Tuesday 30 April 2013

Report Polis Telah Dibuat Ke atas SPR



Report polis sudah dibuat. Ayuh SPR, anda perlu neutral dan jadi orang tengah dalam selesaikan isu ini. Laporan polis telah dibuat oleh seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing, Kulai hari ini. Laporan bertarikh 30 April 2013 jam 3.45 petang itu menyatakan bahawa dakwat “kekal” SPR hilang dalam masa beberapa jam sahaja. Pengadu yang juga pengundi awal telah membuang undi awal pagi ini dan terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi. Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.



Nah SPR. Ini bukti jelas bahawa anda sedang menipu. Report polis bukannya perkara main-main. Memang ia telah berlaku dan perkara ini hendaklah disiasat. Pihak PR perlu jadikan wanita ini saksi utama untuk heret SPR ke muka pengadilan. Jangan biarkan mereka bebas menipu rakyat Malaysia. Dulu kata seminggu tahan kekal dakwat itu. Tapi sekarang? Tak sampai beberapa jam sahaja dakwat sudah hilang.

Mereka sebenarnya sedang menipu. Sebab itulah beria-ria nak tukar tarikh pengundian awal yang asalnya akan diadakan tiga hari sebelum tarikh mengundi, tetapi telah mengadakan pengundian awal lima hari sebelum tarikh mengundi. Mereka ada agenda untuk menangkan BN. Sebab itulah kita patut menyatakan bantahan ramai-ramai kepada SPR. Biar terduduk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR. Biar mereka tahu apa itu kuasa rkayat..ini kalilah..



<

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts