Friday 10 May 2013

PKR Gagal Pertahankan 9 Kerusi Parlimen



Saya ada menulis sebelum ini tentang kegagalan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Parlimen sedia ada yang dimenangi dalam PRU 2008 dahulu (sini). Kalaulah 15 kerusi parlimen ini dikekalkan, sudah tentu hanya tingga 8 majoriti kerusi sahaja untuk Pakatan memerintah Malaysia. 

Antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PKR adalah parti yang paling gagal mengekalkan kerusi dimenangi pada tahun 2008. PKR gagal dalam mengekalkan 9 kerusi parlimen daripada 15 kerusi yang gagal dipertahankan kali ini. Antara kerusinya adalah :
 
KEDAH
 
1. Merbok
2. Kulim Bandar Baharu

KELANTAN

3. Tanah Merah
4. Ketereh
5. Machang

PERAK


6. Bagan Serai


P. PINANG
 
 
7. Balik Pulau


SELANGOR


8. Hulu Selangor 


K. LUMPUR

9. Titiwangsa

Bahkan Setiausaha Agongnya sendiri, Saifuddin Nasution kalah di Kulim Bandar Baharu. Sebenarnya satu sahaja nasihat buat Pakatan Rakyat, terutamanya PKR. Muhasabahlah kegagalan anda sendiri. Memang ada silap jahatnya SPR, tapi kita pun ada silap. 

Kenapa kita kalah? Mungkin strategi dan kegagalan teknikal kita sendiri yang menyumbang kegagalan Pakatan menguasai Putrajaya kali ini. Apapun tahniah juga buat PKR, kerana anda berjaya juga memenangi kerusi-kerusi baru yang dikatakan sukar ditembusi, antaranya Parlimen Bukit Katil dan Lumut. Kekalkan momentum dan usaha di PRU akan datang, insyaALLAH

Azmin Ali Ada Betulnya..Tapi



Azmin Ali (baju merah di sebelah Anwar) saya lihat ada betulnya dalam tindakan beliau dalam sidang media tengahari tadi. 


Antara yang betulnya adalah :

1. Kemenangan PKR dan Pakatan di Selangor hasil usaha bersama. Dan PKR diketuai oleh Azmin selaku pengarah pilihanraya PKR Selangor. Sudah tentu segala tenaga dan masa serta wang ringgit perlu dihargai oleh PKR. Hargai dalam maksud di sini adalah bukannya lantik beliau menjadi MB, tapi diajak beliau bermesyuarat untuk membincangkan siapakah yang layak menjadi MB. Takkanlah masa perang sahaja dihargai, lepas perang, dipinggir sedemikian rupa.

2. Soal musyawarah dititikberatkan oleh Azmin Ali. Itu yang penting dalam parti. Sekurang-kurangnya pendapat dikeluarkan sebelum presiden buat keputusan. Ini tidak, main tunjuk-tunjuk macam nepotisme pula.

3. Beliau mengajak rakyat terus bekerja dan sara hidup mereka. Juga minta YB yang dipilih bekerja dari sekarang. Itu betulnya. Kerana hidup perlu diteruskan. Tapi ada yang tak betulnya di sini :

1. Kenapa Azmin Ali tak tunggu semasa mesyuarat Pakatan Rakyat untuk keluarkan idea beliau tentang ini. Kenapa di media massa yang dikawal oleh BN? Kenapa beliau tidak matang dalam soal ini (temasuk mulut si Zuraida yang bukannya ADUN Selangor pun). Kalau rasa lambat sangat mesyuarat Pakatan, sms je kepada semua YB PKR untuk buat kerja sekarang, bukannya bantahan tanpa bermakna.

2. Azmin sebenarnya melawan arus. Beliau dilihat sebagai pengkhianat PR ketika ini. Masa panas selepas PRU inilah kena ada bantahan. Biar negara luar tahu tentang kejahatan SPR (tapi ada juga kadang-kala kita ditipu kerana kebodohan dan kemalasan kita sendiri). Tengok BBC dan TV negara luar, mereka siarkan bantahan terhadap SPR dalam siaran berita mereka. Ini yang sebetulnya. Soal kumpul bukti, itu nasihat kepada jentera parti. Tak perlulah dihebohkan macam kita berdemo sampai terlupa nak kumpul bukti. 

Apapun Azmin kadang kala cerdik, tapi nampak kebodohan mungkin kerna dikawal emosi amarah. Mulalah salahkan semua orang. Azmin ada betulnya terutamanya dalam soalnya penghapuskan amalan nepotisme dalam PKR. Tapi saya rasa beliau merupakan orang yang paling dibenci oleh penyokong Pakatan Rakyat ketika ini. Sudah nasib badan. Hang Jebat juga yang menjadi penderhaka....

Popular Posts