Saturday 25 May 2013

Ketua AMK Lupa Daratan?



Ketua AMK, Iskandar Md Akin lebih sudu dari kuah. Beliau mula menyombong diri dan menempelak PAS kerana menyebabkan kekalahan PKR di 1 kerusi DUN iaitu di Kota Damansara (bukannya Sungai Aceh kerana majoriti BN dapat 808 undi, PAS hanya 690 undi sahaja). Ketua AMK mungkin lupa bahawa PSM turut menyebabkan mereka kalah di Dun Semenyih (BN dapat 17,616, PKR dapat 13,471. Majoriti 4145. Tapi PSM dapat undi dalam 5,568).

Ketua AMK ini sudah lupa rupanya. Sebab itulah beliau menempelak PAS secara terbuka (sini). Sedangkan beliau perlu menerima hakikat bahawa parti mereka tiada jentera akar umbi yang kuat. (PAS walaupun tarik diri di DUN Panti, tetap dapat undi 2 ribu lebih berbanding calon PKR yang hilang deposit).

Calon banyak tangkap muat. PKR hidup hari ini kerana Anwar. Kredibiliti sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri masih ada. Kredibiliti Azmin, Shamsul? tiada siapa yang dapat mengukurnya sekarang. Jadi janganlah berlagak sangat sampai nak salahkan parti lain. Ingatlah sikit bantuan segala jentera dan kesungguhan PAS di seluruh negara. 

Kalau tak nak ingat pun, sedarlah sikit bahawa kemenangan anda di Bukit Katil dahulu adalah bantuan PAS dan DAP. Ini hakikatnya kerana PAS berjaya menyumbangkan satu DUN dalam  Parlimen Bukit Katil. DUN Bukit Baru, merupakan dun Ali Rustam sebelum beliau ke Parlimen. Begitu juga DUN Ayer Molek, walaupun PAS kalah, tapi jentera PAS banyak buat kerja gerakkan kempen Pakatan di dalam DUN itu. Kena ingat sikit kerana bendera PAS di sana jauh lebih banyak daripada PKR. Ditambah pula dengan kerja kuat DAP di DUN Bachang dan Ayer Keroh, sudah pasti kamu takkan merasa jadi Ahli Parlimen Bukit Katil kalau tidak bantuan PAS dan DAP. Jangan berlagak sangat wahai Shamsul. 




Kalau 2008 dahulu, kamu terhegeh-hegeh ke Parlimen Dungun kononnya Parlimen boleh menang. Jelas ianya silap dan jelas kamu menangguk air yang keruh. Di Parlimen Dungun, ada 4 dun yang kesemuanya ditandingi oleh PAS. Daripada 4 dun, hanya 1 sahaja dimenangi oleh PAS dan kamu turut tewas sekali (kerana dia macam Parasit, induk kalah, dia pun kalah).

Jika PAS tiada semangat setiakawan, sudah pasti kerusi itu tidak diberikan kepada kamu wahai Shamsul. Dan sekarang Parlimen itu sudah dapat kembali kepada Pakatan 5 Mei lalu kerana PAS yang bertanding di situ. 

Janganlah jadi macam budak sekolah wahai Shamsul. Kamu menang kerana bantuan parti lain dalam Pakatan. Bukannya kekuatan diri sendiri. Ini kena ingat. Kamu bukan giant killer kerana parti lain yang menyumbangkan kemenangan kamu menumpaskan Ali Rustam. Kamu bukan macam Nasruddin Hassan Tantawi yang menang di Temerloh kerana kekuatan jentera PAS di sana. PAS menyumbangkan kerusi DUN Kuala Semantan sedangkan PKR tewas di Lanchang dalam Parlimen Temerloh. Jelas bahawa kemenangan Nasruddin Hassan dibantu oleh PAS, bukannya seperti kamu yang melukut di tepi gantang harapkan ihsan parti lain.

Jadi kenalah muhasabah sikit. Ukur baju di badan sendiri. Janganlah jadi kartun dalam politik. Lama-lama penyokong sendiri akan menyampah pada anda. Jangan bawa DNA UMNO dalam Pakatan. Tengok DAP, mereka cool dan bijaksana dalam politik. Bukannya macam anda yang terpekik terlolong sana sini, sedangakan isinya langsung tiada. Hidup politik baru!!

3 comments:

Saif said...

Tuan Presiden Pas kalau dilindungi tak boleh tegur jadi mcm Presiden umno pulak. Menuduh orang tanpa bukti secara terbuka wajar juga dibetulkan secara terbuka.

Anonymous said...

WOIT org pas ..kamu jangan jadi kacang lupkan kulit...ketua amk ni ckp betul...kalau presiden pas nak jadfi nelYAN DAN JALA IKAN TERUSKAN...PARTI ORG LAIN URUSKAN ...NI JADINYE

kamu persoal calon pkr/psm tuhannya ape....
saya tanya kamu hadi dan org pas calon pas parlimen air hitam org cina dan calon pas tiram pempuan india tu tuhannya ape...

kamu dah janji dan tetapkan kawasan masing masing kenapa kamu rompak kawsan org pkr/psm....

kamu jua yg nak tinggalkan pr utk tubuhkan kerajaan perpaduan pd 2008....mujur lah ada org pejuang mulia TGNA dan jemaahnya...

kamu jangan dabik dada org bawahan pas lebih buat keje...pemimpin pas lebih terkenal drp pemimpin pkr...ingat lah mungkin ahli pas brdaftar di kertas...

org/ahli pkr berdaftar di hati sanubari

tanpa anwar..azmin...saifudin ...inkandar....pas kat mane agaknye

Anonymous said...

Macam ni punya hal pun nak bergaduh..pegi heboh dlm media..pegi luaah secara terbuka, tak profesional langsung..macm mana rakyat nak percaya. Patutla Allah tak bagi kemenangan pada PR. Aku tak dengo pulak UMNO, MCA, Gerakan dan lain2 dok bertelagah kat media dan secara terbuka. Stop segera dan bermaafan supaya PRU14 kita dapat M'sia dengan bergaya. Kuatkan balik muafakat, banyak2lah berbincang dan berlapang dada.

Post a Comment

Popular Posts