Inilah hari-hari terakhir BN di Putrajaya. Chua Soi Lek
telah umumkan calon-calon mereka tadi. Nyata dan sah, UMNO telah rampas kerusi
mereka di Kuantan. Tiadanya calon MCA di Kuantan (memudahkan kerja Fauziah
Salleh pertahankan kerusi Kuantan nampaknya). Begitu juga kerusi Gelang Patah,
nampaknya kerusi yang dimenangi mereka pada tahun 2008 dahulu, juga terlepas
kepada UMNO. Ura-ura menyatakan bahawa Ghani Othman akan melawan Lim Kit Siang.
Nampaknya benar dan semakin pasti.
Begitu kerusi Wangsa Maju, mereka telah serahkan kerusi
tersebut kepada UMNO. Begitu teruk MCA dipulas telinga oleh UMNO kali ini.
Mereka langsung diperlekehkan oleh UMNO. Kemenangan awal buat PR. Dengan
perpecahan dalaman dengan kerusi-kerusi MCA yang telah dirampas oleh UMNO ini, jelas bahawa
ia pembuka kemenangan yang mudah buat Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya 3
kerusi Parlimen sudah berada di tangan Pakatan Rakyat.
Nampaknya MCA dan jadi macam SUPP. Langsung tiada peranan
dan sudah tidak relevan. Mereka sudah tak mampu untuk tarik undi kaum cina.
Bayangkan 3 kerusi hilang begitu sahaja. 2008 dahulu, mereka gah dengan
bertanding dalam 40 kerusi Parlimen. Hari ini, mereka hanya diperuntukan hanya
37 kerusi sahaja. Itupun kerusi-kerusi maut yang confirm kalah dalam PRU kali
ini. Terutamanya berdepan dengan calon DAP.
Apa dah jadi wahai MCA. Mereka sudah ditarik macam lembu
NFC. Presiden mereka, Chua Soi Lek sudah
awal-awal telah berundur. Begitu juga dua Naib Presiden mereka, Dr Ng Yen Yen
dan Gan Ping Sieu yang tidak dicalonkan dalam PRU kali ini. Mana maruah
mereka. Mereka bukan parti anak jantan. Presiden
dan Naib Presiden mereka tidak bertanding kerana takut kalah. Itulah
kebimbangan yang ada pada MCA ketika ini. Mereka kalah sebelum bertarung. Sebab
itulah mudah-mudah UMNO buli mereka ketika ini. Walau apapun, tahniah buat
Najib. Anda membantu percepatkan lagi kejatuhan BN sebenarnya…
0 comments:
Post a Comment