Friday 19 April 2013

Hikmah Jika DAP Guna Logo PAS & PKR



Berita harini menyatakan bahawa ROS (Pendaftar Pertubuhan Malaysia) telah mengharamkan parti DAP. Secara automatik mereka tidak boleh menggunakan logo (simbol roket) mereka dalam PRU kali ini. Logo DAP akan digantikan dengan PAS di tempat mereka bertanding di Semenanjung, dan logo PKR di tempat mereka bertanding di Sabah dan Sarawak.

Dan sudah pasti esok pada hari penamaan calon, maka pengumuman akan dibuat bahawa nama calon (dari DAP) akan bertanding mewakili parti PAS atau PKR. Maknanya Lim Kit Siang dari PAS akan melawan Ghani Othman dari BN. Itu semua akan terpapar dalam akhbar esok.

BN sebenarnya merancang untuk mengenakan DAP dan Pakatan Rakyat. Mereka ingin membatalkan terus DAP daripada menyertai PRU kali ini (sebab MCA dah takda ong, tunggu masa kalah teruk). Sebab itulah mereka mengharamkan DAP sehari sebelum penamaan calon. Injunksi pun tak sempat nak dibuat pada hari ini. Kerana esok mahkamah tutup.

Benarlah bahawa وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 
 
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya-surah al-Imran ayat 54

Namun benarlah apa yang ALLAH sebutkan dalam Surah Ali Imran ini. Jelas bahawa perancangan BN dibalas dengan perancangan ALLAH yang maha agung. Walaupun Parti DAP diharamkan, tetapi PR bermuafakat dan takkan kenakan DAP. Kawasan yang dibahagikan sebelum ini terus ditandingi oleh calon dari DAP, tetapi menggunakan logo dan bendera PAS dan PKR. Tiada undang-undang melarang ahli pertubuhan politik yang diharamkan, menjadi calon pilihanraya. Jadi DAP akan bertanding kali ini, tapi atas tiket parti rakan dalam pakatan rakyat. Inilah yang akan menjadi pertarungan sebenar dalam PRU kali ini. 

Ianya akan memberi kelebihan besar buat Pakatan Rakyat kali ini. Antara yang saya boleh senaraikan adalah :
 
1. Logo dan Bendera DAP (simbol roket) sudah dimomokan oleh BN sebagai parti cauvunis Cina, komunis, anti melayu dan raja. Dan ramai makcik pakcik tua dari zaman merdeka percaya cerita karut media UMNO ini. Apabila simbol DAP tiada dalam PRU kali ini, sudah tentu mereka ini akan terkeliru. Dengan semangat ABCD (Asal Bukan Cap Dacing), sudah tentu makc cik dan pak cik ini akan mengundi calon DAP kerana kekeliruan logo. Ini berikan kelebihan buat Pakatan Rakyat terutamanya di calon DAP yang bertanding di kawasan Melayu.

Sebagi contoh di Gelang Patah, sudah tentu orang melayu islam akan yakin untuk menyokong Lim Kit Siang kerana mewakili PAS. Sebab PAS dikenali ramai sebagai memperjuangkan agama dan raja-raja. Secara automatik Lim Kit Siang mendapat kelebihan undi melayu. Undi Cina janganlah kira, sudah pasti Ghani Othman akan gigit jari selepas ini.

2. Kelebihan lebih besar kepada PAS berbanding PKR. Ini kerana terdapat kawasan yang ditandingi PAS melibatkan kaum Cina, yang mungkin atas pagar dan ragu-ragu untuk memilih PAS disebabkan oleh persepsi yang dimainkan oleh Chua Soi Lek dan BN. Jika DAP boleh guna lambang PAS, maknanya ikatan mereka erat. Dan sudah tentu tiada masalah untuk mereka mengundi PAS dalam PRU kali ini. Sebenarnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008 dahulu adalah disebabkan oleh undi kaum Cina di dun Bandar. Mereka melihat PAS ekstrem berbanding calon melayu UMNO yang memakai lambang BN. Ta[i semua dah berubah sekarang jika DAP memakai simbol PAS. Mereka sudah tidak takut dengan momokan Chua Soi Lek. Ini kelebihan buat PAS untuk menarik hati pengundi Cina, dan mungkin India serta bukan islam lain. Ini hikmahnya yang dilihat oleh saya buat pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 ini.

Ini semua yang tak tergambar oleh kita semua.Dengan BN masih porak peranda kerana pemberontakkan sedang berlaku di sana-sini ketika ini dalam soal calon, sudah pasti isu pertukaran simbol adalah perkara kecil buat PR. Ianya membawa kelebihan yang besar berbanding kemudaratan. Ditambah pula kedangkalan Najib mencalonkan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, sudah tentu bukan melayu akan menganggap BN sebagai perkauman dan ekstrem melayu dan perlu ditolak. Imej UMNO pula akan dianggap diktator dalam monopoli BN kerana mereka sedang banyak bolot kerusi serta mengenepikan rakan komponen lain dalam BN.

Ini kalilah wahai Bn...Apa yang penting 5 mei nanti, ABCD.....Asal bukan cap dacing

Ini Kalilah..Tol PLUS dan Jambatan Pulau Pinang Bakal Dimansuhkan Kerajaan PR



Ini yang sangat menarik dan boleh dilaksanakan jika PR tawan Putrajaya kali ini. 2 tol paling mahal di Malaysia, Tol PLUS dan Tol Jambatan Pulau Pinang akan dimansuhkan selepas PR menang PRU kali ini. Menurut Lim Guang Eng, pemansuhan kedua-dua tol adalah tidak akan membangkrapkan negara (yang bangkrap hanya kroni UMNO).

 
Tol-tol ini akan dimansuhkan oleh PR. Samalah seperti PAS Terengganu buat dahulu di tol Jambatan Sultan Mahmud. Pergi balik ke bandar Kuala Terengganu dikenakan RM 1. Walaupun kerajaan PAS rugi 1 juta lebih setahun, tapi biarlah sebab mereka ada hasil lain. Yang penting adalah rakyat yang untung. Kalau bina sesebuah lebuhraya, hanya balik modal dan untung sikit-sikit sudahlah. Ni nak jadikan sebagai perniagaan kroni dan mega, memang jahat dasar BN. Yang kaya adalah kroni. Macam BN Terengganu buat sejak 80an. Bayangkan hanya satu jalan dari Pulau Duyung nak keluar ke Kuala Terengganu, mereka akan dikenakan tol RM 0.50. Sebab itulah ramai penduduk di situ pergi bandar naik bot sendiri sahaja. Sebab dasar cekik darah BN terengganu sejak zaman Wan Moktar lagi sebelum dimansuhkan oleh Kerajaan Pas Terengganu selepas menang dalam PRU 1999.

Jadi sudah tentu jika PR menang Putrajaya, maka tol-tol besar ini akan dihapuskan. Sememangnya kos pengambil alihan syarikat tol ini memang nilainya tinggi (sebab kerajaan BN bodoh sign agreement berat sebelah dan menguntungkan pihak syarikat Tol). Dianggarkan  untuk hapuskan PLUS dan Tol Jambatan Pulau Pinang, kosnya adalah RM50 bilion, iaitu RM40 bilion untuk PLUS dan RM10 bilion untuk Jambatan Pulau Pinang. RM50 bilion tidak akan menjadikan negara bankrap. Yang akan menjadikan negara bankrap adalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme (duit haram tak bayar cukai  (money laundering) pun dah cecah RM 350 bilion, dapat kutip separuh pun dah ok). Lagipun, kos projek MRT yang baru Najib lancarkan pun sudah mencecah RM50 bilion. Kerajaan boleh letakkan surat cagaran dan bon nanti untuk pengambilalihan ini, bukannya bayar sekaligus. 

Maknanya PR boleh buat. Dan ini tawaran terbaik buat PR kepada rakyat Malaysia. Bayangkan  lebuhraya tanpa tol. Tentu ramai orang akan pulang ke kg menziarah ibu bapa dan saudara mereka. Dan ini tentu mengeratkan silaturahim lagi. Ditambah pula dengan harga kereta yang rendah serta penurunan harga minyak , sudah tentu duit penjimatan ini boleh diberikan kepada kaum keluarga dan orang yang memerlukan. Saman AES pun sudah tiada. Ini semua dasar yang boleh PR lakukan dan terkandung dalam manifesto mereka. 

Ini yang BN tak fikirkan. Mereka hanya fikir perut diorang, bukannya kesejahteraan rakyat keseluruhan. Mereka memang spesis dracula yang menghisap duit rakyat secara halus. Ini kalilah kali kita tukar kerajaaan. Peluang bukannya selalu datang. Buatnya BN menang lagi dan kita mati selepas 5 Mei, tak merasanya kita semua tu. Tol tiada, minyak murah, harga kereta rendah, AES tiada...tak merasalah jawabnya kalau masih lagi memangkah BN..ini kalilah....


Najib Berbohong Pada Bloomberg


Najib ni budak tak skol ke sampaikan sanggup mencetuskan ketakutan kepada pelabur asing. Kononya jika PR menang, matawang ringgit dan saham akan jatuh menjunam dengan teruk. Ini permainanan apa ni Najib??

Sebab itulah Anwar Ibrahim berkata bahawa Najib ni macam budak-budak.

Iya memang benar apa yang dikatakan oleh Anwar. Sememangnya jika PR menang, sebarang kejutan ekonomi atau kewangan jangka pendek boleh diserap kerana ia melibatkan reformasi ekonomi. Anwar menempelak Najib katanya PR akan bertanding secara demokrasi dan akan menjaga ekonomi negara dengan baik.

Najib memang membahayakan ekonomi negara. Buatnya pelabur asing percaya cerita ini, sudah tentu mereka akan menarik balik pelaburan mereka di sini. Anak-anak tempatan sudah pasti menjadi mangsa dalam keadaan ini. Mereka akan dibuang kerja dan menjadi penganggur. Negara pula akan rugi dari banyak aspek.

Najib dan nyanyuk dan memang merbahaya. Kerana kepentingan BN, beliau sanggup mendedahkan negara kepada persepsi negatif global yang boleh menjahanamkan negara.

Sedangkan pada 23 Mac 2008  dahulu, dua hari selepas majoriti BN dinafikan 2/3 dan ura-ura PR ambil alih Parlimen, duit ringgit kita naik (boleh tengok graf). 1 USD bersamaan 3.17 Ringgit (maknanya kalau beli air coca cola di US dengan harga 1 usd, kita hanya bayar rm 3.17 sen sahaja). Ia kenaikkan paling tinggi sejak November 2007 lagi. Dulu masa Mahader buat tambatan ringgit, kalau kita nak beli air coca cola di US, kita kena bayar RM 3.80. Tapi masa PR menang banyak kerusi, kita hanya perlu bayar RM 3.14 sen sahaja, untung dalam 0.63 sen duit kita.


Jadi apa yang matawang jatuh kalau PR menang?? Jelas Najib ni buta kayu dan berbohong. Dan perlu diingat dalam sejarah negara kita, ringgit paling kukuh semasa Anwar jadi Menteri Kewangan. 1 USD hanya dalam 2.44 sen pada Jun tahun 1996 (maknanya kalau beli air coca cola di US dengan harga 1 usd, kita hanya bayar rm 2.44 sen sahaja..duit kita mahal). . Tapi bila mahader menjawat Menteri Kewangan, duit kita jatuh paling teruk dalam sejarah pada tahun 1998, iaitu 1 usd bersamaan dengan RM 4.34. Maknanya coca cola mahal masa itu. Kita kena bayar RM 4.34 untuk dapatkan 1 tin coca cola - (fahami graf di bawah)

Jadi siapa yang lebih bijak jadi Menteri Kewangan? Mahader atau Anwar. jadi Najib jelas berbohong kepada dunia dan telah menyebabkan pasaran panik.

Begitu juga pasaran saham, kebiasannya akan mengikut pasaran matawang. Masa selepas PRU ke 12 dahulu, pasaran saham sememangnya naik. Dan akan naik apabila PR memegang tampuk Putrajaya nanti. Atas faktor kredibiliti dan integiriti kerajaan baru nanti.

Jadi dalam wawancara Najib dengan Bloomberg, jelas PM ke-6 kita ni telah berbohong. Mereka ingat boleh takutkan rakyat jika PR menang. Ini stail politik lama. Yang lama kelamaan akan memakan dirinya juga nanti..



Pemberontakan Ahli BN Menular Ke Seluruh Negara Ketika Ini


Lembaga Disiplin Umno sedang sibuk sekarang. Mereka sedang memasang spy untuk memantau dan melaporkan kes sabotaj UMNO yang sedang berlaku di mana-mana sekarang. Lembaga Disiplin mungkin pening ketika ini. Tak lebih puluhan pemberontakan dalam ahli UMNO dan BN terhadap parti itu ketika ini.

Pemberontakan Pertama : Wanita UMNO Seluruh negara


Timbalan ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dijangka akan memberontak kali ini. Beliau akan bertanding bebas untyk melahirkan kecewaan dengan “penghinaan” yang ditunjukkan Najib. Beliau sebelum inmenjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya untuk menggantikan Rafidah Aziz. Malangnya Najib melantik orang lain. Lagi melenting Wanita UMNO apabila ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor, Selangor  dan Terengganu turut dibakulsampahkan. Dijangka Wanita UMNO akan mengadakan protes besar-besaran dalam masa terdekat.
 

Pemberontakan ke-2 : PULAU PINANG

Dua pemimpin BN – koordinator BN untuk Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan ketua pemuda MIC Pulau Pinang, J Dhinagaran – dikatakan akan meletak jawatan dari parti masing-masing dan bertanding sebagai bebas. 3 perhimpunan telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong BN yang digugurkan oleh Najib. 

Keadaan di Pulai Pinang makin panas apabila 3 veteran BN, Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Shariff Omar, Penyelaras Gerakan Batu Uban, A Mohan dan  penyandang kerusi Dun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohammed telah mengisytiharkan perang terhadap BN apabila tidak terpilih sebagai calon. Datuk Sharif dijangka akan menjadi calon Bebas di Parlimen Tasek Gelugor. A Mohan di Parlimen Batu Kawan dan Datuk Jasmin dijangka akan menyokong Azmi Alang untuk Dun Sungai Dua. AJK UMNO TAsek Gelugor, Datuk Mustaffa Idror juga akan menjadi calon bebas menentang UMNO sendiri di Dun Telok Ayer Tawar.


Dilaporkan banyak bilik Gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan calon mereka. Ia dapat dilihat di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau Kudung, Simpang Empat dan satu dua lagi tempat di Parlimen Tasek Gelugor. 

Nyata kemenangan moral buat PR di Pulau Pinang. Tugas mudah untuk pertahankan Penang dan pada masa yang sama, merampas kembali kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN dalam PRU lalu.
 

Pemberontakan Ke-3 : N SEMBILAN

MCA Seremban telah melakukan demontrasi di hadapan Pusat Khidmat MCA Seremban bagi menolak Dr Yeow Chai Tiam sebagai calon Parlimen Seremban. Menurut Ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei menyatakan bahawa Chai Tiam dikekalkan sebagai calon, mereka akan boikot dan tidak akan turun padang membantu MCA.


Manakala di Negeri Sembilan juga, melibatkan Dun Chennah apabila penduduk menolak calon baru, Siow Foo Wen dan mahukan calon lama, Datuk Siow Chin dikekalkan di DUn itu. Manaka di Dun Palong, kira-kira 200 orang berdemontrasi membantah pencalonan bekas ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin bagi Dun Palong. Dilaporkan banyak bendera BN diturunkan terutama di Felda Palong, kerana menolak Datuk Lilah yang bukan penduduk asal Palong.

Di Johol pula, calon BN bagi DUN Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim mengaku kalah awal apabila menolak menjadi calon BN kali ini. Beliau telah  menyerahkan kembali watikah yang diberikan kepadanya. Ini kerana terdapat banyak bantahan tentang pencalonan beliau di kerusi Dun itu. Dilaporkan oleh akhbar bahawa pencalonan beliau telah mendapat bantahan hampir keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Johol. 


8  PDM tutup operasi iaitu di  Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis. Di bilik gerakan PDM kecil di Kampung Sri Kepis pula, bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut. Mereka mebantah calon Najib ini kerana dikatakan calon 'turun dari langit' kerana tidak dikenali dan jarang berada di Johol meskipun dia berasal dari Johol. tak tahan dengan desakan seluruh PDM UMNO, maka Mohd Fadzil yang juga seorang ustaz telah letak jawatan sebagai calon (mungkin ALLAH tak nak beliau terlibat dengan dosa-dosa kemungkaran UMNO)
 

Pemberontakan Ke-4: JOHOR

Ahli UMNO telah menolak pencalonan calon MIC di Dun Puteri Wangsa. Kira-kira 50 orang berdemontrasi untuk menuntut kerusi tradisi UMNO itu dikembalikan daripada MIC. Manakala di Bukit Naning, Ahli jawatankuasa UMNO Bakri, Ghazali Salamon mengisytiharkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi DUN Bukit Naning Bukit pada 5 Mei. Beliau telah membantah dan menolak keputusan Barisan Nasional yang mencalonkan Ketua Bahagian UMNO Datuk Saipolbahari Suib sebagai calon di Bukit Naning.

 
Pemberontakan Ke-5: PAHANG

AJK UMNO Bahagian Maran, Ismail Mat Resat isytiharkan untuk menjadi calon bebas di Dun Luit kerana memboikot pengumuman Najib meletakkan Ketua Puteri Bahagian Maran, Nor Hidayah Mohd Shuhaimi sebagai calon. Bukan setakat Ismail, bahkan ada seorang lagi AJK UMNO yang akan bertanding di Dun Liit jika calon baru itu dikekalkan dengan alasan calon Puteri UMNO itu budak hingusan dan mentah.

 
Pemberontakan Ke-6: KUALA LUMPUR

Sah ada pemberontakkan di Wangsa Maju apabila Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look dijangka akan bertanding bebas setelah calon UMNO, Datuk Shafei Abdullah diletakkan di kerusi tersebut. Katanya kerana mengikut kemahuan akar umbi yang menolak Shafei yang dikatakan ultra melayu dan bermasalah. Juga wangsa maju adalah kerusi MCA dalam PRU lalu.

 
Pemberontakan Ke-7 : KELANTAN

Di kelantan juga tidak kurang hebatnya. AJK UMNO Bahagian Gua Musang dijangka akan bertanding sebagai calon Bebas di Dun Nenggiri. Beliau telah membeli borang dan akan hadir esok serahkan borang pencalonan. Beliau tidak berpuashati dengan pencalonan Mat yusoff Abdul Ghani yang dan merupakan kumpulan yang anti Ku Li di Gua Musang.

 
Pemberontakan Ke-8 :  SELANGOR

Tepat seperti jangkaan ramai, penguguran Ong Tee Keat sebagai calon di Kawasan Parlimen Pandan telah menyebabkan jentera BN di kawasan itu boikot BN. Malah penduduk di sana turut mengugut untuk mengundi calon PR jika Ong Tee Keat tidak dicalonkan. Ong Tee Keat sebelum ini telah menyatakan dengan tegas untuk menjadi calon Bebas dalam PRU kali ini. Sudah pasti pertandingan 3 penjuru akan berlaku di kerusi panas itu yang akan memberikan kelebihan kepada calon PR, Rafizi Ramli. 

Manakala di Kerusi Dun Batang Kali, ianya kecoh apabila penyandang kerusi DUN terbait, Datuk Isa Abu Kassim tidak dicalonkan kali ini. Seorang penyokong tegar Isa yang juga AJK UMNO Cawangan Sungai Buaya, Mustafa Talib isytiharkan sebagai calon Bebas atas keputusan Najib tidak mencalonkan Datuk Isa. Dikhabarkan jentera UMNO di Batang Kali telah lumpuh dan memberikan kesan kepada jentera itu di Parlimen Hulu Selangor. 

Di Kerusi Parlimen Kuala Selangor pula, bekas ketua MIC Cawangan Assam menawarkan diri untuk menjadi calon bebas kerana membantah calon BN yang diumumkan Najib. Redwan Abdullah yang juga seorang usahawan, menyatakan bahawa 4000 penyokong BN menolak calon UMNO di Parlimen itu, Irmonahizam Ibrahim yang tak pernah turun padang walaupun anak jati Kuala Selangor. Mereka menolak calon dianggap calon luar dan mahukan calon berwibawa untuk menentang penyandang kerusi itu, Dr Dzulkefly Ahmad.

 
Pemberontakan Ke-9 :  MELAKA

Calon BN bagi DUn Tanjung Bidara,  Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman telah menarik diri akibat tekanan politik. Beliau merasakan bahawa tidak dapat pertahankan kerusi itu dalam PRU kali ini dan juga kerana masalah kesihatan. Peluang buat PR di Dun itu kerana majoriti yang dimenangi oleh UMNO di kerusi itu hanya  3,383 undi sahaja.

 
Pemberontakan Ke-10:  KEDAH

Satu demontrasi menolak menolak calon BN di N27 Pantai Merdeka, Ali Yahya. Mereka mahukan calon mereka sendiri, iaitu bekas ketua Puteri UMNO Kedah, Shahnim Yusoff.


* Banyak betul pemberontakkan yang berlaku dalam BN ketika ini. Petanda mereka sedang menuju kehancuran. Tamadun Melaka dan tamadun-tamadun hancur bukannya kerana kekuatan musuh, tapi kerana pemberontakkan dalaman dan pergaduhan sesama mereka. Begitu juga Bn. Ini kalilah kita tamatkan riwayat mereka dalam PRU kali ini..

Tok Guru Tanding 2 Kawasan, Senarai Penuh Calon PAS Terengganu



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengumumkan senarai calon PAS Terengganu sebentar tadi. Hampir 40 peratus calon yang diketengahkan adalah muka-muka baru. Bukannya macam UMNO, kuda-kuda tua mereka masih dikekalkan bertanding antaranya Tengku Putera Tengku Awang (dia ni bukan kerabat diraja, tapi orang hulu telemong), Datuk Rosli Mat Hassan di Parlimen Dungun dan Datuk Che Mat Jusof, di Dun Batu Buruk.

Buat pertama kalinya dalam PRU 13, PAS Terengganu telah mencalonkan seorang muslimat di kawasan Dun Kuala Besut (Hajah Nafisah Ismail). Berbanding UMNO, mereka langsung tidak menyenaraikan kaum wanita sebagai calon mereka di Terengganu.

Menarik juga apabila sepupu kepada Sultan Mizan, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah akan berentap dengan calon BN, Datuk Zuber Embong. 

Inilah barisan terbaik PAS (walaupun tanpa kehadiran dia, http://tunhisyamudin.blogspot.com/2013/04/ustaz-azhar-idrustonik-baru-pas-dalam.html).dan semoga diharap mampu untuk memenangi hati rakyat Terengganu kali ini. 

Berikut ialah senarai calon PAS bagi kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu pada PRU13

P.033 Besut : Ustaz Riduan Mohd Nor (PAS)

N.001 Kuala Besut : Nafisah Ismail (PAS)
N.002 Kota Putera : Adam Said (PAS)
N.003 Jerteh : Wan Azhar Wan Ahmad (PAS)
N.004 Hulu Besut : Solahuddin Jaafar (PAS)

P.034 Setiu : Omar Sidek (PAS)

N.005 Jabi : Dr. Azman Ibrahim (PAS)
N.007 Langkap : Hassan Karim (PAS)
N.008 Batu Rakit : Che Ghani Che Ambak (PAS)

P.035 Kuala Nerus : Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri (PAS)

N.009 Tepuh : Hishamuddin Abd Karim (PAS)
N.010 Teluk Pasu : Ridwan Hashim (PAS)
N.011 Seberang Takir : Ustaz Zakaria Dagang (PAS)
N.012 Bukit Tunggal : Dr. Alias Razak (PAS)

P.036 Kuala Terengganu : Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah
N.013 Wakaf Mempelam : Tn Haji Mohd Abd Wahid Endut (PAS)
N.015 Ladang : Dato' Tengku Hassan Tengku Omar (PAS)
N.016 Batu Buruk : Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS)

P.037 Marang : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS)

N.017 Alur Limbat : Ariffin Deraman (PAS)
N.018 Bukit Payung : Ustaz Mohd Nor Hamzah
N.019 Rhu Rendang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS)
N.020 Pengkalan Berangan : Sulaiman Sulong (PAS)

P.038 Hulu Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah (PAS)

N.022 Manir : Ustaz Helmi Harun (Anak Ustaz Harun Taib (PAS)
N.023 Kuala Berang : Haji Muhyiddin Abd Rashid (PAS)
N.024 Ajil : Mohd Razki Alias (PAS)

P.039 Dungun : Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)

N.025 Bukit Besi : Roslan Ismail (PAS)
N.026 Rantau Abang : Alias Harun (PAS)
N.027 Sura : Wan Afandi Wan Nik (PAS)
N.028 Paka : Ustaz Satipul Bahri Mamat (PAS)

N.029 Kemasik : Alias Abdul Hamid (PAS)
N.030 Kijal : Hazri Jusoh (PAS)
N.031 Chukai : Haji Hanafiah Mat (PAS)
N.032 Air Putih : Haji Abd Razak (PAS)

Popular Posts