Tuesday 16 April 2013

Harapan Cerah Buat PAS Terengganu



UMNO Terengganu telah umumkan barisan calon mereka sebentar tadi. Terdapat 8 calon DUN dan seorang penyandang Parlimen telah digugurkan oleh Mat Said. Kebanyakkan mereka-mereka ini adalah geng Idris Jusoh. Antara Adun yang digugurkan ialah (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid,  bekas ADUN Langkap, Ashaari Idris, Datuk Din Adam (DUN Bukit Besi), Khazan Che Mat (DUN Batu Rakit); Ramlan Ali (DUN Jabi); Ariffin Abdullah (DUN Paka), Zawawi Ismail (DUN Kuala Berang) dan Halim Jusoh (DUN Permaisuri). Manakala 1 orang ahli Parlimen digugurkan adalah  Datuk Abdullah Mohd Zain yang merupakan bekas ahli Parlimen Besut.

Jelas bahawa akan ada pertarungan dahsyat antara team Idris Jusoh dan Mat Said. Walaupun Idris Jusoh telah dicampak ke kerusi Parlimen, jelas saki baki pengikutnya di ADUN turut disingkirkan oleh Mat Said. Bahkan ADUN yang lantang dan kritikal dengan Mat Said, Yahya Khatib Ali telah dicampakkan ke Parlimen Marang untuk bertanding dengan Tok Guru Haji Hadi. ini umpama menggali kubur sendiri buat Yahya Khatib. 



Rosol Wahid (ADUN Ajil), Din Adam (Bukit Besi) antara mereka-mereka yang mengepalai pemberontakkan terhadap Mat Said selepas Sultan Mizan tidak melantik Idris Jusoh. Dan mereka-mereka ini telah disingkirkan secara total oleh Mat Said dalam PRU kali ini.

Paling kelakar adalah muka lama yang diambil kembali oleh Mat Said. Antaranya Zakariah bin Ali bagi Dun Sura dan dun Kuala Berang, Tengku Putera Tengku Awang (dia ni bukan kerabat Sultan, tapi orang kg hulu yang sembrono diletakkan oleh bapanya nama tengku di pangkal nama). Paling mengejutkan adalah calon yang confirm kalah, Datuk Che Mat Jusoh yang juga Presiden Bola Sepak Terengganu. Beliau telah diletakkan di Dun Batu Buruk, kerusi yang pernah beliau tewas sebelum ini. ABC, asal bukan che mat pasti diingati oleh rakyat Terengganu hingga sekarang, melibatkan dirinya yang dikatakan punca kejatuhan pasukan bola sepak Terengganu.

Amat malang apabila melihat senarai nama-nama calon BN di Terengganu kali ini. Ini kalilah..PR wajar ambil kesempatan atas kelemahan calon BN dan mungkin, kekecohan serta cah keting yang bakal berlaku tak lama lagi. Sayanora buat BN. Anda memang sudah nazak sekarang...

Senarai Penuh Calon BN Terengganu PRU-13

P33 Besut – Idris Jusoh
- Kuala Besut – A Rahman bin Mokhtar
- Kota Putera – Muhammad Mahdi bin Musa
- Jertih – Mohd Pehimi bin Jusoh
- Hulu Besut – Nawi bin Mohd

P34 Setiu – en Mohd Zulkifli bin Jusoh
- Jabi – Mohd Iskandar bin Jaafar
- Permaisuri – Mohd Jidin bin Shafie
- Langkap – Sabri bin Mohd Nor
- Batu Rakit – Bazlan bin Abdul Rahman

P35 Kuala Nerus – Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri
- Tepuh – Muhammad Ramli bin Hj Noh
- Teluk Pasu – Abdul Rahin bin Mohd Said
- Seb. Takir – Ahmad Razif bin Abdul Rahman
- Bkt Tunggal – Ismail bin Nik

P36 Kuala Trg – Mohd Zubir bin Embong
- Wkf Mempelam – Wan Mahyuddin bin Wan Ngah
- Bandar Toh Chin Yaw
- Ladang –Wan Mohd Farid bin Wan Salleh
-Batu Buruk – Che Mat bin Jusoh

P37 Marang- Yahya bin Khatib Mohamad
- Alor Limbat – Alias bin Abdullah
- Bkt Payung – Zaidi bin Muda
- Ru Rendang- Nik Dir bin Nik Wan Ku
- Peng. Berangan – A Latiff bin Awang

P38 Hulu Trg – Jailani bin Johari
- Telemong- Rozi bin Mamat
- Manir – Yusuf bin Awang Hitam
- Kuala Berang- Tengku Putera bin Tengku Awang
- Ajil – Razali bin Taib

P39 Dungun – Rosli bin Mat Hassan
- Bkt Besi – Rosli bin Daud
- Rantau Abang- Zaaba bin Mohd Adib
- Sura – Zakariah bin Ali
- Paka -Matulidi bin Jusoh

P40 Kemaman – Ahmad Shabery bin Cheek
- Kemasik – Rosli bin Othman
- Kijal – Ahmad bin Said
- Chukai – Wan ahmad Nizam bin Wan Abd Halim
- Air Putih – Wan Abd Hakim bin Wan Mokhtar

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts