Saturday 4 May 2013

Saiful Tipu Rakyat 1 Malaysia???


Sekarang satu Malaysia menyatakan bahawa Saiful telah berbohong kepada Rakyat Malaysia. Kononnya video sumpah kata beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim di hadapan Kaabah adalah palsu semata-mata. Tiada yang palsu selain palsu belaka. Sememangnya kalau ikut pengeditan video. Nampak macam Saiful menggunakan teknik Chroma key, yang merupakan teknik editing video untuk mengubah dua imej atau video bersama-sama berdasarkan warna. 



Teknik ini banyak digunakan dalam filem dan juga pembikinan video klip serta video. Pernah nampak adegan drama dalam kereta? Macamana nak ambil gambar kalau kereta sedang bergerak dan ada babak dalam kereta. Maka mereka akan ambil jalan dan pada masa yang sama, akan letak kereta dalam studio dan ianya seolah-solah bergerak bersama. 



Senang cerita kaedah ini adalah bukan video tulen. Ianya ada dua video yang berasingan dan diletakkan dalam satu video. Macam filem cicakman. Logik ke mereka bergaduh di salji dan atas bangunan yang macam kartun. Tentu teknik chroma key digunakan..sama macam Saiful.



Begitu juga lokasi sebenar dimana babak sebuah lori terbalik. Lori berkenaan tidak wujud sewaktu penggambaran. Tetapi setelah teknik chromakey diaplikasikan melalui penggunaan green screen sewaktu penggambaran, objek lori yang direka dapat ditampal pada video berkenaan dan dilihat seolah-olah lori itu benar-benar kemalangan. 

Dan tentu kita tidak tahu bahawa kota metrofulus adalah diubahsuai daripada bangunan-bangunan yang terdapat di Putarajaya. Ianya diubahsuai untuk menampakkannya seperti sebuah kota masa depan dengan mempunyai landasan keretapi ditengah-tengah bandar melalui teknik ini. Sama juga dengan shot sewaktu Hairi (Saiful Apek) duduk di atas sebuah bangunan dengan memperlihatkan suasana Kota Metrofulus di waktu malam. Penggunaan green screen digunakan sebagai latar untuk babak ini yang dibuat di dalam studio.



Video Saiful ?? Sah-sah dia gunakan teknik ini. Tengok dari sudut tone cahaya pun dah tahu bahawa ianya dibuat dari dua rakaman. Cuba tengok video dari  0.57 hingga saat 0.59, jelas bahawa ada penipuan di sini. Background Saiful lebih banyak bergoyang daripada Saiful yang paling hampir dengan kamera. Sepatutnya kalau kamera shoot dekat (foreground), tentu imej Saiful lebih bergoyang dan bergoncang, bukannya background. 

Ini lagi bukti-bukti penipuan Saiful kepada rakyat Malaysia dan dunia..

1. Sumpah itu kononnya dibuat pada bulan April 2012. Dan saya sendiri pergi umrah pada bulan Mac 2012. Sememangnya saya tahu betapa sesaknya jika kita berdiri di hadapan kaabah apabila orang lain melakukan tawaf. Terutamanya dekat dengan multazam yang dikawasan itu terletaknya hajaratul aswad, yang menjadi rebutan manusia setiap hari di Kaabah. Mesti ada terlanggar bahu dan berhimpit-himpit antara satu sama lain.  Tapi si Saiful ini tak bergerak walau seinci pun walaupun nampak ada orang langgar dia. Adakah Saiful ini halimunan kerana orang macam tak nampak dan tak sentuh dia pun..Kalau ada orang bersumpah kat situ pun, mesti orang akan tengok Saiful sebab dia tangkap video di situ. 


2. Bentuk fizikal Saiful sendiri macam ada yang tak kena. Dalam kedudukan scen dan paras yang sama, orang Arab dan Turki nampaknya lebih rendah daripada Saiful. Si Saiful ini orang terpanjang di Malaysia ke? Sedangkan semua orang tahu dan saya sendiri alami, orang Arab dan Turki lebih tinggi daripada kita. Kalau nak cium hajar aswad itu. Duduk belakanglah jawabnya kalau jamaah dari asia termasuk negara kita.

3. Dari aspek audio, jelas ada penipuan di sini. Suasanya Saiful lebih jelas dan dengar sedangkan di hadapan kaaabah, bunyi tapak kaki dan zikir lebih kuat daripada suara kita. Bahkan suara orang menangis pun akan dengar. Dan time bulan mac serta April. Bunyi kerja-kerja pembinaan infrastruktur di sekeliling Kaaabah akan jelas kedengaran. Kerja-kerja pacakkan tiang akan kedengaran walaupun samar-samar.  Tapi suara Saiful paling kuat kedengaran walaupun ada suara-suara lain. Kuat benar suara dia? Ini yang musykilnya. Melainkan dia sememangnya penipu besar. Jadi tak musykil suara dia sahaja yang kedengaran dalam video itu. 

4. Kenapa 'background' berpusing begitu ketara sedangkan 'gap antara Saiful dgn kamera langsung tak berubah? Kenapa bila  Saiful berpusing 45 darjah, tiada imej terhenti dan macam Saiful sedang pakai kasut ballet dan berpusing macam penari ballet? ini yang hairan dan ajaibnya. Memang sah video  Saiful dibuat di studio dan dicantumkan dengan video di Kaabah. Dia menipu kononnya dia bersumpah di hadapan kaabah. 

5. Saiful sebenarnya berada terlalu jauh dengan multazam (dalam gambar di atas ditanda sebagai foto 1). Sedangkan dalam klip video itu, beliau menyatakan bahawa beliau bersumpah di hadapan Multazam. Tapi jelas bahawa Saiful tiada di multazam (dalam gambar di atas ditanda sebagai foto 2).

Bahkan kedudukan Makam Nabi Ibrahim di sebelah KIRI BAHU BELAKANG Saiful. Sedangkan kalau benar dia bersumpah di Multazam, sudah tentu Makam Nabi Ibrahim di sebelah KANAN BAHU BELAKANG Saiful (dalam gambar di atas ditanda sebagai foto 3).

Sebenarnya jelas bahawa kedudukan Saiful dalam video adalah terlalu jauh dengan Multazam (dalam gambar di atas ditanda sebagai foto 4) tetapi menyatakan dia bersumpah di depan Multazam, tempat mustajab doa. Sebab diorang menipu. Kalau betul-betul depan Multazam, sudah tentu video akan bergerak sebab orang akan bertola-tolak untuk berdoa di Multazam, tempat paling mustajab untuk berdoa. Tapi diorang taknak kantoi, maka dibuatnya terlalu jauh dari Multazam dan diedit guna teknik chrome key tadi. Jelas Saiful berbohong dalam hal ini..

Kalau nak menipu agak-agaklah. Bukan semua orang boleh ditipu. Jangan main-main dengan hukum Tuhan. Kalau benarlah anda diliwat oleh Anwar. Tak payah bersumpah. Seret sahaja Anwar di Mahkamah Syariah. Sebab kat sana tak boleh pusing-pusing perkara teknikal. Perakara asas menikut sabitan pembuktian secara islam di gunakan. Di mahkamah sivil sekarang, perkara teknikal dan kelemahan plaintif atau pemohon yang mereka titikberatkan. Bawalah kes ke mahkamah syariah kalau anda betul-betul diliwat. Sebab ada peruntukkan tentang liwat di sana. Walaupun hukuman dia hukuman ikut kepada otak UMNO sahaja dan bukannya hukum islam.

Tapi anda... saya rasa anda yang menipu. Jangan main-main dengan kaabah. Tempat suci umat islam. Tempat yang sentiasa dikelilingi oleh manusia 24 jam setiap hari dan bertahun-tahun lamanya tanpa henti sejak Nabi Adam lagi. Memang amat mustajab berdoa di situ (saya sendiri yang kehilangan stroller bayi, tak sampai beberapa jam selepas berdoa di hadapan Kaabah, boleh menjumpainya kembali di sekitar masjidil haram). 


Jangan main-main dengan sumpah dan penipuan anda kononnya di hadapan Kaabah. Orang bukan islam perhatikan semua ini dan beri kesan buruk kepada islam itu sendiri. Bertaubatlah sebelum terlambat wahai Saiful...masanya masih ada...

5 comments:

Anonymous said...

Salam bro,

Saiful ini berani membuat penipuan sebegini rupa kerana bersebab. Beliau dilaporkan telah berjumpa PM sebelum membuat pengakuan diliwat. (Katanya mohon biasiswa - siapa dia? hebat betul nak mohon biasiswa terus jumpa PM sedangkan dia adalah staff DSAI). Ketika perjumpaan ini, menurut satu sumber, dan sebenarnya ada beberapa perjumpaan lain, Saiful memang ditugaskan untuk menjalankan watak sebagai mangsa liwat inisebagai salah satu langkah untuk membunuh karier politik DSAI. Saiful sebelum bersetuju telah bertanya, bahawa bukankah tugasan ini merupakan suatu dosa, tetapi beliau yg lurus bendul telah di 'tarbiyah'kan dgn 'fatwa matlamat menghalalkan cara' oleh ulama (berbayar) UMNO bahawa "bohong sunat' dibolehkan kerana mempertahankan negara dari dikuasai oleh orang yang bersekongkol dgn golongan yg akan 'mengkristiankan' negara ini (DAP kononnya). Maka tugasan ini sebenarnya (mengikut fatwa itulah) sangat penting dan mendapat pahala besar kerana menyelamatkan negara dari menjadi negara kristian. maka kerana itu Saiful tidak teragak-agak untuk menjalankan tugasan yang disangkanya 'mulia' ini. Sebenarnya setelah video ini terbukti palsu, maka 'bom' yg dikatakan untuk PR ini sebenarnya hanya meletupkan BN, kerana sokongan kepada DSAI menjadi bertambah kuat apabila telah terbukti Saiful menipu, sekaligus membersihkan nama DSAI.

Anonymous said...

semoga ALLAH betul2 melaknat saiful dan bn

Anonymous said...

ni la padah nya kalau bertuhan kan OMNU.berkiblat kan BN.kejahilan yang jelas

Anonymous said...

saya rasa dia ni da gile..ntah2 dia syok kat najib x?

Anonymous said...

*pembetulan...saya rasa dia ni da gile..ntah2 dia syok kat anwar x?

Post a Comment

Popular Posts