Thursday 18 April 2013

Mahader Mohamed Merajuk Kerrr???



Mahader Mohamed  ketika ini masih di london. Rasanya sedang merajuk kot. Belum ada lagi kenyataan beliau di media berkaitan dengan pengumuman calon-calon BN oleh Najib. Kalau dulu masa Pilihanraya kecil, mesti dia akan komen. Tapi bila dah dekat PRU, meniskus dan merajuk sambil merenung rambut Siti Hasmah.

Semua orang sudah tahu. Semua rakyat Malaysia sudah tahu kenapa Mahader Mohamed merajuk. Ia tak lain tak bukan dengan nasib yang bakal diterima oleh satu-satunya anak beliau dalam politik, si Mukreez Mahader. Si Najib telah buat onar pada Mahader Mohamed dengan meletakkan Mukreez Mahader ke kawasan DUN yang dipegang oleh PAS. Ayer Hitam adalah DUN yang dimenangi oleh PAS pada tahun 2008 dengan majoriti 506 undi. Dan ADUN Ayer Hitam iaitu Ustaz Abd Ghani b Hj Ahmad adalah Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah. Bukan calang-calang orang untuk si Mukreez Mahader lawan kali ini.


Sementelahan pula jika BN Menang (tapi agak mustahil) di Kedah, calon MB masih lagi teka teki. Kerana Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sendiri bertanding di DUN Bakar Bata. Dun yang dimenangi oleh pada tahun 2008 dengan majoriti 358 undi. Persoalannya sekarang? Kenapa Ahmad Bashah diberikan kawasan selamat sedang Mukreez Mahader diberikan kawasan hitam dan sukar dimenangi? Inilah rupanya 'kelicikan' pasangan suami isteri Najib dan Rosmah untuk menjatuhkan  Mahader Mohamed.

Bahkan lagi Mahader Mohamed merajuk apabila si Khairy Jamaluddin diberikan tempat dalam PRU kali ini. Kalau Mukreez kalah dan KJ menang, sudah pasti ruang Mukrez untuk jadi Ketua Pemuda UMNO nanti akan terkubur begitu sahaja. Dan karier politik Mukreez, pasti lingkup dan hancur. Bertambah dia rasa merajuk, apabila nama-nama yang beliau suruh Najib reject seperti Awang Adek Hussein, Noh Omar,  Azalina Othman, Jamaluddin Jarjis, Bung Mokhtar Radin, Johari Baharum dan Halimah Mohd Sadique. Juga nama-nama lain seperti Hamim Samuri, Ismail Kassim, Lilah Yassin, Mohd Nazri Aziz, Mohd Zin Mohamed, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Tengku Adnan Tengku Mansor, Shahrir Samad, Reezal Merican, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Mohd Isa Samad masih lagi Najib kekalkan. Sedangkan Mahathir sudah listkan sebagai 'drop list candidate' di dalam blog pronya, Rocky Bru. Tapi Najib masih degil dan tetap tak layan saranan Mahader.

Dan yang paling menyakitkan hati Mahader Mohamed lagi, apabila Najib tidak melayan pengumumannya bahawa Ibrahim Ali adalah calon winnable candidate bagi BN di Pasir Mas. Mahader Mohamed sendiri yang mengangkat tangan Ibrahim Ali di Pasir Mas. Dan sekarang, sudahlah Ibrahim Ali dibakul sampahkan, dipilihnya oleh Najib si Zulkifli Nordin untuk bertanding di Parlimen Shah Alam. Sedangkan si Zul adalah Naib Presiden Perkasa. Yang Presidennya pula tidak dipilih.

Ini yang Mahader Mohamed marah sampai sekarang. Najib sudah tidak endahkan cakap beliau. Sedangkan dia dan Muhyiddin yang letak Najib pada kedudukan sekarang.

Si Muhyiddin pun pening kepala memikirkan nasibnya sekarang. Johor yang ditandinginya adalah bukan kawasan selamat. Alangkah malunya Muhyiddin kalau Johor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sudah pasti akan terduduk juga Muhyiddin memikirkan nasibnya nanti.

PRU kali ini bakal mengubah segala-galanya. BN akan runtuh tak lama lagi. Tempoh 56 tahun ada tempoh yang sesuai untuk UMNO tumbang. Dinasihatkan kepada Mahader Mohamed, malam 5 Mei nanti, siapkanlah pasang nurse dan Doktor dirumah anda. Buatnya tiba-tiba di serang heart attack, tak ke kes naya tu...Ini kalilah Mahader


Lebih 800 Calon BEBAS Bakal Muncul??



Biar betul?? Lebih 800 keping borang penamaan calon telah dibeli oleh calon BEBAS. Maknanya akan ada 800 katak dalam PRU kali ini...


Sanggup mereka keluarkan duit RM 20 untuk beli borang. Juga akan bayar deposit rm 10000 untuk parlimen dan 5000 untuk DUN semata-mata mahu sertai PRU. Nampak sangat banyak bakal-bakal katak dalam PRU kali ini. Termasuk kepalanya, Ibrahim Ali. Apapun tahniah kerana berjaya merayakan demokrasi. Ini kalilah kita tukar kerajaan..

Artis Cai No. 1 UMNO Kempunan Tak Dipilih Sebagai Calon



Kesian artis pencacai no 1 BN, Zed Zaidi. Dulu kecoh menyatakan bahawa beliau bakal bertanding di Dun Bukit Antarabangsa mewakili UMNO. Tapi setelah Najib serah watikah calon seluruh Malaysia, nama cai ni tiada dalam senarai calon BN dalam PRU kali ini. Kesian. Sebab cita-citanya yang pernah disebut dalam Bernama Radio adalah ingin menjadi Menteri Kesenian dan Warisan, kementerian yang menjaga artis-artis. Rupanya dia kelabu asap. Ditipu hidup-hidup oleh UMNO.

Siapa tak kenal dengan artis gila kuasa ini. Dia yang pernah tuduh PR bayar 50,000 kepada artis untuk sokong PR. Mamat ini jugalah yang teruk hentam Abby Abadi dengan celaan 'Ustazah Jadian'. Ini semua untuk mengampu UMNO. Malangnya UMNO pandang hina dia. Dia dijadikan sebagai alat sahaja. Kalau PR naik dan kuasai Putrajaya, tentu dia akan jilat balik ludah-ludah dia.

Kesian si ZZ. Nasibnya tak segemilang Aishah, artis yang menyertai PAS. Aisyah adalah artis pertama yang bergelar calon PRU di Malaysia. Ini rekod yang dicipta oleh Aisyah. Tan Sri Jins Shamsuddin hanyalah senator lantikkan, dan tak pernah masuk pilihanraya pun. Kalaulah Aisyah menang Jempol, tentu beliau akan bergelar artis pertama menjadi Yang Berhormat. 

Latar belakang Aisyah sendiri yang jauh lebih tinggi daripada Zed Zaidi. Aisyah adalah merupakan pemegang Ijazah Sains Politik di Universiti Auckland, New Zealand. Zed Zaidi? Dahla pelakon pembantu sahaja, tapi angin lebih. 

Kesian. Buat ZZ, terimalah hakikat bahawa UMNO hanya pergunakan anda sahaja. Sama mcam cai-cai UMNO yang lain. kesian...



Najib Perlu Malu Dengan Kenya


Kenapalah dalam Malaysia, Perdana Menteri takut nak berdebat dengan Ketua Pembangkang. Apa salahnya kalau berdebat. Bukannya boleh sakit jantung pun. Tapi malangnya Malaysia berketuakan pemimpin yang penakut. Yang dungu dan bodoh sombong. Sah dan nyata yang Najib penakut untuk 'berforum' dengan Anwar semalam di forum Manifesto anjuran Bersih.

  
Walapun Anwar hadir semalam. Tapi kelibat si Najib langsung tiada (mungkin sesat kot). Kalau inilah budaya takut berdebat, alamak hancurlah negara kita. Usah nak kata jurucakap di peringkat Asia. Di peringkat dunia pun kalah. Tengok Mahmoud Ahmadinejad, beliau berani berdebat depan-depan dengan Amerika di PBB. Najib? Ini kalilah tukar Najib. Biar dia rasa sikit. Penakut kena duduk bawah, tak layak memimpin Malaysia.

Apapun memang semua orang dah menyampah pada Najib. Takut tak bertempat. Cubalah jadi lelaki sikit. Kalau tak berani, suruh Rosmah berdebat pun takpa. Forum isu laki bini pun takpe. Yang penting bersuara dan rakyat mahu nilai kredibiliti mereka melalui idea percakapan. Ini yang takkan berlaku lagi kat Malaysia selama-lamanya sebab pemimpin BN yang takut. PR tiada masalah

Tengok di US, mereka telah mulakan amalan Debat Presiden sejak tahun 1960 lagi. Debat antara calon Demokrat, Senator John F. Kennedy dengan calon Republikan, Richard Nixon. Amalan ini diteruskan hinggalah hari ini dan sejak tahun 2000 lagi, debat Presiden perlu diadakan sebanyak 3 kali (Mampus Najib kalau debat 3 kali). Bukan setakat calon Presiden, calon Naib Presiden US pun ada debatnya. Memang seronok kalau dia diamalkan di Malaysia. Malangnya kita tiada pemimpin BN yang berjiwa besar. Malulah sikit pada budak-budak sekolah, debat bagi mereka adalah kacang tapi bagiu Najib, ia kononnya bukan budaya kita. Malulah weii

Tengok Kenya, mereka ada juga debat antara Presiden. Negara mereka jauh lebih mundur daripada kita. Tapi otak mereka ke hadapan. Juga negara-negara lain seperti Ecuador, Venezuela, Mexico. Bilalah agaknya Otak Najib nak sama macam pemimpin Kenya kat bawah ni...hmm


Popular Posts