Monday 29 April 2013

Semua Pihak Yakin Bahawa BN Akan Kalah Dalam Pru Kali Ini...


Semua berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU kali ini. Anwar bakal menjadi Perdana Menteri ke-7 dan Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya selepas 5 Mei ini. Ini bukannya angan-angan kosong, tapi diakui sendiri oleh

1. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yakin PR akan memerintah negara dan telah bersetuju untuk dilantik sebagai salah seorang penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR). Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein diangkat sebagai pengerusi majlis tersebut.




2.  Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya kerana  situasi bayangan membimbangkan BN bakal kalah. Sebelum ini dilaporkan bahawa pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff telah melahirkan keyakinan yang sama bahawa BN akan tumbang kali ini.


3. Pasaran saham dan matawang terus berada dalam keadan stabil dan bukannya merudum sepertimana dakwaaan BN. Kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah, matawang ringgit dan pasaran saham akan jatuh. Situasi dua hari ini.  Matawang terus mengukuh dalam nilai 1 usd bersamaan 3.03 duit kita. Dan mengejutkan apabila Sejak 5 september 2011, duit kita melonjak dengan tinggi pada 21 haribulan April tahun ini, iaitu sehari selepas penamaan calon (20.4.2013). Sebelum ini berlegar dalam 1 usd bersamaan 3 ringgit (maknanya kalau kalau beli coca cola di US, kena bayar rm 3.00). Tetapi sehari selepas penamaan calon, duit kita melonjak menjadi 1 usd bersamaan 2.98 ringgit ( kalau beli coca cola di US, kena bayar rm 2.98). Jadi siapa kata duit kita jatuh? Petanda jelas bahawa pelabur asing dan pemain matawang yakin kepada ringgit kerana yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menguasai putrajaya dalam PRU kali ini. 


Semua orang yakin bahawa PR akan menang kali ini. Yang tak yakin hanya tv3 dan utusan sahaja. InsyaALLAH ini kalilah kita ubah negara ini....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts