Friday 3 May 2013

Rating Najib Jatuh, Pakatan Dijangka Kuasai Putrajaya 5 Mei Ini..



Gempar lagi. Ini semua gara-gara kajian akademik yang menunjukkan bahawa Najib akan kalah pada PRU kali ini. Kajian daripada Merdeka Center, mendapati rating Pengerusi BN, Najib Razak menjunam lagi tiga peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

Rating Najib telah jatuh iaitu daripada 64 peratus kepada hanya 61 peratus, kurang 11 peratus (iaitu 72 peratus) ketika BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen dan hilang lima negeri serta majoriti dua pertiga di parlimen pada 2008.

Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan. 

Menurut keputusan kajiselidik itu yang dikeluarkan hari ini, 42 peratus bersetuju dengan pilihan "Pakatan Rakyat patut diberi peluang mentadbir negara" berbanding dengan 41 peratus yang berpendapat "Hanya BN boleh memerintah negara".

Bagaimanapun, 4 peratus enggan memberi respon manakala 13 peratus menjawab mereka "tidak tahu".

 Kajian itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului BN dengan jumlah kerusi 89 berbalas 85 dengan 46 kerusi lain masih belum dipastikan kerana margin perbezaaan terlalu rendah, iaitu kurang dari 3 peratus.

Di Semenanjung, Pakatan Rakyat jauh mendahului BN dengan 81 kerusi berbanding BN cuma 50 tetapi diselamatkan dengan kerusi dari Sabah dan Sarawak. Sabah dijangka menyumbang 16 kerusi buat BN manakala Pakatan Rakyat cuma menang dua kerusi, meninggalkan ENAM lagi kerusi menjadi rebutan.

Di Sarawak, keadaannya lebih kurang serupa iaitu BN dijangka menguasai 19 kerusi parlimen berbanding lima untuk Pakatan manakala ENAM kerusi juga masih belum dapat ditentukan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts