Wednesday 17 April 2013

Sebelum Bertanding Lagi Sudah Tipu???


Kenapalah sesudah Najib umumkan calon BN semalam, masih ada gegak gempita soal kredibiliti dan moral calon yang dipilih oleh Najib. kata dah saring, tapi mungkin pakai penapis berlubang kot. Sebab itulah terlepas nama-nama calon Bn yang terpalit dengan kontroversi. 

Terbaru apabila 5 calon BN dikatakan menipu, dengan membeli sijil kelayakan pengajian tinggi mereka. kononnya nak nampak hebat di mata pengundi, mereka telah menipu dengan membeli ijazah palsu. Antara suspek utama kaki tipu ini ialah :


Apaplagi? memanglah tak jadi masalah kalau jadi calon guna ijazah palsu. Sebab tiada syarat perlu ada ijazah untuk jadi calon. Tapi masalahnya dari sudut moral dan kemaslahatan masyarakat. Kalau sebelum jadi wakil rakyat dah pandai menipu. Apa lagi kalau sudah jadi wakil rakyat? Lagi ligatlah nampaknya.

Semua terpulang kepada rakyat. Kita wajib tolak calon penipu dalam PRU kali ini. Ini kalilah...

BN Pulau Pinang Tunggu Masa Karam



Ingatan Najib supaya calon yang tidak terpilih hanya merajuk dalam masa 24 jam, jelas tidak diendahkan oleh mereka-mereka yang digugurkan daripada senarai calon. Terbaru dengan perkhabaran  bahaemalamwa Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Shariff Omar akan bertanding bebas di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.  

Beliau bukan calang-calang orang di Tasek Gelugur. Beliau telah berkhidmat di kawasan Tasek Gelugur selama 26 tahun - tiga penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan tiga penggal sebagai ahli parlimen.

Pada PRU ke -12 lalu, beliau memberi laluan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk bertanding bagi kawasan parlimen itu atas permintaan Pak Lah. Dan beliau menuntut balik kerusinya sekarang tetapi Najib telah memilih Shabudin Yahaya, seorang yang kontroversi kerana enggan lepaskan jawatan Yang Dipertua MAIPP dahulu. (dia ni saya pernah jumpa, memang macai pengampu Jamil Khir no 1).

Apa sudah jadi buat BN Pulau Pinang. Disingkirkan orang lama demi untuk letakkan orang yang mengampu macam Shahbudin Yahya. Kalaulah ada pertandingan 3 penjuru, sudah pasti calon PAS yang akan menang kerusi tersebut. Kerana Datuk Sharif memiliki ramai pengikut. Beliau adalah Timbalan Ketua Menteri dari tahun 1995 hingga 1999 dan merupakan antara bekas EXCO UMNO paling lama di Pulau Pinang. Jadi jika beliau isytiharkan dirinya sebagai calon Bebas, sudah pasti pengikutnya akan mengundi beliau. Undi BN akan berpecah dua. Lagipun majoriti kekalahan calon PAS di sana adalah  4,547 sahaja. Dan calon PAS ketika itu, Ismail Salleh mendapat 15,901 undi manakala Nor Mohamed Yaacop mendapat 20,448 undi. Jika Datuk Sharif masuk bertanding, sudah tentu undi BN akan berpecah dua. PAS sudah pasti akan perolehi kerusi panas itu. 


Ditambah pula dengan kekuatan calon PAS di kawasan parlimen tersebut. Dato' Seri Abd Rahman Maidin, 66 tahun, adalah seorang tokoh korporat yang tidak asing kepada negara kita. Siapa tak kenal dengan syarikat MRCB, yang pernah menguasai TV3 suatu ketika dahulu dan sekarang rancak membangunkan KL Sentral.

Beliau ketika ini adalah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sejak 2001 lagi. Jawatan yang sama pernah disandang oleh Datuk Tajuddin Ramli, Allahyarham Dato' Seri Yahaya Ahmad, Ku Li, Raja Kamrul Bahrain dll. Dengan ketokohan beliau, sudah pasti kerusi itu akan jatuh ke tangan PAS. Ditambah dengan krisis dalam UMNO Tasek Gelugor ketika ini, maka kerusi Parlimen itu tak mustahil menyumbang sama kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya.


Kerusi Parlimen Batu Kawan juga akan turut memeningkan BN apabila  Penyelaras Gerakan Batu Uban, A Mohan menyatakan hasrat ingin bertanding bebas setelah Najib tidak memilih beliau sebagai calon sebaliknya memilih calon lompat, N Gobalakrisnan.

Begitu juga di Dun Sungai Dua di bawah Parlimen Tasek Gelugor, Bekas ADUN UMNO, Datuk Jasmin Mohamed yang digugurkan dijangka akan menjadi calon bebas untuk pertahankan kawasan yang dimenangi dalam PRU 12 lepas. Najib telah menggugurkan belia dan melantik muka baru, Muhamad Yusoff Mohd Noor sebagai calon di Dun tersebut. Dalam PRU 2008 lepas, calon BN hanya menang dengan majoriti 535 undi sahaja. 


Harapan cerah buat PAS untuk memenangi kerusi DUN itu kembali atas krisis dalaman UMNO ketika ini. Jika ada pertandingan 3 penjuru, sudah pasti undi BN berpecah dua dan memberikan kelebihan buat PAS. Dan PAs akan turunkan Hj Zahadi b Ahmad untuk kerusi Dun Sungai Dua itu.

Apa sudah jadi buat BN Pulau Pinang. Mereka sudah berpecah belah ketika ini. Gerakan sudah macam tak relevan di sana. Koh Tsu koon hilang lari entah ke mana. kita tunggu 5 Mei nanti. InsyaALLAH kemenangan akan berpihak kepada rakyat, insyaALLAH

Gambar-gambar majlis 'boikot' Najib di Tasek Gelugor semalam




Popular Posts