Tuesday 21 May 2013

Anwar Ibrahim Pun Ada Silapnya...


Elemen kebenaran fakta dan ketepatan angka adalah elemen penting dalam demokrasi. Setiap orang bebas bercakap, tetapi mesti beralaskan kebenaran dan ketepatan. Tak kira daripada Pakatan Rakyat atau Be end. Sebab itulah Anwar kena berhati-hati selepas ini. Tak pasal-pasal digelar ‘Raja Fitnah’ oleh SPR. Gara-gara kesilapan Anwar yang mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU-13 untuk memberi kemenangan kepada Be End semasa ceramahnya di Padang Kota, Georgetown.



Tak pasal-pasal Imej Anwar dah tercalar dalam isu ini. Ada kenyataan bahawa SPR akan saman Anwar. Buat Anwar, ini fakta tepat tentang jumlah pengundi awal di Malaysia

PUTRAJAYA 28 April - Seramai 272,387 pengundi awal berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 30 April ini di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seluruh negara.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, jumlah pengundi tersebut membabitkan 161,251 anggota tentera dan pasangan, dan bakinya pula 111,136 adalah anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing-masing
(sini)
 

Amat jauh bezanya antara 272,387 dengan 500,000. Lainkali Anwar kena berhati-hati. Dan perlu diingat dan kajian khas perlu dibuat, kenapa kawasan kem tentera terbesar negara di Sungai Besi dimenangi oleh Khalid Ibrahim dari PKR. Kem tentera di Lumut dan juga Port Dickson yang turut dimenangi oleh PKR. Juga kejayaan menurunkan majoriti undi di Parlimen Setiawangsa yang ada di dalamnya Mindef. Itu belum lagi dengan perumahan polis terbesar di Marang dan Kuala Terengganu yang telah dimenangi oleh PAS.

Ini semua kena kaji. Jangan hentam kromo sahaja wahai Anwar. Anda pemimpin rakyat, janganlah jadi macam budak-budak.  Tak pasal-pasal bagi buah tanggung pada SPR. SPR memang banyak kebejatan dan kesalahannya (tapi silap kita juga kerana soal culaan daftar pemilih tidak dititikberatkan). Tapi sekali anda bagi bola tanggung, beribu-ribu smash yang akan dibuat oleh SPR dan media UMNO selepas ini. Tengoklah akhbar hari ini kalau tak percaya..


Popular Posts