Mahader Mohamed ketika ini masih di london. Rasanya sedang merajuk kot. Belum ada lagi kenyataan beliau di media berkaitan dengan pengumuman calon-calon BN oleh Najib. Kalau dulu masa Pilihanraya kecil, mesti dia akan komen. Tapi bila dah dekat PRU, meniskus dan merajuk sambil merenung rambut Siti Hasmah.
Semua orang sudah tahu. Semua rakyat Malaysia sudah tahu kenapa Mahader Mohamed merajuk. Ia tak lain tak bukan dengan nasib yang bakal diterima oleh satu-satunya anak beliau dalam politik, si Mukreez Mahader. Si Najib telah buat onar pada Mahader Mohamed dengan meletakkan Mukreez Mahader ke kawasan DUN yang dipegang oleh PAS. Ayer Hitam adalah DUN yang dimenangi oleh PAS pada tahun 2008 dengan majoriti 506 undi. Dan ADUN Ayer Hitam iaitu Ustaz Abd Ghani b Hj Ahmad adalah Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah. Bukan calang-calang orang untuk si Mukreez Mahader lawan kali ini.
Sementelahan pula jika BN Menang (tapi agak mustahil) di Kedah, calon MB masih lagi teka teki. Kerana Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sendiri bertanding di DUN Bakar Bata. Dun yang dimenangi oleh pada tahun 2008 dengan majoriti 358 undi. Persoalannya sekarang? Kenapa Ahmad Bashah diberikan kawasan selamat sedang Mukreez Mahader diberikan kawasan hitam dan sukar dimenangi? Inilah rupanya 'kelicikan' pasangan suami isteri Najib dan Rosmah untuk menjatuhkan Mahader Mohamed.
Bahkan lagi Mahader Mohamed merajuk apabila si Khairy Jamaluddin diberikan tempat dalam PRU kali ini. Kalau Mukreez kalah dan KJ menang, sudah pasti ruang Mukrez untuk jadi Ketua Pemuda UMNO nanti akan terkubur begitu sahaja. Dan karier politik Mukreez, pasti lingkup dan hancur. Bertambah dia rasa merajuk, apabila nama-nama yang beliau suruh Najib reject seperti Awang Adek Hussein, Noh Omar, Azalina Othman, Jamaluddin Jarjis, Bung Mokhtar Radin, Johari Baharum dan Halimah Mohd Sadique. Juga nama-nama lain seperti Hamim Samuri, Ismail Kassim, Lilah Yassin, Mohd Nazri Aziz, Mohd Zin Mohamed, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Tengku Adnan Tengku Mansor, Shahrir Samad, Reezal Merican, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Mohd Isa Samad masih lagi Najib kekalkan. Sedangkan Mahathir sudah listkan sebagai 'drop list candidate' di dalam blog pronya, Rocky Bru. Tapi Najib masih degil dan tetap tak layan saranan Mahader.
Dan yang paling menyakitkan hati Mahader Mohamed lagi, apabila Najib tidak melayan pengumumannya bahawa Ibrahim Ali adalah calon winnable candidate bagi BN di Pasir Mas. Mahader Mohamed sendiri yang mengangkat tangan Ibrahim Ali di Pasir Mas. Dan sekarang, sudahlah Ibrahim Ali dibakul sampahkan, dipilihnya oleh Najib si Zulkifli Nordin untuk bertanding di Parlimen Shah Alam. Sedangkan si Zul adalah Naib Presiden Perkasa. Yang Presidennya pula tidak dipilih.
Ini yang Mahader Mohamed marah sampai sekarang. Najib sudah tidak endahkan cakap beliau. Sedangkan dia dan Muhyiddin yang letak Najib pada kedudukan sekarang.
Si Muhyiddin pun pening kepala memikirkan nasibnya sekarang. Johor yang ditandinginya adalah bukan kawasan selamat. Alangkah malunya Muhyiddin kalau Johor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sudah pasti akan terduduk juga Muhyiddin memikirkan nasibnya nanti.
PRU kali ini bakal mengubah segala-galanya. BN akan runtuh tak lama lagi. Tempoh 56 tahun ada tempoh yang sesuai untuk UMNO tumbang. Dinasihatkan kepada Mahader Mohamed, malam 5 Mei nanti, siapkanlah pasang nurse dan Doktor dirumah anda. Buatnya tiba-tiba di serang heart attack, tak ke kes naya tu...Ini kalilah Mahader
0 comments:
Post a Comment