Tuesday 23 April 2013

SPR Memang SAH Penipu Besar



SPR dah jadi macam pencacai bodoh BN. PR tolong bawa segera kes ke mahkamah. Buat report polis dan seret orang yang khianat ini ke muka keadilan. 

Undi awam sepatutnya bermula pada 30 April. Hari ini baru 23 April. Nampak benar kejahatan mereka. Ini kerusi di Parlimen Setiawangsa, kerusi yang ditandingi oleh Ibrahim Tan Sri Yaacob dari PKR dan Dato' Ahmad Zahiri dari BN. Kerusi ini memang banyak undi pos ia adalah satu-satunya kerusi wilayah persekutuan yang dimenangi oleh BN dalam PRU lalu (kerana mereka menipu). Ini kalilah..

Berikut mesej yang dihantar oleh seorang anggota polis :


Sejarah 2008 Nampaknya Takkan Berulang Buat Pakatan Rakyat


Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa pada PRU 2008, ada banyak pertandingan dua penjuru antara DAP dan PKR. Tapi Alhamdulillah kali ini tiada pertembungan antara kedua-dua parti tersebut. Bahkan dengan PAS dan PKR pun sudah selesai (cuma kerusi Kota Damansara belum diputuskan lagi). Tapi rumusannya, Pakatan Rakyat akan bertembung satu lawan satu dengan BN pada kali ini. Ini yang terbaik dan terhebat pernah kita lihat dalam PRU kali ini.

Di pihak BN pula, mereka hanya pakai satu logo (kalau banyak logo, sudah pasti banyak pertandingan sesama sendiri). Banyak calon bebas adalah daripada ahli BN sendiri. Ada parti komponen mereka merajuk dan taknak bantu BN. Seperti di Parlimen Kuantan, Wangsa Maju dan Gelang Patah. 


Sebenarnya, Pakatan sudah selangkah lagi untuk mara ke Putrajaya. Dan apa yang penting, peristiwa pertandingan sesama sendiri dapat dielakkan daripada berulang pada PRU kali ini. Kerana jika ada pertandingan sesama parti dalam pakatan, ia jelas merugikan dan menyebabkan kita kempunan untuk menang kerusi tersebut, seperti apa yang boleh dilihat dalam PRU 2008 dahulu...

1. Dun Derga, Parlimen Pokok Sena


Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Sebenarnya jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan menang. Jika campur undi DAP(2,095) dan PKR (6,353) : 8448 undi, sudah tentu mereka akan dapat kalahkan calon BN  (6,516) dengan majoriti 1932 undi.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah Tan Kok Yew dari DAP.

2. Dun Stulang, Parlimen Johor Bahru

Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Ada dua parti yang bertanding iaitu PRM dan DAP. Jika campur undi DAP(10,092) dan PRM (2,198) : 12,290 undi, sudah tentu mereka akan dapat kurangkan majoriti calon BN yang menang dengan 16,273 undi daripada 6181 kepada dengan majoriti 3983 undi sahaja.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah Chen Kah Eng dari DAP.

3. Dun Inanam, Parlimen Sepanggar

Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan menang. Jika campur undi DAP(2,864) dan PKR (4,293) : 7157 undi, sudah tentu mereka akan dapat kalahkan calon BN  (5,979) dengan majoriti 1178 undi.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah ROLAND CHIA MING SHEN dari PKR.

4. Parlimen Kota Kinabalu

Walaupun kerusi ini dimenangi oleh pakatan rakyat melalui DAP dalam PRU 2008 dahulu, tapi ianya sebenarnya wujud pertandingan antara PKR dan DAP. Sebenarnya jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan menang dengan lebih besar lagi. Jika campur undi DAP (9,464) dan PKR (9,358) : 18,822 undi, sudah tentu mereka akan dapat kalahkan calon BN  (8,420) dengan majoriti besar iaitu 10,402 undi, bukannya sekadar majoriti kecil 106 undi sahaja.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah WONG SZE PHIN @ JIMMY dari DAP.

5. Dun Likas, Parlimen Kota Kinabalu

Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Sebenarnya jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan menang. Jika campur undi DAP (3,235) dan PKR (1,888): 5123 undi, sudah tentu mereka akan dapat kalahkan calon BN  (4,097) dengan majoriti 1026 undi, bukannya kalah dengan majoriti 862 undi

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah WONG HONG JUN dari DAP.

6. Dun Luyang, Parlimen Kota Kinabalu

Begitu juga di Dun Luyang, dalam parlimen Kota Kinabalu. Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Sebenarnya jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan menang. Jika campur undi DAP(3,571) dan PKR (2,794) : 6365 undi, sudah tentu mereka akan dapat kalahkan calon BN (5,073) dengan majoriti 1292 undi.


Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah HIEW KING CHEU dari DAP.

7. Dun Kapayan, Parlimen Panampang

Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan menang. Jika campur undi DAP (4,100) dan PKR (3,658): 7,758 undi, sudah tentu mereka akan dapat kalahkan calon BN  (6,162) dengan majoriti 1596 undi, bukannya kalah dengan majoriti 2062 undi

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah EDWIN @ JACK BOSI dari DAP.

8. Dun Tanjong Aru, Parlimen Putatan

Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Ada dua parti yang bertanding iaitu PKR dan DAP. Jika campur undi DAP(2,298) dan PKR (3,470) : 5,768 undi, sudah tentu mereka akan dapat kurangkan majoriti calon BN yang menang dengan 6,430 undi daripada 2960 kepada dengan majoriti 662 undi sahaja. 

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah HAMID BIN ISMAIL dari PAS.

9.  Parlimen Keningau

Walaupun Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu, tetapi wujud pertembungan antara PKR dan DAP. Jika campur undi DAP (560) dan PKR (10,334) : 10,894 undi, sudah tentu mereka akan dapat kurangkan majoriti calon BN yang menang dengan 14,598 undi daripada 4264 kepada dengan majoriti 3704 undi sahaja. 

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah STEPHEN SANDOR dari PKR.

10. Dun Liawan, Parlimen Keningau


Begitu juga di Dun Liawan, dalam parlimen Keningau. Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Jika campur undi DAP(286) dan PKR (2,617) : 2,903 undi, sudah tentu mereka akan kurangkan majoriti kekalahan dengan calon BN (4,661) iaitu majoriti 1758 undi sahaja dan bukannya kalah dengan majoriti 2,044 undi.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah PAUL BUNSU BIN GITANG @ PAUL GITANG dari PKR.

11. Dun Karamunting, Parlimen Batu Sapi

Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Ada dua parti yang bertanding iaitu PKR dan DAP. Jika campur undi DAP(1,809) dan PKR (452) : 2,261 undi, sudah tentu mereka akan dapat kurangkan majoriti calon BN.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah CHONG KET KIUN dari DAP.

12. Dun Kuamut, Parlimen Kinabatangan

Begitu juga di Dun Kuamut, dalam parlimen Kinabatangan. Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Sebenarnya jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan dapat beri saingan sengit kepada BN. Jika campur undi DAP(105) dan PKR (1,143) : 1,248 undi, sudah tentu mereka kalah dengan majoriti kecil lagi.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah MUSTAPA BIN DATU TAMBUYONG dari PKR.

13. Dun Sri Tanjung, Parlimen Tawau
Walaupun kerusi ini dimenangi oleh pakatan rakyat melalui DAP dalam PRU 2008 dahulu, tapi ianya sebenarnya wujud pertandingan antara PKR dan DAP. Sebenarnya jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan menang dengan lebih besar lagi. Jika campur undi DAP (5,359) dan PKR (3,090) : 8,449 undi, sudah tentu mereka akan dapat kalahkan calon BN  (4,187) dengan majoriti besar iaitu 4,262 undi, bukannya sekadar majoriti kecil 1,172 undi sahaja.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah CHAN FOONG HIN dari DAP.

14. Parlimen Tawau

 Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Ada dua parti yang bertanding iaitu PKR dan DAP. Jika campur undi DAP(9,076) dan PKR (3,278) : 12,354 undi, sudah tentu mereka akan dapat kurangkan majoriti calon BN (13,943) hanya 1589 undi sahaja, dan bukannya 4,867 undi.
Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah KONG HONG MING @ KONG FO MIN dari PKR.

15, Parlimen Stampin, Sarawak

Begitu juga di Parlimen Stampin. Kerusi ini dimenangi oleh BN dalam PRU 2008 dahulu. Sebenarnya jika hanya satu parti dalam pakatan yang bertanding, PR akan dapat beri saingan sengit kepada BN. Jika campur undi DAP (18,896) dan PKR (2,198) : 21,094 undi, sudah tentu mereka kalah dengan majoriti kecil lagi iaitu 872 undi sahaja, bukannya 3,070 undi.

Kali ini calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding adalah JULIAN TAN KOK PING dari DAP.
 
Ini kalilah BN. Pakatan Rakyat jelas akan bertembung satu lawan satu dengan BN kali ini. Kalau 2008 dahulu, PKR dan DAP bertembung dalam 15 kerusi, kali ini tiada satu kerusi pun yang berlawanan sesama sendiri walaupun ada 7 pertindihan sebelum ini. Satu stigma baru buat pakatan dalam PRU kali ini. Daripada 15 kerusi yang menyaksikan pertandingan sesama sendiri itu, 7 kerusi yang sudah pasti dimenangi oleh Pakatan Rakyat jika tiada pertandingan sesama sendiri. Manakala 8 kerusi lagi adalah kerusi yang mampu menang kerana majoriti adalah kecil.

Jadi memang betapa pentingnya perlawanan satu lawan satu dengan BN. Tengok di Parlimen Sibu, sebelum itu, Calon DAP dan PKR bertanding di kerusi dan kalah kepada BN. Apabila pilihanraya kecil diadakan, nyata calon DAP, Wong Ho Leng menang kerana bertanding satu lawan satu dengan Bn dan calon PKR tidak bertanding.

Jelas bahawa pertandingan satu lawan satu dengan BN adalah penting. Ia pasti menjadikan medan pertemnpuran dengan lebih sengit dan membolehkan pengundi pakatan menyokong satu calon sahaja. Ini kalilah Najib. Pintu putrajaya dan semakin hampir untuk buka tak lama lagi, insyaALLAH


Popular Posts