Thursday, 18 April 2013

Najib Perlu Malu Dengan Kenya


Kenapalah dalam Malaysia, Perdana Menteri takut nak berdebat dengan Ketua Pembangkang. Apa salahnya kalau berdebat. Bukannya boleh sakit jantung pun. Tapi malangnya Malaysia berketuakan pemimpin yang penakut. Yang dungu dan bodoh sombong. Sah dan nyata yang Najib penakut untuk 'berforum' dengan Anwar semalam di forum Manifesto anjuran Bersih.

  
Walapun Anwar hadir semalam. Tapi kelibat si Najib langsung tiada (mungkin sesat kot). Kalau inilah budaya takut berdebat, alamak hancurlah negara kita. Usah nak kata jurucakap di peringkat Asia. Di peringkat dunia pun kalah. Tengok Mahmoud Ahmadinejad, beliau berani berdebat depan-depan dengan Amerika di PBB. Najib? Ini kalilah tukar Najib. Biar dia rasa sikit. Penakut kena duduk bawah, tak layak memimpin Malaysia.

Apapun memang semua orang dah menyampah pada Najib. Takut tak bertempat. Cubalah jadi lelaki sikit. Kalau tak berani, suruh Rosmah berdebat pun takpa. Forum isu laki bini pun takpe. Yang penting bersuara dan rakyat mahu nilai kredibiliti mereka melalui idea percakapan. Ini yang takkan berlaku lagi kat Malaysia selama-lamanya sebab pemimpin BN yang takut. PR tiada masalah

Tengok di US, mereka telah mulakan amalan Debat Presiden sejak tahun 1960 lagi. Debat antara calon Demokrat, Senator John F. Kennedy dengan calon Republikan, Richard Nixon. Amalan ini diteruskan hinggalah hari ini dan sejak tahun 2000 lagi, debat Presiden perlu diadakan sebanyak 3 kali (Mampus Najib kalau debat 3 kali). Bukan setakat calon Presiden, calon Naib Presiden US pun ada debatnya. Memang seronok kalau dia diamalkan di Malaysia. Malangnya kita tiada pemimpin BN yang berjiwa besar. Malulah sikit pada budak-budak sekolah, debat bagi mereka adalah kacang tapi bagiu Najib, ia kononnya bukan budaya kita. Malulah weii

Tengok Kenya, mereka ada juga debat antara Presiden. Negara mereka jauh lebih mundur daripada kita. Tapi otak mereka ke hadapan. Juga negara-negara lain seperti Ecuador, Venezuela, Mexico. Bilalah agaknya Otak Najib nak sama macam pemimpin Kenya kat bawah ni...hmm


1 comments:

penburukonline said...

sudah beres sahabat .. selamat berjuang ..

banyak yang panas di sini

Post a Comment

Popular Posts