Wednesday 24 April 2013

Pengundi Pasir Mas Perlu Tolak Ibrahim Ali Al Kataki Secara Total....


Ini kalilah wahai Ibrahim Ali. Rakyat Pasir Mas perlu tolak calon dua alam. Sejak 1990 lagi, dah 4 parti dia sertai. Termasuk parti katak. Daripada 7 PRU, hanya 3 dimenangi oleh Kataki. 4 lagi kalah. Dan majoriti menang paling tinggi adalah pada PRU 2008 mewakili PAS. Kataki mendapat majoriti sebanyak 8,991 undi mengalahkan calon BN
 
Takkanlah nak ada wakil rakyat yang lidah bercabang, yang suka menipu rakyat dan pengundi. Hari ni kata A, esok tak mengaku dan kata B. Wakil rakyat jenis haiwan apa yang jenis macamni.

Rakyat Pasir Mas perlu tolak secara total jenis wakil rakyat lompat macamni. Ucapan pun sentiasa berbaur rasis. Baling batu sembunyi tangan. Dia kata orang cina menindas, sedangkan dia ada saham dalam syarikat Vincent Tan, tokey judi terkenal asia tenggara. Sudah wahai Ibrahim. Memang rasa mual ada pemimpin macamni. 

Ini kalilah wahai Ibrahim


Mungkin Ini Penyebab Utama Perlakuan Ku Nan Menjadi Abnormal???


Setiap perlakuan abnormal seseorang mesti ada penyebabnya. Kematian isteri, kemalangan, kemurungan, kesedihan, ketakutan melampau adalah antara faktor yang menyebabkan berlakunya perlakuan abnormal seseorang.

Mungkin ini antara faktor penyebab perlakuan abnormal Ku Nan, calon BN di Putrajaya kepada seorang warga emas bernama Kamaruzzaman. Kesian...mungkin mendekatkan diri kepada ALLAH, adalah pencegah yang terbaik buat beliau mengatasi perlakuan abnormal beliau, yang jelas boleh membahayakan nyawa orang sekeliling beliau terutamanya isteri dan penyokong beliau. Ini Kalilah....




Ceramah umum Putrajaya bersama Dato Husam Musa, serta Mat Taib (Mike Tyson) bekas menteri besar selangor dan Dr Zaiyadi bekas ketua pemuda UMNO Kelantan di padang kompleks kejiranan Presint 9.

 

Lelaki Umur 51 Tahun Kena Terajang Oleh Pemimpin Tertinggi UMNO


Ada juga pemimpin tertinggi UMNO kuat berterajang rupanya. Sampaikan sanggup dia terajang ahli sendiri. Mula-mula masuk ke bilik Ku Nan, kena tampar 5 kali. Selepas tu kena sepak di belakang badan pula. Kesian si kamaruzzaman ini, umur dia dalam 51 tahun (no ic  62 di hadapan), rasanya tak sesuai kot Ku Nan tampar dan terajang dia. 

Laporan polis bukannya perkara main-main. Polis perlu siasat kes ini. Bawa Ku Nan ke muka pengadilan. Nak ke pengundi Putrajaya mengundi si penerajang orang. Kalau kaki rejam takraw boleh lah terima, tapi kalau rejam belakang orang? Fikirkanlah sendiri...



    LAPORAN POLIS


    Nama: KAMARUZZAMAN BIN KAMARUDDIN

    KP : 620901016147

    PENGADU MENYATAKAN: PADA 05 APRIL 2013 JAM LEBIH KURAN 11:30 PAGI, SAYA TELAH PERGI KEPEJABAT AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YANG TELETAK DI PRECINT 15, PUTRAJAYA, UNTUK BERJUMPA DENGAN AHLI PARLIMEN DATO SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR, BAGI MELUAHKAN MASAALAH YANG SAYA HADAPI. BILA SAYA DIPANGGIL MASUK OLEH YB DATO SERI TENGKU, BILA SAYA MASUK, SAYA TERUS DITAMPAR MUKA SAYA, SEBANYAK 5 KALI, DAN MENYEPAK BELAKANG BADAN SAYA.

    SAYA TIDAK TAHU MENGAPA YB DATO SERI TENGKU MENGAMBIL TINDAKAN DEMIKIAN TERHADAP SAYA, SAYA TELAH MENGALAMI KESAKITAN DIMUKA DAN DIBAHAGIAN BELAKANG BADAN SAYA, TETAPI TIADA SEBARANG KECEDERAAN ATAUPUN LUKA YANG SAYA ALAMI.

    TUJUAN SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS INI ADALAH UNTUK MELINDUNGI DIRI SAYA, TAKUT JIKA ADA APA APA KEJADIAN BERLAKU PADA DIRI SAYA DIKEMUDIAN HARI. LAPORAN POLIS INI DIBUAT DENGAN KERELAAN SAYA SENDIRI TANPA DIPAKSA OLEH MANA MANA INDIVIDU.


Popular Posts