Sunday 21 April 2013

Video Ekslusif Pendedahan Rasuah Kerajaan Haram Zambry Kadir


Ini video pada tahun lepas, bulan Mei. Elok di siarbalik untuk refresh kita dalam PRU kali. Inilah video paling lawak sebelum PRU kali ini. Mengamuk sakan mamat ni kerana permohonan pasir ditolak oleh Zambry Kadir. Apa yang menariknya apabila ia melibatkan Nizar Jamaluddin juga. Kebetulan dia telefon saudara Nizar dan Nizar datang untuk menyokong beliau. Malangnya mamat ini lepas dua-tiga hari selepas mengamuk, dibohonginya kata dia tak pernah telefon Nizar. Dia buat sidang mohon maaf kerana sebelum itu, dia dijangka akan dihukum di bawah lembaga disiplin UMNO. 


Semuanya flip flop. Pemimpin UMNO memang mentekedarah projek. Sila tonton video ini dengan secara full..memang lawak betullah (sound effect sokong dia tu yang tak tahannya..)


 

Mengamuk..mengamuk juga. Nampak Zamhuri ni kenal siapa yang kaki rasuah. Dia kenal siapa pegawai kerajaan yang rasuah. 

"Ini semua rasuah. Nak kawteem, nak ajak karaoke, nak ajak makan, nak bagi rasuah, nak bagi amoi, aku kabo ke kome (beritahu kamu), nak bawa (amoi) dari Siam baru seronok hati

"Minta cara betul semua tak boleh, nak sogok baru boleh
," Jerit Zamhuri.

Jadi SPRM perlu buka kes ini. Sebab ianya berlaku pada tahun 2012. Tak melepasi 6 tahun lagi (prasyarat untuk kes sivil ditutup). Lagipun dia adalah pegawai kerajaan dengan Gred N48. Mungkin ada si pelawak ni gunakan jawatan dalam kerajaan untuk mendapatkan projek pasir dan lain-lain. Kena siasat. Inilah lambang rasuah UMNO yang sememangnya telah berakar umbi di negara ini. Ini kalilah kita tukar...

Sejak 1959, Inilah Kali Pertama BN Tidak Menang Percuma, Yang Menyebabkan Muhyiddin Tersasau...


Satu rekod untuk PRU kali ini kerana tiada calon pun menang tanpa bertanding atau menang percuma. Semua 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN dipertandingkan kali ini. Berbanding pada PRU 2008 lalu, lapan kerusi Parlimen dan empat DUN menyaksikan calon menang tanpa bertanding, 17 Parlimen dan 12 DUN pada 2004, masing-masing satu pada 1999 dan 11 Parlimen serta sembilan DUN pada 1995.

Rekod paling banyak calon menang tanpa bertanding ialah pada 1974 apabila masing-masing 47 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN dimenangi tanpa calonnya perlu berkempen.

Memang pelik sebab kebiasaannya, akan ada calon BN akan diisytiharkan menang tidak bertanding di Johor, Sabah dan Sarawak. Tetapi kali ini tidak ada. Ini jelas satu pertempuran yang kuat dan sengit. BN benar-benar ditentang dengan tentangan jantan daripada Pakatan Rakyat.


Sebab itulah Muhyiddin sasau bila tiada satu pun calon BN menang tanpa bertanding dalam PRU kali ini. Bila dia sasau dan mengelabah, diumumkannya bahawa Dun Senggarang dimenangi oleh BN, dan disiarkan oleh TV3 sendiri..menang 1-0 atau malu 1-0???? ...(siaran beritanya : sila tonton)



Zul Kulim Memang Pelacur Politik.. (maaf terkasar bahasa)..


Si Zul bermotor besar ni dah macam 'mat sentol'. Macam orang kemaruk sangat nak jadi calon. Terkinja-kinja. Dulu kata tak boleh salam dengan bukan muhrim (masih ingat lagi kata-kata dia di Surau An Nur, Bangi). Sekarang salam pula. Kata nak perjuangkan kalimah ALLAH., tapi ayat Allah sendiri diketepikan demi laba politik. Zul..zul...memang benarlah ramai kata dia pelacur..pelacur politik...






Macam ala-ala pendekar mastur kena angkat dengan bujang lapuk pun ada..macam LGBT pun ada..apa daaa...




Utusan Silap Kira, Bukan 200, Hanya 20 Orang Sahaja Yang Hadir Ceramah Lim Kit Siang & Salahuddin Ayub


Utusan..oh utusan. Agak-agaklah bro. Kalau nak tipu pun, janganlah tipu atas darat kering bro. Kesian orang ramai tertipu dengan cai UMNO ini...


Utusan hanya laporkan 200. Utusan penipu besar. Bukan 200 yang hadir ceramah Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang, hanya 20 orang sahaja. Memang penipu besar utusan ini...buatnya Salahuddin dan Lim Kit Siang saman Utusan, habis bangkrap syarikat dan kebulur pekerjanya nanti...










Rasanya Utusan ambil gambar sambil menyorok tepi longkang (takut kena pukul). Tu yang dapat kira 200 orang sahaja. Ataupun jurugambar dan wartawan Utusan penat jalan jauh dari tempat parking kereta. Terpaksa ambil gambar belakang sahaja. Utusan oh utusan. Nak tipu biarlah bijak. Macam lagu ini...


Ini kalilah... Utusan

Kejutan Esok....Bekas MB UMNO Serah Borang Sertai PAS Secara Rasmi Esok



Alhamdulillah. Berita sahih yang pasti akan di realisasikan esok. Ada khabar tak rasmi, juga khabar-khabar (ada dalam media perdana) yang jelas bahawa Bekas Menteri Besar UMNO, akan menyerahkan borang untuk menyertai PAS secara rasmi. Mereka akan membawa semua penyokong serta kaum keluarga mereka untuk isi borang PAS. Dikhabarkan satu bahagian UMNO akan lumpuh dan semua akan letak jawatan. Alhamdulillah satu rahmat illahi yang ALLAH berikan untuk kita semua. Penambah kepada kemaraan kita ke Putrajaya.

Ini berita yang pasti akan berlaku esok. Sama-sama kita nantikan dan akan memberi pukulan KO kepada UMNO. Mak cik dan pak cik FELDA pasti akan terbeliak mata dan akan berfikir kembali sokongan mereka kepada UMNO kerana Bekas Menteri Besar ini banyak berjasa kepada FELDA dan FELCRA. Alhamdulillah. Tunggu berita gembira esok.

Di kala ini, para musuh bergelimpangan lari daripada UMNO dan ada yang seberang ke Pakatan, ada juga yang menjadi bebas (di sini beritanya). Jadi mari kita semua rapatkan saf, dan terus melawan UMNO hingga ke titisan terakhir, insyaALLAH.

Rupanya 2/3 Calon Bebas Adalah Dari Ahli BN Sendiri...


Penamaan calon sudah tamat. Semua calon sudah muktamad. Ianya menjadi satu sejarah buat Malaysia kerana dalam PRU kali ini, calon Bebas ramai yang bertanding dan memecahkan rekod sejak PRU kali pertama pada tahun 1957. Dilaporkan bahawa 190 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 78 kerusi Parlimen ditandingi oleh calon Bebas. Daripada senarai itu, 2/3 adalah ahli BN yang memberontak dan menjadi calon Bebas kali ini. Antara susunan calon-calon BN giant killer yang memberontak kali ini ialah :

1. Datuk Kamilia Ibrahim - orang no 2 dalam wanita yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, melawan Wan Mohammad Khairil Anuar dari BN dan Drs Khalil Idham Lim dari PAS

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar akan bertanding di Kerusi Parlimen Tasek Gelugor melawan Shahbuddin Yahya dari BN dan Datuk Abdul Rahman Maidin dari PAS. Beliau juga akan bertanding di Dun Sungai Dua menentang Muhammad Yusoff Mohd Noor dari BN dan Zahadi Mohamad dari PAS.


3. Pengarah Pilihanraya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohammed (Zin badak) akan ditentang oleh dua orang ahli UMNo yang mengisytiharkan mereka calon bebas. Dua orang calon bebas itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Shuhaimi Ghazali dan AJK UMNO Bahagian Sepang, Hanapiah Mohammad. Pertembungan Zin Badak dengan AJK nya sendiri sudah pasti akan memberikan laluan mudah buat calon PAS, Peguam Hanipa Maidin.

4. Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah BN, Fadzil Hanafi bertanding calon bebas di Dun Alor Mengkudu dan akan mentang Sharifah Maznah Syed Kasssim dan calon PAS, Ahmad Yahya.

5. Datuk KK Chin, AJK MCA Bahagian Pandan akan bertanding di Dun Teratai. Beliau dijangka akan memecahkan undi BN di Dun Teratai. KK Chin akan menentang calon BN, Liew Pok Boon dan juga calon DAP, Tiew Way Keng serta 2 orang calon bebas

6. Di Parlimen Pandan, Setiausaha MCA Pandan, Tan Yew Leng akan bertanding sebagai calon Bebas dan merupakan proksi kepada Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA. Beliau akan menentang calon BN, Garry Lim Chin dan juga Rafiz Ramli dari PKR. Undi BN dijangka berpecah kepada dua dan kemenangan mudah buat PKR di kerusi panas itu.

7. Ahli MCA, Yoong Tham Fook bertanding atas tiket bebas di Dun Kuala Kubu Baru menentang calon BN, Ooi Hui Wen dan calon DAP, Lee Kee Hiong serta seorang lagi calon bebas, Nadarajah a/l Supramaniam.

8. Ahli UMNO, Rusli Baba bertanding di Lembah Pantai melawan Raja Nong Cik dan Nurul Izzah Anwar. Rusli adalah anaka tempatan yang lahir di Lembag Pantai.

9. Penyanyi Herman Tino, seorang ahli UMNO bertanding bebas melawan Noh Omar di Parlimen Tanjong Karang. Pertandingan 3 penjuru dengan calon PAS, Mohd Rashid Deraman


10. Di Parlimen Bandar Tun Razak, wujud 4 penjuru melawan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dua oranAJK UMNO Bahagian Bandar Tun Razak menjadi calon Bebas melawan calon MCA dari BN, Tan Kok Eng. Dua orang ini ialah Ketua Penerangan UMNO cawangan Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi, Mokhtar Salahudin dan Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat.


11. Di Dun Kota Damanasara, seorang ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah bertanding sebagai calon bebas menentang 4 calon lain di sini termasuk calon BN, Halimaton Saadiah Bohan
 

12. Dun Batang Kali, Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib menjadi calon bebas kerana bekas Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim yang terkenal dengan gurauan lucah di DUn, tidak dicalonkan dan digantikan dengan calon BN, Mat Nadzari Ahmad Dahlan. Pertandingan 3 penjuru di sana.
 

13. Di Dun Pemaisuri, bekas Ahli Parlimen Setiu dari UMNO, Mohd Yusop Majid telah bertanding sebagai calon bebas dan akan menentang 3 penjuru dengan calon BN dan PAS. 

Nah BN.  Ini antara giant killer calon Bebas yang bakal memecahkan undi BN dan memberikan laluan mudah buat Pakatan Rakyat. Banyak lagi calon Bebas yang bertebaran di seluruh negara menentang parti mereka sendiri. Antaranya ialah

14. Ahli UMNO, Sobri Ahmad – di DUN Sungai Limau.

15. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun bertanding di DUN Bukit Naning,


16. Manakala Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari di Parlimen Pengerang.

17. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu bertanding sebagai calon bebas DUN Gambir


18. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir
 

19.  Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

20.   Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil


21.  Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat


22.    Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti. 


23.  Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

24.    Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai Sibugah
 

25.    Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah

Walaupun ada juga ahli PR yang jadi calon Bebas, mereka tak seramai BN (ramai lagi yang ahli BN menjadi calon bebas dan sedang dikesan). Dan tak pernah berlaku dalam sejarah, ramai calon bebas dari BN yang muncul di terengganu, termasuk di kawasan Mat Said, Kemaman. Petanda jelas bahawa kapal BN akan karam tak lama lagi 

Semua mereka ini akan dipecat daripada BN. Jenuh nampaknya Najib nak sign surat pemecatan. Najib akan berikan surat pemecatan esok. Baguslah. Makin jahanam BN nampaknya. Makin kuat dan bersemangat lagi mereka untuk memberontak. Ini kalilah, Najib


 *** maharaja lawak betul..lawak..anjing pun dah benci kat BN...

UAI dan Ustaz Haslin Bollywood 'Izzah'kan Sokong PAS


Nampaknya ramai-ramai Ustaz terkenal negara sudah mengizzahkan imej mereka sebenarnya. Ustaz paling tersohor, Ustaz Azhar ada di penamaan calon Pakatan di Kuala Terengganu. Siap berucap lagi. Tahniah buat UAI.






Marah betul UMNO sampai sanggup batalkan konsert..oppss, ceramah UAI di Bukit Katil


Ustaz Bollywood, Ust Haslin Baharin turut serta memberi sokongan kpd calon PAS DUN Selama, Ust Akmal dalam perarakan penamaan calon semalam. takbirrrr


Calon Adik Beradik, Saudara Dan Keluarga Mewarnai Kemeriahan PRU 13


Calon adik-beradik warnai PRU13, pertembungan keluarga Kitingan jadi perhatian

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menyaksikan pertembungan calon yang mempunyai pertalian keluarga di beberapa buah kerusi Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pertembungan paling mencuri tumpuan pastinya membabitkan adik-beradik Kitingan di Sabah di kerusi Parlimen Keningau antara Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan adiknya Datuk Dr. Jeffrey daripada Parti Reformasi Negeri (Star).


Ini merupakan percubaan kedua Jeffrey selepas tewas kepada abangnya pada dua pilihan raya umum sebelum ini.

Turut menarik perhatian ialah penglibatan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan adiknya Khalid, masing-masing di Parlimen Johor Bahru dan Shah Alam.

Walaupun bersaudara, perjuangan dan ideologi politik yang berbeza membawa mereka ke gelanggang berlawanan, Shahrir akan mempertahankan kerusi Johor Bahru atas tiket BN manakala Khalid melalui Pas.


Sementara itu, di utara Semenanjung kedudukan Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah mungkin tergugat apabila bakal ditentang sepupunya, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali daripada BN di kerusi DUN Sungai Limau yang disandangnya ketika ini.

Selain itu, penyertaan dua bersaudara pada PRU13 ini juga dapat disaksikan menerusi pencalonan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail (BN) di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala adiknya Datuk Saifuddin Nasution Ismail daripada PKR yang akan bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu, meninggalkan kerusi Kubang Kerian, Kelantan yang dimenanginya pada 2008.

DUN Tenang dan Buloh Kasap di Johor juga menyaksikan kehadiran calon BN adik-beradik membabitkan Mohd. Azhar Ibrahim di DUN Tenang dan adiknya Norshida, yang bertanding di DUN Buloh Kasap.

Di Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan bapa saudaranya Syed Hamid Syed Mohamed akan bertarung mempertahankan kerusi DUN Kerdau dan Kuala Semantan, masing-masing atas tiket BN dan PAS.


Di Shah Alam, Datuk Nasarruddin M. Zin dan abangnya Ahmad Nawawi akan membawa panji BN menentang calon PKR di kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Batu Tiga, dengan Nasarruddin berdepan tugas getir berhadapan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berpindah dari DUN Ijok.

Sementara itu di Sabah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Semporna turut menyaksikan adiknya Datuk Yusof ke kancah politik yang bertanding di DUN Lahad Datu buat kali pertama.

Calon adik-beradik atau lebih dikenali 'calon anak-beranak' masih kekal di pihak pakatan pembangkang, dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Karpal Singh mendominasi senarai calon yang bertanding.

Anwar kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, manakala puteri sulung beliau Nurul Izzah kekal mempertahankan Parlimen Lembah Pantai berhadapan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Anak kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz pula akan bertanding di Parlimen Pasir Mas, manakala bapanya kekal mempertahankan DUN Chempaka buat kali kelima.

Kit Siang pula meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur di Perak untuk mencuba nasib di Parlimen Gelang Patah, Johor manakala anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kekal di kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Puteh.

Sementara itu, Gobind Singh Deo kekal bertanding di Parlimen Puchong, Selangor manakala bapa dan abangnya Jagdeep akan mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan DUN Datok Keramat di Pulau Pinang.

Di Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri akan bertanding di Parlimen Arau selepas bertukar kerusi dengan adiknya Datuk Ismail di kerusi DUN Tambun Tulang.

Tidak ketinggalan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan adiknya Datuk Anifah Aman akan mempertahankan kerusi yang disandang, masing-masing di DUN Sungai Sibuga dan Parlimen Kimanis.

Manakala Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow, yang diuar-uarkan sebagai bakal Ketua Menteri negeri itu akan bertanding di DUN Bukit Tengah, berbanding abangnya Teng Chang Khim yang bersaing di DUN Sungai Pinang, Selangor mewakili DAP. - Bernama




PAS Perlu Beri 4 Kerusi Kepada PKR, PKR Pula Beri 3 Kerusi Kepada PAS



Esok (hari ini) confirm semua akhbar cai UMNO akan siarkan muka hadapan " Pertandingan PAS & PKR di 7 kerusi'. Ini confirm akan keluar kerana ia adalah isu besar. Mood penyokong PR pun dah lain sekarang ini. Mereka masih tertanya-tanya kenapa ia masih berlaku? Anwar ibrahim dan Tok Guru Haji Hadi jangan lengahkan masa lagi. Buatlah keputusan secepat mungkin. Pelik juga mereka-mereka ni sebab isu PAS nak letak calon di kerusi PKR, dan PKR nak letak calon di kerusi PAS sudah lama dan bukannya semalam pada hari penamaan calon, mereka-mereka ini muncul. Contohnya di Kota Damansara, dah masuk Sinar Harian pada hari Khamis lalu, 3 hari sebelum penamaan calon.

Kalau susah nak bincang juga, elok kembali kepada status quo 2008 dahulu. Iaitu Parlimen Labuan, Dun Bukit Besi, Dun Panti perlu diberikan kepada PAS semula kerana mereka bertanding di kerusi ini dalam PRU 2008 dahulu. Manakala Dun Sungai Aceh, Dun Kota Damansara, Seberang Takir dan Kota Putera diberikan kepada PKR semula. Hal ini berdasarkan status quo pada 2008 dahulu...

Senarai kerusi milik PAS pada PRU 2008

 
Senarai kerusi milik PKR pada PRU 2008


Mereka perlu bersatu sekarang.DAP pula tiada masalah pertindihan calon. Di Sabah dan Sarawak pun tiada walaupun beratus calon bebas. Yang peliknya adalah PAS dan PKR. Mereka perlu kembali kepada status quo. Tak kiralah PKR kalah dengan majoriti tinggi, atau PAS tewas teruk. Yang penting adalah momentum kebangkitan rakyat. Kenapalah pemimpin PAS dan PKR tak sedar bahawa ia akan merugikan Pakatan Rakyat jika ini berlaku. Satu soal imej, dan satu lagi soal semangat pekerja parti. Sudah tentu ada perasaan tak puas hati antara PAS dan PKR ketika ini. Dan apa yang sudah ditakuti telah berlaku. PAS dan PKR perlu kembali kepada status quo mereka pada tahun 2008. Muafakat hendaklah cepat dilakukan. Jangan lambat bertindak kerana ia peluru besar BN untuk mematikan PR. Ini kalilah ...atau mungkin lain kalilah???

Popular Posts