Monday, 15 April 2013

Ustaz Azhar Idrus..Tonik Baru PAS dalam PRU 13


Peluang PAS untuk menawan Terengganu adalah 50-50. Ini hakikat yang perlu ditelan oleh ramai pihak terutamanya dari PAS. Rakyat Terengganu terutamanya golongan atas pagar dan condong BN masih melihat PAS gagal dalam soal ekonomi Terengganu terutamanya antara tahun 1999 hingga 2004. Oleh sebab itu, dalam tempoh 5 hari lagi sebelum penamaan calon, PAS Terengganu perlu lakukan sesuatu untuk menarik undi di saat-saat akhir.

Sememangnya manifesto PAS untuk rakyat Terengganu amatlah menarik dan mengagumkan. Dengan tawaran air percuma, Rm 2000 untuk pasangan pengantin baru. Juga  pemberian RM 600 setahun kepada golongan pesara swasta. Ini adalah manifseto terbaik buat kerajaan PAS. Dan mereka mampu melaksanakannya kerana Terengganu adalah negeri kaya. Hasil Royalti dijangkakan mencecah 8 bilion setahun.

Tetapi masalahnya adalah dari sudut branding PAS Terengganu itu sendiri. Sementelahan pula terpalit dengan isu video fitnah seks Datuk Mustapha Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu dan merupakan 'otai' PAS Terengganu itu sendiri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menaikkan imej PAS di mata rakyat atas pagar dan condong BN ini. Mereka perlu ada tonik segar untuk segarkan balik persepsi rakyat pada mereka. Anti pembangunan, ganas dan sukar ditegur..itulah minda orang atas pagar dan condong BN kepada PAS. Sebab itulah agak sukar untuk PAS tawan Terengganu. Mungkin penambahan kerusi DUN sahaja jika tonik baru tidak dicipta.


Dan inilah perlu difikirkan oleh kepimpinan PAS Terengganu di bawah pimpinan Haji Abdul Wahid Endut. Mereka perlu ada branding dan ikon segar yang baru. Yang boleh melenyapkan persepsi negatif kepada PAS. Mungkin PAS Terengganu sudah merasai semua ini. Sebab itulah pengumuman  Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat bahawa akan ada kejutan dalamn pengisytiharan calon PAS negeri pada 18 April ini. Ianya dikatakan bakal memenuhi inspirasi anak muda. Siapakah calon yang paling-paling akan memenuhi inspirasi anak muda terutamanya anak muda Terengganu?

Kedengaran khabar angin bahawa tokoh ulama dan juga ustaz paling berpengaruh di Malaysia, Ustaz Azhar Idrus bakal menjadi calon PAS kali ini. Inilah sebenarnya tonik segar yang perlu ada pada Pas Terengganu. Inilah yang akan menjenamakan semula PAS Terengganu. Perlu diingat bahawa jumlah pengundi muda di negeri itu antara 45 hingga 50 peratus. PAS hanya perlu 40 peratus sahaja. Ditambah dengan pengundi tegar mereka. InsyaALLAH mereka akan dapat tawan Terengganu. Dan perlu diingat bahawa ramai anak muda mengenali Ustaz Azhar Idrus (UAI). Di motor-motor Mat Rempit, sticker UAI ditampalkan di motor mereka. Mereka hadir ke ceramah UAI walaupun mak ayah mereka BN. Ini senario yang berlaku. Dan jika UAI menjadi salah seorang calon PAS, sudah pasti mereka akan mengundi PAS kerana mereka sudah terdidik untuk mendengar cakap UAI. Jika ini berlaku, maka semua orang akan bercerita dan ini akan menarik minat mereka terutama pengundi muda untuk mengundi PAS dalam PRU kali ini.


UAI adalah tak sama dengan ustaz-ustaz lain. Peminat mereka berjumlah jutaan orang (FB UAI sahaja telah mencecah 2 juta lebih fan). UAI merupakan satu-satunya ustaz Terengganu yang ada slot khas di saluran Televisyen (Rancangan Kemah Keming di Astro Oasis). Mereka ada peminat tersendiri. Dan senario hari ini memerlukan UAI untuk menjadi calon PAS. Kerana UAI sudah terkenal di seluruh negara (bayangkan di Kastam LCCT, ceramah UAI dipasang oleh staf kastam di radio pejabat mereka). 


Sementelahan pula UAI telah ditolak oleh UMNO dan BN. Merekalah yang mengugurkan UAI daripada rancangan Astro Oasis dan menggantikan dengan ustaz Pro UMNO. Banyak kuliah UAI telah disekat. Terbaru di Putrajaya. Jadi apalagi yang boleh diharapkan untuk UAI. Perubahan perlu dibuat. Keputusan berani perlu dibuat. Dia perlu masuk ke bidang politik dan jika PR menang di Putrajaya. Dakwah UAI boleh disebarkan dengan meluas lagi terutamanya di Televisyen dan corong-corong radio. Ini adalah realiti dan keyakinan masa hadapan.

 UAI hanya bersiaran seketika sahaja sebelum disabotaj oleh UMNO

Ditambah dengan faktor umur UAI itu sendiri. Umur 40an amatlah sesuai untuk menceburi politik. Lagipun sebelum ini, UAI banyak diimejkan melalui PAS. Banyak program PAS dihadiri oleh beliau. Dan ikut perjalanan beliau, beliau meningkat naik sejak menjadi penceramah tetap di surau-surau PAS setelah dipecat dari Masjid Ladang, masjid yang diambil alih oleh BN. Surau Gelong Bilal di Bukit Depu misalnya, ditambah ruang masjidnya kerana kehadiran orang ramai untuk mendengar ceramah UAI.

Jadi, tak salah kalau UAI bertanding sebagai calon PAS dalam PRU kali ini. Dun Ladang amatlah sesuai kerana itu tempat lahir UAI sendiri. Lagipun PAS hanya menang tipis sebanyak 31 undi sahaja dalam PRU lepas. Dun Bandar juga adalah langkah bijak. Kerana ia merupakan 60 peratus kawasan melayu dan kawasan itu dimenangi oleh BN. Jika menang Dun Bandar, sudah pasti sasaran untuk meraih sekurang-kurang 20 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan di Terengganu pasti akan dicapai. 

Sememangnya kemenangan di tangan ALLAH. Tapi PAS Terengganu perlu berusaha untuk naikkan jenama mereka pada rakyat Terengganu. Pengumuman UAI sebagai calon PAS sudah pasti akan menaikkan saham PAS Terengganu. PAS akan dlihat lebih segar dan berwajah baru. Ditambah dengan keakraban UAI dengan artis-artis terkenal yang bagi kacamata rakyat Terengganu, ianya adalah hebat dan jarang orang perolehinya. 


 UAI dikhabarkan akan berlakon filem tak lama lagi

Apapun jika UAI tidak bertanding sekalipun, ianya juga baik buat UAI. Kerana ia boleh dilihat sebagai Ustaz 'Atas Pagar' (walaupun barangkali orang ramai dah tahu UAI meenyokong PAS). Dua-dua ada kebaikannya. Tapi melihat situasi PAS Terengganu ketika ini. Mereka perlukan tonik segar. UAI mungkin toniknya, tapi mungkin juga ada faktor lain yang boleh menyegarkan PAS Terengganu kembali. UAI adalah pilihan tepat, tapi jika tidak sekalipun. PAS Terengganu mampu mengharungi PRU kali ini. Tapi dengan kedudukan 50-50. Sama macam Real Madrid lawan Barcelona. Tak siapa tahu siapa yang boleh menang kalau mereka ada pertarungan sesama mereka, El Clásico. Samalah juga antara PAS dan BN di Terengganu. Dua-dua ada kelebihannya...


Kehadiran orang ramai ke ceramah UAI di seluruh negara 


Kehadiran UAI di program-program melibatkan PAS


2 comments:

GeloraHatiMuda said...

link tuan sudah dilinkkan di blog saya.. selamat berblog .. dod GeloraHatiMuda http://www.wasukalu.com/

Bukit Gelugor Online said...

UAI memang terbaik...

Saya dh link blog saya ke blog tuan...harap boleh bertukaq tukaq link..hehe.Insyaallah

http://bukitgelugoronline.blogspot.com

Post a Comment

Popular Posts