Monday 22 April 2013

Segala Sudah Selesai..Si Batu Api Mungkin Terkedu Ketika Ini...


Alhamdulillah. Dah selesai segalanya. Inilah yang akan mematikan terus akal UMNO ketika ini. Mereka sudah tentu menggelabah kerana PAS dan PKR sudah ada jalan sepakat. Pas akan bertanding di 3 dun Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera.

Manakala PKR pula akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor.

Manakala kerusi Kota Damansara masih dalam perbincangan. Alhamdulillah. Ini penyelesaian yang terbaik. Buat juak-juak yang bodoh dok hentam pimpinan PAS kononnya angin bermusuh dengan PKR, nah tengoklah kebijaksanaan pemimpin kita. Jangan jadi batu api dan hendak semua orang mendengar idea mereka seorang sahaja.

Di kala UMNO dan BN pula sedang gundah gulana ketika ini. Berpuluh-puluh ahli BN yang menjadi calon bebas masih dengan keputusan mereka dan akan bertanding juga kali ini. Perlu diingat bahawa tempoh penarikan diri hanyalah 3 hari iaitu sehingga esok. Dan PAS serta PKR sudah ada persetujuan. Tahniah dan syukur kita semua.

Penyokong PAS dan PKR sudah pasti akan bersemangat lebih apabila mendengar berita ini. Buat penyokong PAS, ayuh kita bergerak langkah. Jangan dengar cakap-cakap si parasit. Mereka lebih suka kalau pakatan tewas dalam PRU kali ini. Musuh kita hanya UMNO dan BN, bukannya orang sendiri....

* di kala orang dalam PAS asyik hentam sesama sendiri. Datang tokoh luar dari UMNO yang masuk PAS. Mereka masuk bukan kerana jawatan, tapi kerana ingin berbakti kepada agama sebelum mereka meninggalkan dunia ini....


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts