Saturday 4 May 2013

PR Menang PRU 13 Dengan Majoriti 12 Kerusi - Risikan ATM



Dalam PRU 2008 dahulu, Pakatan Rakyat (PR) buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, telah menafikan majoriti 2/3 kerusi BN di Parlimen Malaysia. Dalam keputusan pada 21 Mac 2008, BN mendapat 140 kerusi (8 menang tanpa bertanding) manakala Pakatan Rakyat melalui gabungan PAS, PKR dan DAP mendapat 82 kerusi. Sedangkan untuk membentuk kerajaan, PR dan BN hanya perlu mendapat 112 kerusi sahaja daripada 222 kerusi parlimen. Maknanya PR hanya kekurangan dalam 30 kerusi Parlimen (112 kerusi - 82 kerusi yang PR menang) sahaja untuk membentuk kerajaan pada tahun 2008.

Selepas itu, Pakatan Rakyat menambah dua kerusi lagi dalam pilihanraya kecil di Parlimen Kuala Terengganu dan Sibu dan menjadikan PR mendapat 84 kerusi, menjadikan majoriti dengan BN semakin mengecil. Hanya perlukan dalam 28 kerusi Parlimen sahaja (112 kerusi - 82 kerusi yang PR menang dalam PRU dan 2 kerusi dalam PRK) dalam PRU kali ini. Dengan andaian semua kerusi yang dimenangi pada PRU dan PRK kekal di tangan Pakatan Rakyat. Pedulikanlah wakil rakyat PR yang jadi katak kerana rakyat pada 2008 mengundi parti, bukannya calon.
 
Dalam PRU kali ini, jelas bahawa ia adalah ibu segala pilihanraya. 28 kerusi Parlimen adalah bukan perkara yang susah untuk kita dapat. Banyak kerusi Parlimen dalam PRU 2008, BN menang dengan majoriti bawah 1000. Contohnya di parlimen Arau, Tok Guru Harun  Din hanya kalah dengan 300 undi sahaja. Begitu juga di Parlimen Sarikei, Calon DAP, Dr. Wong Hua Seh kalah dengan 51 undi sahaja. Begitu juga di Parlimen Sandakan, calon DAP iaitu Chong Chu Lin@Shanty hanya kalah dengan 176 undi sahaja.


 Dan perlu diingat penyeberangan dua  ahli Parlimen BN Sabah ke Pakatan, sudah tentu memberikan kerusi itu kepada PR. Datuk Lajim Ukin di Parlimen Beaufort yang menang dengan majoriti undi dan Datuk Wilfred Bumburing di Parlimen Tuaran dengan majoriti 6,622 undi pada 2008 lalu, sudah pasti akan mengekalkan kerusinya nanti kali ini.


Begitu juga taktik perang tinggalkan kubu dan serang musuh juga diamalkan oleh PR kali ini. Lim Kit Siang meninggalkan kubu selamatnya di Ipoh Timur dan menyerang di Kubu BN di Gelang Patah. Begitu juga Salahuddin Ayub yang tinggalkan kubunya di Kubang Kerian dan menyerang kubu BN di Pulai. Juga Husam Musa menyerang Putrajaya dan Teo Nie Ching dari Serdang ke Parlimen Kulai. Begitu juga kerusi-kerusi lain. Semua kerusi yang ditinggalkan ini insyaALLAH semua selamat walaupun diletakkan calon muda dan jelas mereka telah menghimpit BN di kerusi lain pula. Ini yang menyebabkan BN risau dan akan kalah kali ini.

Jadi memang benarlah risikan dan juga culaan akademik bahawa Najib akan kalah. Itu belum lagi dengan krisis dalaman BN di kerusi-kerusi Parlimen antaranya Datuk Kamilian Ibrahim yang bertanding bebas di Kuala Kangsar, Datuk Shariff Omar di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda UMNO sepang di Parlimen Sepang serta tempat-tempat lain. Ini semua menyumbang kepada kejayaan PR menguasai Putrajaya nanti.

Jadi risikan Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) bahawa PR mampu memenangi 117 kerusi parlimen (BN hanya 105 kerusi) sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas PRU 12 nanti adalah dijangka tepat dan berlaku esok.  

Kerana PR hanya perlukan 112 kerusi sahaja. Ini kalilah. Kita tengok TV3 denga muram dan sugul berkata...' BN akan bekerja kuat untuk memastikan kita (BN) menawan Malaysia kembali pada PRU 14 nanti -Najib Razak, Ketua Pembangkang Malaysia'...

1 comments:

مهمد شفاريز said...

Hey,

I just signed the petition "United Nation: Voting Fraud in the Malaysian GE13 calls for world invigilation." and wanted to see if you could help by adding your name.

Our goal is to reach 200,000 signatures and we need more support. You can read more and sign the petition here:

http://www.change.org/petitions/united-nation-voting-fraud-in-the-malaysian-ge13-calls-for-world-invigilation?share_id=oiQRCgoCJC

Post a Comment

Popular Posts