Sunday 14 April 2013

Jika BN Kalah, Najib Tetap Boleh Jadi PM Jika....


Semua orang risau apabila BN kalah nanti, akan berlaku huru hara yang dahsyat dengan melibatkan keselamatan awam dan juga pihak pemerintah.

Bayangkan kalau BN yang memerintah sejak 1957 lagi, iaitu selama 56 tahun kalah dalam PRU kali ini. Sudah tentu mereka akan buat kacau bilau dan letak undang-undang di kepala lutut mereka. Yang Dipertuan Agong akan diugut untuk melantik mereka sebagai Perdana Menteri walaupun mereka kalah dalam Pilihanraya umum nanti. Polis dan askar akan memainkan peranan songsang mereka dengan membuat kacau bilau kononnya demi keselamatan negara, walhal mereka hanya menjaga 'keselamatan' UMNO sahaja. Sebab itulah Pakar Perlembagaan kita, Dr Aziz Bari telah mencadangkan bahawa jika PR menang PRU kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan lain perlu mengadakan sidang media segera. Mereka perlu memaklumkan kepada   Yang Di Pertuan Agong bahawa PR memenangi PRU dengan majoriti dan BN telah kalah. Ini bagi membolehkan YDPA akan menitahkan Anwar segera ke istana bagi  proses pelantikan  perdana menteri baru.

Sebenarnya ini mengikut perlembagaan sendiri, yang termaktub dalam Perkara 40 (2) kurungan (a) yang menyatakan bahawa :

 Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
    (a) melantik seorang Perdana Menteri;


Maknanya hanya YDPA sahaja yang boleh melantik PM menurut budi bicaranya. Dan kriteria PM ini telah juga disebut dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan

Perkara 43. Jemaah Menteri.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
     

      (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; 

Maknanya PM hanya dilantik oleh YDPA apabila YDPA 'pada hematnya' mendapat 2/3 majoriti di Dean Rakyat iaitu di Parlimen. 'Pada hematnya' inilah yang disebut oleh Profesor Aziz Bari sebagai sidang media jika PR menang PRU kali ini. Untuk membolehkan YDPA tahu akan kemenangan PR secara rasmi. Walaupun mungkin YDPA tahu melalui media massa secara tak rasmi, tapi keputusan secara rasmi perlu diberitahu terus kepada YDPA. Ini bukan perkara main-main. Ini bagi mengelakkan pihak BN menceroboh ke Istana Negara walaupun tengah-tengah malam untuk memaksa YDPA terus lantik mereka sebagai PM. Maknanya jika ini berlaku, BN akan terus berkuasa walaupun mereka kalah dalam pilihanraya umum. Dan jika ingin ditukar PM, perlu ada sidang dewan rakyat kembali. Dan ia mungkin mengambil masa sehingga 30 hari. tempoh 30 hari ini, macam-macam boleh berlaku. Buatnya Najib beli pemimpin PR atau sorok mereka supaya tidak hadiri sidang Dewan rakyat. Mereka akan terus berkuasa walaupun rakyat tolak mereka dalam PRU.

Dan kes ini sebenarnya pernah berlaku di peringkat negeri Sabah pada tahun 1985. Dalam pilihanraya umum 1985, Parti komponen BN, Berjaya yang dipimpin oleh Datuk Harris Salleh telah kalah dalam pilihanraya umum kepada parti serpihan BERJAYA, iaitu Parti Bersatu Sabah (United Sabah Party); atau PBS yang dipimpim oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan. PBS telah berjaya menewaskan BN melalui Parti Berjaya yang hanya menang 6 dari 48 kerusi DUN Sabah. 3 ahli yang menang pula melompat menyertai PBS menjadikan PBS menguasai DUN Sabah dengan jumlah 45 kerusi. Malangnya pada malam selepas keputusan pilihanraya itu, berlakunya perebutan kuasa daripada BN apabila sekumpulan ahli politik Berjaya dan USNO mendesak TYT Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Adnan Robert, melantik Tun Mustapha sebagai Ketua Menteri. Tun Mustapha ketika itu adalah presiden USNO yang juga merupakan bekas Ketua Menteri ketiga Sabah dari tahun 1967 hingga 1975.

Tun Yang Di pertua Sabah telah menandatangi surat perlantikkan itu dan Tun Mustapha (gambar) dari BN melalui USNO telah dilantik sebagai Ketua Menteri walaupun parti mereka kalah terus kepada PBS. Dan ini menimbulkan kekecohan sebelum kes itu dibawa ke mahkamah Tinggi Borneo, Sabah. Kes berpanjangan hingga setahun. Dalam tempoh setahun itu, kerajaaan PBS amatlah tidak stabil dan mereka telah digangu gugat oleh BN hinggakan BN berjaya membeli Lima ADUN PBS. (Mereka adalah  Francis Liong, Thomas Anggang, Ignatius Malanjum, Wences Lajingah Anggang dan Berbard Chu). Ini menyebabkan kerajaan PBS tidak stabil dan tak sampai setahun, mereka telah bubarkan DUN Sabah. Sebelum Pihak Polis mengisytiharkan Perintah Berkurung akibat insiden "Perarakan Hitam yang menyebabkan politik Sabah berkecamuk ketika itu.

Dan peristiwa inilah yang menjadi asas kepada saranan Profesor Dr Aziz Bari agar sidang media rasmi dibuat jika PR menang dalam pilihanray umum kali ini. Ini bagi mengelakkan BN membuat huru-hara dan tidak boleh menerima hakikat kekalahan mereka. Jika video fitnah pun mereka boleh cipta, apatah lagi kekecohan melibatkan pihak istana. Dan perlu diingat bahawa Sultan mempunyai kuasa besar dalam perlantikan PM atau Menteri Besar. Tentu sudah kita ingat bagaimana Idris Jusoh dan Shahidan Kassim dimalukan pihak istana dalam pemilihan MB Terengganu dan Perlis dalam PRU lalu. Kita tak mahu peristiwa berulang kepada PR. Jadi bersiap siagalah dengan apa yang akan berlaku nanti....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts