Perlis bakal menyaksikan pertarungan sengit dalam sejarah PRU kali ini. Negeri terkecil di Malaysia yang hanya memiliki 3 kerusi Parlimen, dan 6 kerusi ADUN. terbaru dikhabarkan bahawa Menteri Besar UMNO, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu tidak akan bertanding pertahankan jawatan beliau dalam PRU kali ini. Pertama dalam sejaraha bahawa MB tidak pertahankan kedudukan beliau. Tempat Dr Isa di DUN Bintong akan didiambil alih oleh muka baru, Rela Ahmad yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar.
Menarik lagi apabila bekas MB Perlis, Shahidan Kassim yang dicalonkan di Parlimen Arau menentang Tok Guru Harun Din. Shahidan menggantikan tempat adiknya, Ismail Kassim yang akan bertanding di DUN Tambun Tulang.
Manakala Parlimen Kangar pula akan menyaksikan pertembungan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dengan Shaharuddin Ismail. Dan ustaz pencacai UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya dicalonkan di DUN Sanglang menentang pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Jelas pertembungan kali ini melibatkan Shahidan Kassim dan pihak istana Perlis. Dikhabarkan bahawa si Shahidan sedang mengatur strategi untuk kukuhkan kedudukannya di Perlis dan bakal melantik adiknya jika BN tawan Perlis nanti. Manakala pihak istana Perlis akan dipinggirkan oleh BN Perlis kali ini (ada laporan menyebut bahawa pihak istana menyokong PR untuk ambil alih Perlis). Sebab itulah adik Sultan Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail yang sebelum ini adalah ADUN Pauh, telah disingkirkan dan tidak dicalonkan dalam PRU kali ini. Tempat beliau diambil alih oleh Azlan Mat.
Nah satu perkhabaran menarik dari utara. Nampak sangat kejatuhan UMNO Perlis semakin hampir. Pihak IStana dibakul sampahkan oleh mereka-mereka bergelar team Shahidan ini. Jika ini yang disaksikan hari ini. tak mustahil Perlis akan ditawan oleh PR dalam PRU kali ini, insyaALLAH
0 comments:
Post a Comment