Saturday 27 April 2013

Najib Perdana Menteri Paling 'Bijak' Di Dunia

 
Najib oh najib. Kenapalah ngko ni kurang cerdik sangat. Betul ke kalau harga minyak turun, orang kaya akan bertambah kaya? Nak tanya si Najib, berapa percent orang kaya ada kat malaysia? Mana lagi ramai, pekerja yang bergaji bawah RM 2500 atau 4000 ke atas? Tak sangka selama ini kita berperdana menterikan Najib yang kurang cerdik. 
  
Pakatan menang, harga petrol RON95 turun 40 sen pada 7 Mei 2013. Harga minyak turun, maka harga barangan pun turut kerana penurunan kos penghantaran atau pengangkutan. Lantaklah dia yang kaya akan makin kaya, kerana itu rezeki masing-masing. Soalnya yang sederhana, mereka yang siang malam fikirkan untuk suapkan rezeki pada anak dan bini mereka, sudah tentu jika minyak turun, duit gaji mereka akan dapat dijimatkan. Mereka boleh berbelanja lebih untuk anak isteri mereka.
Lagipun orang kaya kalau isi minyak pun, mereka tetap kena cukai lain. Jadi ini adil untuk kita semua. 
BRIM bukannya semua orang dapat. Itupun setahun sekali (minyak saya yang pergi ulang alik kerja pun dah dekat rm 300 sebulan). BRIM hanya one off yang boleh jahanamkan negara. Minyak turun adalah alternatif yang terbaik. Kita pengeluar minyak. Tengok di Arab Suadi dan Brunei, harga 1 liter minyak lebih murah daripada harga 1 liter mineral water. Malaysiaku? Hampeh... najib eloklah kita aiktirafkan sebagai PM paling ter'cerdik' di dunia...sebab cerdiknya dan cerdasnya terlajak..orang panggil hyper. Najib pun mungkin spesis tu kot...


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts