Monday 29 April 2013

UMNO Buat Tayangan Perdana Video Lucah


Dah hilang akal rupanya UMNO ini. Dia main taktik kotor tanpa kenal dosa dan haram. Mereka hanya pentingkan undi, kerosakan akhlak umat melayu, langsung diketepikan hingga mereka sanggup tayangkan video lucah secara terbuka. Sebelum ini mereka bagi percuma vcd lucah untuk galakkan rakyat menonton video haram itu.

Ini video di ceramah UMNO di negeri sebelah pantai timur. Sama ada Kelantan atau Terengganu di sebelah Setiu dan Besut. Mereka ini tak bersalah ke tayangkan video lucah. Apakah ini jihad alaf baru mereka? Jangan biarkan UMNo jadikan budaya tonton video seks ini sebagai budaya kita.

Tak rasa bersalah ke biarkan orang awam tengok video ini. Kita sebagai penceramah atau pemimpin, mesti tunjuk teladan yang baik. Kalau pemimpin suka tengok video lucah. Mestilah penyokong pun akan tengok sama. Inilah tanda-tanda akhir zaman.

Kalau UMNO bijak dan nak buktikan pemimpin PAS berzina dan tak boleh pakai. Seretlah Mustapha Ali ke mahkamah syariah. Ada peruntukkan undang-undang di sana. Dakwa beliau. Rasanya tak berani mereka sebab video bukannya bukti keterangan yang kuat di mahkamah. Sedangkan bukti Syafool dulu pun tak boleh mereka penjarakan Anwar. Apalah setakat video yang boleh diedit macam-macam.



Rentikanlah kerja gila ini wahai UMNO. Mesti laki bini UMNO akan bergasak lepas tengok video itu (ada jeritan wanita UMNO di bahagian akhir youtube).  Si muda remaja yang tiada pasangan..berzinalah jawabnya selepas nafsu mereka naik selepas video itu ditayangkan. Yang salah siapa...UMNO bodoh. Sanggup galakkan orang berbuat dosa besar semata-mata nak dapat undi. Kita doakan diorang insaf dan jangan disambar petir....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts