Monday 15 April 2013

Muktamad..Apalah Nasib Pemimpin UMNO & BN Esok


Muktamad. Semua calon BN sudah muktamad. Tunggu esok sahaja untuk diumumkan ke peringkat umum. Bagi rakyat, jelas bahawa calon BN ketika ini adalah kucar kacir dan tidak menyakinkan. Mereka masih berebut-rebut kawasan dan tak mustahil, cah keting yang dahsyat akan berlaku. Ini semua petanda kejatuhan BN dalam PRU kali ini dibantu dengan kekuasaaan ALLAH S.W.T

Dikhabarkan bahawa banyak nama-nama pemimpin UMNO dan parti komponen BN tidak disenaraikan sebagai calon kali ini. Antaranya


LIMA nama besar dalam UMNO yang dikenalpasti akan tercicir namanya dalam senarai calon BN kali ini. Apapun kita tunggu esok pengumuman dibuat oleh BN. Nama dah diserahkan , cuma tunggu esok sahaja untuk pengumumannya.
Manakala di peringkat pemimpin BN yang sudah berkerat rotan , berpatah arang dan juga mungkin kerana takut kalah dan tidak mahu dicalonkan dalam PRU kali ini. Kedengaran ada beberapa nama yang disebut oleh media. Antaranya ialah 

1. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil - yang dicalit dengan isu lembu NFC

2. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding.

3. Presiden PPP, M Kayveas yang hanya meletakkan Datuk A. Chandrakumanan bertanding kerusi Parlimen Kepong dan hanya 1 kerusi parlimen sahaja yang diperolehi mereka.

4. Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon

5. Tan Sri Rafidah Aziz yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar;

6. bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajul Rosli Ghazali (DUN Pengkalan Hulu) 

7. Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (Parlimen Miri)

8. Tan Sri Syed Hamid Albar (Parlimen Kota Tinggi).

Dan apa yang pasti, selepas pengumuman calon BN esok, pasti ada peperangan besar yang akan berlaku. Melibatkan : 

1. Parliman Gelang Patah - MCA bahagian Gelang Patah mengisytiharkan berhenti kerja selepas mendapat ura-ura bahawa Pengerusi MCA Gelang Patah Jason Teoh bakal tidak dicalonkan.

2. Parlimen Serdang - apabila seorang pembelot dalaman bakal dicalonkan sebagai calon parlimen Serdang, bukannya calon pilihan MCA Serdang. 

3. Parlimen Kuantan. - apabila dilaporkan bahawa UMNO akan merampas kerusi itu dan mereka akan berikan MCA kerusi panas di Temerloh. 

4. Parlimen Wangsa Maju - hampir pasti hilang dari tangan MCA apabila Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerusi itu adalah kerusi pinjam dari Umno ke MCA.

5. Parlimen Pandan - dilaporkan bahawa Ong Tee Keat akan diketepikan dan MCA diberi pilihan mencalonkan calon pilihan mereka. Wujud pertandingan 3 penjuru. 

Ini kawasan-kawasan yang 'panas' dan dijangka akan wujud perpecahan dalaman yang teruk dalam BN. Ditambah pula dengan percaturan pihak tertentu terutamanya dalam UMNO yang akan mencorakkan calon pilihan mereka untuk menghadapi pemilihan UMNO selepas PRU nanti. 

Ini semuanya tanda-tanda kejatuhan BN dalam PRU kali ini. Kita tunggu pengumuman esok. Tak sabar nak lihat mereka becakaran sesama sendiri demi perut masing-masing...Ini kalilah...Wajib tolak BN


1 comments:

Anonymous said...

Inilah hukum karma atau lebih tetap lagi "qada dan qadar". Segalanya datang dari ALLAH SWT tiada ada satu super power pun yg dpt menghalang kejatuhan pemerintah zalim lg korup. Takbir!!!!!!!!!!!!

Post a Comment

Popular Posts