Sunday 14 April 2013

Tan Sri Muhammad Mohd Taib Serah Borang Masuk PAS - Khabar Tak Rasmi

'

Maklumat yang tersebar ketika ini menyatakan bahawa Tan Sri Muhammad Mohd Taib, telah menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS. Menurut sumber tak rasmi, Tan Sri Muhammad Mohd Taib telah berada di kediaman Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dr Haron Din di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi jam 1 tengahari tadi. 

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan Muhammad tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Tan Sri Muhammad Mohd Taib merupakan Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar. Beliau dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Beliau juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah selama setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah dilantik sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana tempoh penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Datuk Shafie Apdal.

Nyata kemasukan Tan Sri Muhammad Mohd Taib bakal memberi dimensi baru buat PAS, terutamanya dalam mengharungi PRU kali ini. Jelas kehadiran bekas orang  no 1 UMNO Selangor ini, akan menyedarkan ahli-ahli UMNO akan perjuangan songsang parti mereka. Syabas dan ahlan wassalam buat Tan Sri..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts