P. PINANG
 
12. Balik Pulau

SELANGOR
 
13. Hulu Selangor (Dlm pru 2008, Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad menang sebelum BN menang dalam PRK 2010)

14. Kuala Selangor
 
K. LUMPUR
 
15. Titiwangsa
 
Apapun tahniah buat yang berjaya di peringkat Parlimen. Di kerusi-kerusi yang kita kalah ini, post mortem segera perlu dilakukan. Gerak kerja awal perlu digerakkan. Pastikan kita pertahankan semua 89 kerusi yang kita perolehi ini dan mencari 25 hingga 30 lagi kerusi baru, untuk tumbangkan rejim be end dalam PRU akan datang..

Malaysia..Tanah Tumpah Banglaku..



Patutlah Pejabat Perdana Menteri Bangladesh menyatakan rakyatnya di negara kita menerima kerakyatan Malaysia dengan mudah, sebab inilah..Sebab nak jadi pengundi hantu dan pangkah Be end. Patutlah Be end menang lagi. Sebab undi bangla. Hidup UMNO!! Hidup bangla!!!

Dua orang pengundi hantu ditangkap di Kuala Selangor yang menggunakan ic baru. Tanya siapa PM Malaysia pun tak kenal. 


 Hantu raya yg berjaya ditangkap di Dun Ladang, Kuala Terengganu






 Ni pula bukti video gambar


Police escorting migrant workers to polling station but stopped by rakyat.In Sek. Men. Teknik Klang just now. at Kampung Kenanga Rawang. Lagi Bangla Nation kantoi. Malangnya mereke sudah mengundi Sungai Siput : proven 4 buses bring bangla from JB.. Australia News reporting Bangla Voters. MUST WATCH !!! Banglasia

Popular Posts