Elemen kebenaran fakta dan
ketepatan angka adalah elemen penting dalam demokrasi. Setiap orang bebas
bercakap, tetapi mesti beralaskan kebenaran dan ketepatan. Tak kira daripada
Pakatan Rakyat atau Be end. Sebab itulah Anwar kena berhati-hati selepas ini.
Tak pasal-pasal digelar ‘Raja Fitnah’ oleh SPR. Gara-gara kesilapan Anwar yang mendakwa
500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU-13 untuk
memberi kemenangan kepada Be End semasa ceramahnya di Padang Kota, Georgetown.
Tak pasal-pasal Imej Anwar dah tercalar dalam isu ini. Ada kenyataan bahawa SPR akan saman Anwar. Buat Anwar, ini fakta tepat tentang jumlah pengundi awal di Malaysia
PUTRAJAYA 28 April - Seramai 272,387 pengundi awal berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 30 April ini di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seluruh negara.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, jumlah pengundi tersebut membabitkan 161,251 anggota tentera dan pasangan, dan bakinya pula 111,136 adalah anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing-masing (sini)
Amat jauh bezanya antara 272,387 dengan 500,000. Lainkali Anwar kena berhati-hati. Dan perlu diingat dan kajian khas perlu dibuat, kenapa kawasan kem tentera terbesar negara di Sungai Besi dimenangi oleh Khalid Ibrahim dari PKR. Kem tentera di Lumut dan juga Port Dickson yang turut dimenangi oleh PKR. Juga kejayaan menurunkan majoriti undi di Parlimen Setiawangsa yang ada di dalamnya Mindef. Itu belum lagi dengan perumahan polis terbesar di Marang dan Kuala Terengganu yang telah dimenangi oleh PAS.
Ini semua kena kaji. Jangan hentam kromo sahaja wahai Anwar. Anda pemimpin rakyat, janganlah jadi macam budak-budak. Tak pasal-pasal bagi buah tanggung pada SPR. SPR memang banyak kebejatan dan kesalahannya (tapi silap kita juga kerana soal culaan daftar pemilih tidak dititikberatkan). Tapi sekali anda bagi bola tanggung, beribu-ribu smash yang akan dibuat oleh SPR dan media UMNO selepas ini. Tengoklah akhbar hari ini kalau tak percaya..
3 comments:
PEMIKIRAN PAS SEMAKIN HANCUR.
PAS LEBIH BERMINAT KEPADA KEHANCURAN.
PAS TIDAK FAHAM KESTABILAN DAN PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM.
PAS DILIHAT LEBIH SAYANG KEPADA SANGKA-BURUK, PERMUSUHAN DAN DENGKI MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN.
KINI, PAS LEBIH PARAH.
RAMAI KEPIMPINAN ULAMAK PAS TERUS MEMBISU DAN MEMBIARKAN IMEJ ISLAM PAS DILACURKAN OLEH MANUSIA YANG "GILA KUASA"
Anonymous 07:42, kalau takat cut & paste bail takyah reply! Apa kena mengena isu PAS kat sini? Kalau dh rasa fanatik sgt, pergi jer kat blog umno! Kat sana boleh jilat puas2...
Munasabah ke jumlah anggota tentera dan polis di Malaysia sekecil itu? Tentera 80 ribu orang polis sekitar 50 ribu anggota.161,251 adalah anggota tentera dan pasangan kalau dibahagi dua jumlahnaya kira-kira 80 ribu sahaja.Dengan jumlah penduduk seramai 27 juta orang kini saiz tentera perlu ditambah dan di perbesarkan lagi.Begitu juga anggota polis,dengan hanya 50 ribu anggota setiap negeri di Malaysia secara purata hanya ada enam ribu anggota.Kalau negeri itu ada 10 daerah bermakna setiap daerah hanya ada 600 anggota.Betul ke jumlah itu.?
Post a Comment