Monday 22 April 2013

Isu Logo : SPR Bahalol Atau SPR Cuba Ingin Menipu...


Dalam Undang-undang melibatkan perjalanan pilihanraya, hanya satu peraturan digunapakai iaitu Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya), 1981. Ini adalah melibatkan proses penamaan calon dan juga pengundian. Dan dalam isu hangat yang dibincangkan ketika ini adalah jika calon itu menarik diri daripada bertanding, maka adakah nama dan logo parti tetap ada dalam kertas undi?

Dan inilah yang cuba dikelirukan oleh SPR ketika ini setelah mendapat berita kesepakatan PKR dan PAS menyelesaikan 7 kerusi yang bertindih antara mereka. Ini kenyataan SPR 


Maknanya kenyatan Timbalan SPR ini adalah walaupun calon PAS dan PKR tarik diri, maka nama dan logo mereka tetap ada dalam kertas undi. Ini akan menyebabkan pengundi pakatan rakyat akan menjadi keliru dan mungkin undi rosak jika mereka memangkah kedua-duanya iaitu undi PAS dan PKR, walaupun hanya 1 calon Pakatan yang dipilih untuk bertanding??

Rasanya Timbalan Pengerusi SPR ini silap dan mungkin ada agenda di sebaliknya. Kalau kita baca peraturan ikut harafiah atau secara huruf, jelas yang nama calon tarik diri itu akan digugurkan daripada kertas undi. Ini boleh dilihat dalam peruntukkan Peraturan 9 (b) Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981 (boleh link di sini)


Jelas siapa menipu di sini? Hanya perlu beri notis dan kertas undi tidak akan dicetak. Ini yang termaktub dalam peraturan ini. Jadi apa halnya masih kena cetak lagi. Lagipun deposit tu sudah hangus. Jadi mestilah kena ikut orang yang tarik dirinya itu. Sebab mereka dah bayar. Macam jual beli rumah. Deposit akan burn kalau tak dapat bayar full. Tapi rumah dapat ke? Sudah tentu tak dapat. Macam isu calon juga. Deposit dah burn, tapi takkan masuk bertanding lagi dan ada orang pangkah walaupun dah tarik diri. Tak ke bahalol namanya...

Ini semua perancangan untuk jatuhkan Pakatan Rakyat. PR mesti bertegas dalam soal ini. Mungkin mereka akan memberita bahawa ikut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, sama ada nak cetak atau tak. Tapi ikut peruntukkan itu, perkataan 'hendaklah' adalah mesti dilakukan dengan syarat, calon yang menarik diri itu perlu memberitahu kepada SPR melalui notis dalam masa sebelum 3 hari tempoh penarikan diri tamat. Dulu masa PRK Hulu Selangor, penamaan 4 orang dan dua calon bebas tarik diri. Dan keputusannya adalah hanya 2 sahaja yang dikeluarkan serta nama mereka dicatat dalam kertas undi. Kenapa sekarang lain pula?? Jadi SPR tak perlu main wayang dalam isu ini...



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts