Monday 22 April 2013

7 Kerusi Bertindih Bakal Diselesaikan... Juga Nantikan Khabar Gembira Kemasukan Bekas MB UMNO Ke Dalam PAS Hari Ini..



Harap semuanya selesai hari ini juga (dijangka Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan bermesyuarat hari ini). Kerana ini isu besar. Bukannya isu kecil. Ianya libatkan persepsi rakyat terutama atas pagar terhadap pakatan rakyat. 


 
Tok Guru Haji Hadi menyebut bahawa PAS bertanding di Johor kerana calon yang ditunggu-tunggu tidak tiba dan PAS bertindak masuk mengemukakan calon, kerana bimbang BN menang tanpa bertanding. Nampak sangat calon ni bermasalah dengan boleh rugikan pakatan rakyat. Begitu juga di Dun Paya Rumput, nasib baik sempat serahkan watikah yang dikatakan tertinggal itu.

Ada juga calon yang merupakan pengedar pil kuda, menyebabkan PAS bertanding di situ kerana takutkan pakatan rakyat tewas. Begitu juga di Kota Damansara, Calon PSM di, Nasir dikatakan menjulang karl max, mengangkat idea komunis. Yang boleh mengelirukan pengundi yang 70 peratusnya adalah melayu.


Kalau susah nak bincang juga, elok kembali kepada status quo 2008 dahulu. Iaitu Parlimen Labuan, Dun Bukit Besi, Dun Panti perlu diberikan kepada PAS semula kerana mereka bertanding di kerusi ini dalam PRU 2008 dahulu. Manakala Dun Sungai Aceh, Seberang Takir dan Kota Putera diberikan kepada PKR semula (bacaan lanjut)


Hal ini berdasarkan status quo pada 2008 dahulu...Tapi Kota Damansara, calon PSM perlu ditolak. Kerana fahaman songsang mereka (jentera pun tak sampai 20 orang). Kerusi itu perlu diberikan kepada calon PAS. Ini adalah win-win situation.

* Nantikan khabar gembira di Lembah Klang hari ini apabila bekas Menteri Besar UMNO akan menyerahkan borang secara rasmi menyertai PAS hari ini. Ramai penyokong dan kaum keluarga beliau akan keluar UMNO hari ini. InsyaALLAH akan memulihkan semangat kita selepas ini...InsyaALLAH.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts