Monday 8 April 2013

Pas Terengganu Sudah Ada Manifesto, BN & Mat Said Sampai Sekarang Tiada Manifesto


Alhamdulillah nampaknya Manifesto PAS Terengganu amatlah terbaik dan sesuai ketika ini. Selepas penerangan Manifesto pas bersama Perantau semalam, apa yang boleh dilihat adalah kesungguhan PAS Terengganu untuk kembalikan hak rakyat ke tempat sepatutnya...

Ketibaan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang jelas tidak perlu karper merah untuk Tok Guru

Presiden PAS menyampaikan ucapan kepada anak-anak Terengganu di lembah Klang

Rakyat Terengganu yang hadir


Tawaran 10 perkara besar untuk rakyat Terengganu pasti akan membuatkan kebajikan dan permasalahan rakyat di sana akan terbela sedikit masa lagi jika PAS memerintah Terengganu. Dengan tema " Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan', inilah tawaran PAS untuk rakyat Terengganu


(1) Caj untuk pesakit wad kelas tiga ditanggung oleh kerajaan.


(2) Insentif perkahwinan untuk perkahwinan pertama sebanyak RM1,000 seorang bagi lelaki dan wanita.


(3) Tabung pinjaman perumahan untuk rakyat secara qardhul-hasan dan Skim pinjaman perumahan kakitangan kerajaan ditukar kepada qardhul-hasan.


(4) Tabung pinjaman usahawan tanpa riba.


(5) Insentif untuk ujian memandu motosikal RM300.


(6) Hadiah ibu bersalin sebanyak RM100 setiap kelahiran.


(7) Pencen warga emas (kecuali pesara kerajaan) sebanyak RM600 setahun.


(8) Pusat pemulihan dan latihan kerjaya penagih dadah.


(9) Skim khairat kematian.


(10) Bandar Lestari di setiap daerah.


Berbanding dengan UMNO, mereka masih tiada lagi manifesto dan menurut MB BN, Mat Said bahawa UMNO tak perlu manifesto. Cukuplah manifesto BN Pusat sahaja. Nampak sangat malas berfikir pemimpin UMNO ini. Apa yang pasti, jika BN masih kekal memerintah, cukai pintu pasti akan terus dibebankan kepad rakyat Terengganu. Juga tiadanya air percuma buat rakyat Terengganu.  Mana satu buat rakyat Terengganu? Racun (BN) atau madu (PR)?

Popular Posts