Wednesday 1 May 2013

Undi Tentera Berpihak Kepada Pakatan


Kita tinggalkan dulu isu panas berkaitan dengan dakwat kekal yang tak kekal itu. Kerana itu isu libatkan integriti SPR, maka pihak Pakatan perlu desak dengan apa cara sekalipun untuk nyatakan bantahan terhadap ketidakadilan yang dilakukan oleh SPR.

Jika sebelum ini orang ramai fikirkan bahawa undi tentera secara solid akan memangkah BN. Rupanya tidak. Semalam di Kem Sungai besi, banyak rakan-rakan di sana telah memangkah Tan Sri Khalid  Ibrahim bagi Parlimen Bandar Tun Razak. Mereka sebenarnya sudah tidak takut dan mood untuk menukar kerajaan sedang melanda di kem atm. Ditambah pula banyak jeneral dan bekas ketua mereka yang menyertai pakatan rakyat. 

Ada banyak isu yang melibatkan ATM antaranya isu Tamat tempoh Perkhidmatan, kos sara hidup tinggi dan wang simpanan mereka, LTAT yang digunakan untuk dibayar kepada seorang Ketua wanita UMNO dalam urusan transaksi jual beli tanah yang meragukan.


Di parlimen Pekan sendiri, Najib dijangka bungkus kali ini. 

SEMALAM 30 April 2013, seluruh warga tentera telah menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi awal bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin negara ini selepas PRU 13 iaitu pada 05 Mei ini nanti.

Aku tak mahu ulas suasana di tempat lain melainkan apa yang telah berlaku di Kem Batu 10, Kuantan di mana di situ terdapatnya kem tentera darat dan TUDM.  Kem tersebut berada di bawah Parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi oleh Najib Razak pada PRU 12 yang lalu.

Pada hari mengundi semalam, aku sempat bertemu dengan beberapa orang warga tentera dan berbual panjang sebelum mereka masuk untuk mengundi.  Dari perbualan kami, amat jelas komitmen mereka untuk bersama rakyat kali ini untuk mengubah kerajaan dari Bn kepada kerajaan PR.  Terlalu bersemangatnya mereka bahkan merekalah yang paling banyak bercakap tentang isu-isu politik semasa berbanding aku.  Isu LTAT menarik perhatian kami di mana mereka teramat marah apabila wang LTAT kepunyaan mereka diserahkan kepada Ketua Wanita Umno. 

Apabila mereka memasuki Pusat Mengundi, aku berdoa agar Allah buka kan hati-hati mereka untuk bersama PR.  Alhamdulillah, keluar sahaja setiap dari mereka dari tempat membuang undi, mereka tersenyum lebar sambil mengangkat ibu jari.  Rupa-rupanya bukan sedikit yang bersemangat untuk menjatuhkan rejim tetapi mengikut kata rakan saya itu tidak kurang 70 % warga tentera condong kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat melegakan saya. -wfaizuddin

3 comments:

armal said...

InsyaALLAH ini kalilah......

Anonymous said...

ubah2!!!.....lihat saja lah jeneral2 tentera semua masuk pakatan...kepada pemilik blog ini saya ucapkan tahniah...teruskan usaha murni ini...jangan buat fitnah macam umno...kita cakap tentang perkara yang benar nescaya 6 mei kemenangan milik rakyat malaysia bukan NAJIB!!

Anonymous said...

sebenarnya tentera pn dh muak dgn depa ni...

Post a Comment

Popular Posts