Penamaan calon sudah tamat. Semua calon sudah muktamad. Ianya menjadi satu sejarah buat Malaysia kerana dalam PRU kali ini, calon Bebas ramai yang bertanding dan memecahkan rekod sejak PRU kali pertama pada tahun 1957. Dilaporkan bahawa 190 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 78 kerusi Parlimen ditandingi oleh calon Bebas. Daripada senarai itu, 2/3 adalah ahli BN yang memberontak dan menjadi calon Bebas kali ini. Antara susunan calon-calon BN giant killer yang memberontak kali ini ialah :
1. Datuk Kamilia Ibrahim - orang no 2 dalam wanita yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, melawan Wan Mohammad Khairil Anuar dari BN dan Drs Khalil Idham Lim dari PAS
2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar akan bertanding di Kerusi Parlimen Tasek Gelugor melawan Shahbuddin Yahya dari BN dan Datuk Abdul Rahman Maidin dari PAS. Beliau juga akan bertanding di Dun Sungai Dua menentang Muhammad Yusoff Mohd Noor dari BN dan Zahadi Mohamad dari PAS.
3. Pengarah Pilihanraya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohammed (Zin badak) akan ditentang oleh dua orang ahli UMNo yang mengisytiharkan mereka calon bebas. Dua orang calon bebas itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Shuhaimi Ghazali dan AJK UMNO Bahagian Sepang, Hanapiah Mohammad. Pertembungan Zin Badak dengan AJK nya sendiri sudah pasti akan memberikan laluan mudah buat calon PAS, Peguam Hanipa Maidin.
4. Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah BN, Fadzil Hanafi bertanding calon bebas di Dun Alor Mengkudu dan akan mentang Sharifah Maznah Syed Kasssim dan calon PAS, Ahmad Yahya.
5. Datuk KK Chin, AJK MCA Bahagian Pandan akan bertanding di Dun Teratai. Beliau dijangka akan memecahkan undi BN di Dun Teratai. KK Chin akan menentang calon BN, Liew Pok Boon dan juga calon DAP, Tiew Way Keng serta 2 orang calon bebas
6. Di Parlimen Pandan, Setiausaha MCA Pandan, Tan Yew Leng akan bertanding sebagai calon Bebas dan merupakan proksi kepada Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA. Beliau akan menentang calon BN, Garry Lim Chin dan juga Rafiz Ramli dari PKR. Undi BN dijangka berpecah kepada dua dan kemenangan mudah buat PKR di kerusi panas itu.
7. Ahli MCA, Yoong Tham Fook bertanding atas tiket bebas di Dun Kuala Kubu Baru menentang calon BN, Ooi Hui Wen dan calon DAP, Lee Kee Hiong serta seorang lagi calon bebas, Nadarajah a/l Supramaniam.
8. Ahli UMNO, Rusli Baba bertanding di Lembah Pantai melawan Raja Nong Cik dan Nurul Izzah Anwar. Rusli adalah anaka tempatan yang lahir di Lembag Pantai.
9. Penyanyi Herman Tino, seorang ahli UMNO bertanding bebas melawan Noh Omar di Parlimen Tanjong Karang. Pertandingan 3 penjuru dengan calon PAS, Mohd Rashid Deraman
10. Di Parlimen Bandar Tun Razak, wujud 4 penjuru melawan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dua oranAJK UMNO Bahagian Bandar Tun Razak menjadi calon Bebas melawan calon MCA dari BN, Tan Kok Eng. Dua orang ini ialah Ketua Penerangan UMNO cawangan Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi, Mokhtar Salahudin dan Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat.
11. Di Dun Kota Damanasara, seorang ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah bertanding sebagai calon bebas menentang 4 calon lain di sini termasuk calon BN, Halimaton Saadiah Bohan
12. Dun Batang Kali, Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib menjadi calon bebas kerana bekas Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim yang terkenal dengan gurauan lucah di DUn, tidak dicalonkan dan digantikan dengan calon BN, Mat Nadzari Ahmad Dahlan. Pertandingan 3 penjuru di sana.
13. Di Dun Pemaisuri, bekas Ahli Parlimen Setiu dari UMNO, Mohd Yusop Majid telah bertanding sebagai calon bebas dan akan menentang 3 penjuru dengan calon BN dan PAS.
Nah BN. Ini antara giant killer calon Bebas yang bakal memecahkan undi BN dan memberikan laluan mudah buat Pakatan Rakyat. Banyak lagi calon Bebas yang bertebaran di seluruh negara menentang parti mereka sendiri. Antaranya ialah
14. Ahli UMNO, Sobri Ahmad – di DUN Sungai Limau.
15. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun bertanding di DUN Bukit Naning,
16. Manakala Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari di Parlimen Pengerang.
17. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu bertanding sebagai calon bebas DUN Gambir
18. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir
19. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek
20. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil
21. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat
22. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti.
23. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu
24. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai Sibugah
25. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah
Walaupun ada juga ahli PR yang jadi calon Bebas, mereka tak seramai BN (ramai lagi yang ahli BN menjadi calon bebas dan sedang dikesan). Dan tak pernah berlaku dalam sejarah, ramai calon bebas dari BN yang muncul di terengganu, termasuk di kawasan Mat Said, Kemaman. Petanda jelas bahawa kapal BN akan karam tak lama lagi
Semua mereka ini akan dipecat daripada BN. Jenuh nampaknya Najib nak sign surat pemecatan. Najib akan berikan surat pemecatan esok. Baguslah. Makin jahanam BN nampaknya. Makin kuat dan bersemangat lagi mereka untuk memberontak. Ini kalilah, Najib
*** maharaja lawak betul..lawak..anjing pun dah benci kat BN...
0 comments:
Post a Comment