Tuesday 7 May 2013

Apa Lagi Cina Mahu?? - Utusan


Dalam ‘bullet point’, akhbar tersebut turut menyalahkan DAP kerana politik perkauman dan mengatakan parti sekular itu mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri agar mereka dapat kuasa politik yang tidak kesampaian. - GAmbar screenshot mukahadapan Utusan (7 Mei 2013) 
KUALA LUMPUR, 7 Mei – Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Penganalisis telah mengatakan trend dalam pengundian menunjukkan keputusan Pilihan Raya 2013 tidaklah semudah “tsunami Cina” seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi ianya lebih kepada pertentangan bandar dan luar bandar bagi Malaysia.

Akan tetapi Utusan Malaysia, akhbar yang mewakili golongan kanan Melayu sebahagian besarnya bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mengeluarkan beberapa artikel menyalahkan Cina kerana memecah belahkan Malaysia.

Gambar ini dipercayai diambil di Internet dan turut digunakan oleh penulis blog berhaluan kanan yang bersekongkol dengan Dr Mahathir.

Artikel lain yang diketengahkan adalah petikan kata-kata bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengatakan “Mereka (Cina) sangat rasis.”

Dalam ‘bullet point’, akhbar tersebut turut menyalahkan DAP kerana politik perkauman dan mengatakan parti sekular itu mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri agar mereka dapat kuasa politik yang tidak kesampaian.

Laporan muka hadapan Utusan Malaysia juga mencadangkan Najib akan berhadapan dengan kesukaran untuk menghadapi kumpulan berhaluan kanan dalam Umno yang memberikan sokongan kuat kepadanya dalam pilihan raya.

Analisis menunjukkan bagaimana trend pengundian menunjukkan sebuah negara dengan bahagian-bahagian bandar dan luar bandar dan kelas yang akan membuat apa-apa perdamaian dan pembaharuan diperlukan lebih sukar untuk dilaksanakan.

Keperluan untuk terus merombak dasar Bumiputera dan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) - langkah-langkah yang perlu untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan keluar daripada perangkap pendapatan sederhana - menjadi lebih sukar pertentangan diantara dua Malaysia telah mincul.

Semalam, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.

Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?” semalam.

Najib mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.

Tindakan Utusan Malaysia memainkan isu perkauman seperti ini membuktikan akhbar itu semakin terasing daripada majoriti Melayu bandar dan sederhana.

Dalam bacaan awal mengenai trend pengundian, penganalisis menyatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat (PR), tsunami politik juga telah melanda “sebahagian besar daripada Melayu”, ramai di antara mereka adalah pengundi kelas menengah dan kelas atas.

“Mereka mendapat sokongan kelas menengah, terutamanya di kawasan bandar,” kata penganalisis politik Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada PR.

“Jadi, majoriti DAP meningkat kerana rasa tidak puas hati pengundi muda Melayu.. kesimpulannya, untuk melabel polarisasi kaum adalah terlalu mudah. Dua lagi faktor beroperasi secara serentak dengan kaum: kelas (kaya-miskin, kelas menengah) dan spatial (bandar dan luar bandar),” tambah pengasas dan pengarah Institut Kajian Etnik (KITA).

Walaupun Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, gabungan tersebut kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.

BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts