Friday 19 April 2013

Hikmah Jika DAP Guna Logo PAS & PKR



Berita harini menyatakan bahawa ROS (Pendaftar Pertubuhan Malaysia) telah mengharamkan parti DAP. Secara automatik mereka tidak boleh menggunakan logo (simbol roket) mereka dalam PRU kali ini. Logo DAP akan digantikan dengan PAS di tempat mereka bertanding di Semenanjung, dan logo PKR di tempat mereka bertanding di Sabah dan Sarawak.

Dan sudah pasti esok pada hari penamaan calon, maka pengumuman akan dibuat bahawa nama calon (dari DAP) akan bertanding mewakili parti PAS atau PKR. Maknanya Lim Kit Siang dari PAS akan melawan Ghani Othman dari BN. Itu semua akan terpapar dalam akhbar esok.

BN sebenarnya merancang untuk mengenakan DAP dan Pakatan Rakyat. Mereka ingin membatalkan terus DAP daripada menyertai PRU kali ini (sebab MCA dah takda ong, tunggu masa kalah teruk). Sebab itulah mereka mengharamkan DAP sehari sebelum penamaan calon. Injunksi pun tak sempat nak dibuat pada hari ini. Kerana esok mahkamah tutup.

Benarlah bahawa وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 
 
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya-surah al-Imran ayat 54

Namun benarlah apa yang ALLAH sebutkan dalam Surah Ali Imran ini. Jelas bahawa perancangan BN dibalas dengan perancangan ALLAH yang maha agung. Walaupun Parti DAP diharamkan, tetapi PR bermuafakat dan takkan kenakan DAP. Kawasan yang dibahagikan sebelum ini terus ditandingi oleh calon dari DAP, tetapi menggunakan logo dan bendera PAS dan PKR. Tiada undang-undang melarang ahli pertubuhan politik yang diharamkan, menjadi calon pilihanraya. Jadi DAP akan bertanding kali ini, tapi atas tiket parti rakan dalam pakatan rakyat. Inilah yang akan menjadi pertarungan sebenar dalam PRU kali ini. 

Ianya akan memberi kelebihan besar buat Pakatan Rakyat kali ini. Antara yang saya boleh senaraikan adalah :
 
1. Logo dan Bendera DAP (simbol roket) sudah dimomokan oleh BN sebagai parti cauvunis Cina, komunis, anti melayu dan raja. Dan ramai makcik pakcik tua dari zaman merdeka percaya cerita karut media UMNO ini. Apabila simbol DAP tiada dalam PRU kali ini, sudah tentu mereka ini akan terkeliru. Dengan semangat ABCD (Asal Bukan Cap Dacing), sudah tentu makc cik dan pak cik ini akan mengundi calon DAP kerana kekeliruan logo. Ini berikan kelebihan buat Pakatan Rakyat terutamanya di calon DAP yang bertanding di kawasan Melayu.

Sebagi contoh di Gelang Patah, sudah tentu orang melayu islam akan yakin untuk menyokong Lim Kit Siang kerana mewakili PAS. Sebab PAS dikenali ramai sebagai memperjuangkan agama dan raja-raja. Secara automatik Lim Kit Siang mendapat kelebihan undi melayu. Undi Cina janganlah kira, sudah pasti Ghani Othman akan gigit jari selepas ini.

2. Kelebihan lebih besar kepada PAS berbanding PKR. Ini kerana terdapat kawasan yang ditandingi PAS melibatkan kaum Cina, yang mungkin atas pagar dan ragu-ragu untuk memilih PAS disebabkan oleh persepsi yang dimainkan oleh Chua Soi Lek dan BN. Jika DAP boleh guna lambang PAS, maknanya ikatan mereka erat. Dan sudah tentu tiada masalah untuk mereka mengundi PAS dalam PRU kali ini. Sebenarnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008 dahulu adalah disebabkan oleh undi kaum Cina di dun Bandar. Mereka melihat PAS ekstrem berbanding calon melayu UMNO yang memakai lambang BN. Ta[i semua dah berubah sekarang jika DAP memakai simbol PAS. Mereka sudah tidak takut dengan momokan Chua Soi Lek. Ini kelebihan buat PAS untuk menarik hati pengundi Cina, dan mungkin India serta bukan islam lain. Ini hikmahnya yang dilihat oleh saya buat pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 ini.

Ini semua yang tak tergambar oleh kita semua.Dengan BN masih porak peranda kerana pemberontakkan sedang berlaku di sana-sini ketika ini dalam soal calon, sudah pasti isu pertukaran simbol adalah perkara kecil buat PR. Ianya membawa kelebihan yang besar berbanding kemudaratan. Ditambah pula kedangkalan Najib mencalonkan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, sudah tentu bukan melayu akan menganggap BN sebagai perkauman dan ekstrem melayu dan perlu ditolak. Imej UMNO pula akan dianggap diktator dalam monopoli BN kerana mereka sedang banyak bolot kerusi serta mengenepikan rakan komponen lain dalam BN.

Ini kalilah wahai Bn...Apa yang penting 5 mei nanti, ABCD.....Asal bukan cap dacing

1 comments:

Unknown said...

Ni kena bagi tahu awal-awal kat orang-orang kampung ,takut rakyat trkejut

Post a Comment

Popular Posts