Tuesday 16 April 2013

Pakatan Rakyat Menang Mudah Di Selangor



Percalonan BN di Selangor haru biru nampaknya. Pencalonan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, jelas menjadi satu bola tangungan mudah buat Ir Khalid Samad untuk tumpaskan bekas wakil rakyat lompat itu. Begitu juga di Parlimen Gombak. Penyenaraian semula bekas Ahli Parlimen kontroversi dengan kes khalwat, Datuk Raman Ismail jelas satu tindakan yang dangkal di pihak BN. Ini memberikan kemenangan mudah buat Azmin Ali untuk pertahankan Parlimen tersebut. Parlimen Ampang juga, menyaksikan calon kontroversi, Dr Rodziah Taib yang juga dikaitkan dengan kes moral. Sudah pasti Zuraida Kamaruddin dengan mudah pertahankan kerusi Parlimen tersebut. Manakala kedudukan Presiden MIC, G Palanivel masih terumbang ambing. Kerusi Parlimen Hulu selangor yang dijangka ditandinginya, sekali lagi akan diberikan kepada P. Kamalanathan yang akan menentang Khalid Jaafar dari PKR. Sudah pasti akan wujud sabotaj dalaman di peringkat Parlimen ini.

Di peringkat DUN pula, jelas mereka sudah tahu awal bahawa mereka akan kalah. Tiada langsung calon-calon MB yang ditonjolkan dalam PRU kali ini. Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar hanya akan pertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang. Manakala Penyeleras BN Selangor, Mohd Zin Mohammed pula pertahankan kerusi Parlimen Sepang. Ketua pembangkang Selangor pula, Datuk Satim Diman langsung tidak dicalonkan kali ini. Begitu juga Datuk FD Iskandar yang disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor, beliau juga digugurkan daripada senarai calon UMNO. Nama-nama di atas tidak bertanding DUN. Jadi mereka bukanlah calon MB Selangor jika UMNO menang PRU kali ini. Mereka tiada calon MB. Mereka sebenarnya dah tahu bahawa mereka akan kalah. Sungguh malang nasib UMNO kali ini.

Khir Toyo juga digugurkan daripada kerusi DUN Sungai Panjang dan digantikan dengan muka baru, Budiman Mohd. Zohdi. Manakala dua Adun Katak pro BN, Hassan Ali dan Badrul Hisham Abdullah jelas  terus digugurkan daripada senarai UMNO kali ini. Jelas nasib UMNO Selangor sekang ini umpama telur di hujung tanduk. Ditambah dengan penyertaan bekas orang no 1 mereka ke dalam PAS semalam (Mat Taib).  Ayuh pakatan. Dengan senario terbaru ini, tak mustahil pakatan menyapu bersih 22 kerusi Palimen dan 56 kerusi DUN, insyaALLAH


Senarai Penuh Calon BN Selangor

PARLIMEN:
 
1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)
2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA)
3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA)
4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)
5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA)
6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA)
7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA)
8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang
9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu
10. Gombak - Raman Ismail (UMNO)
11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib
12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) - muka baharu
13. Puchong - A. Kohilan Pillay (Gerakan) - muka baharu
14. Subang - A. Prakash Rao (MIC) - muka baharu
15. Shah Alam - Zulkifli Noordin (rakan BN)
16. Kapar - Saktivel Alagappan (MIC)
17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar (MIC)
18. Kuala Langat - Sharuddin Omar (UMNO) - muka baharu
19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) - muka baharu
20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar (UMNO) - penyandang
21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) - penyandang
22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon (UMNO) - Penyandang

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (Gerakan) - muka baharu
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan) - muka baharu
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) - muka baharu
4. Kinrara - Wong Hock Aun (MCA)
5. Gombak Setia - Said Anuar Said Ahmad (UMNO)
6. Kota Anggerik - Mohd. Yusof Din (UMNO) - muka baharu
7. Batu Tiga - Ahmad Nawawi M. Zin
8. Seri Andalas - T. Mohan (MIC)
9. Selat Klang - Faisal Yahya (UMNO) muka baharu
10. Chempaka - Muhammad Faizal Sufar (UMNO) - muka baharu
11. Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) - muka baharu
12. Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA)
13. Sungai Pinang - Lee Siew Chee (MCA) - muka baharu
14. Taman Medan - AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu
15. Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA) - muka baharu
16. Bukit Melawati - Jakiran Jacomah (UMNO) - muka baharu
17. Rawang - Lee Li Yew ( MCA)
18. Batu Caves - Rawisandran Narayanan (MIC)
19. Hulu Kelang - Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO)
20. Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) - muka baharu
21. Lembah Jaya - Baderisham Jolly (UMNO) - muka baharu
22. Kajang - Lee Ban Seng (MCA)
23. Bangi - Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) - muka baharu
24. Balakong - Lai Kwong Choy (MCA) - muka baharu
25. Subang Jaya - Gan Meng Foo (UMNO)
26. Seri Setia - Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) - muka baharu
27. Kampung Tunku - Chong Seng Foo (MCA)
28. Damansara Utama - Lim Choon Kin (MCA)
29. Kota Damansara - Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) - muka baharu
30. Meru - Sukaiman Ahmad (UMNO) - muka baharu
31. Pelabuhan Klang - Nasarruddin M.Zin (UMNO) - muka baharu
32. Kota Alam Shah - Datuk Maglin De Cruz (PPP)
33. Sri Muda - Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) - mula baharu
34. Sijangkang - Zurihan Yusop ( UMNO) - muka baharu
35. Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA)
36. Sungai Panjang - Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) - Muka baharu
37. Sungai Air Tawar - Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) - muka baharu
38. Sabak - Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu
39. Hulu Bernam - Rosni Sohar (UMNO) - muka baharu
40. Kuala Kubu Bharu - Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) - muka baharu
41. Batang Kali - Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu
42. Sungai Burong - Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) - penyandang
43. Permatang - Sulaiman Abdul Razak (UMNO) - penyandang
44. Jeram - Datuk Amirudin Setro (UMNO) - penyandang
45. Kuang - Abdul Shukor Idrus (UMNO) - penyandang
46. Taman Templer - Datuk Subahan Kamal (UMNO) - penyandang
47. Dusun Tua - Ismail Sani (UMNO) - penyandang
48. Semenyih - Johan Abdul Aziz (UMNO) - penyandang
49. Sri Serdang - Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) - muka baharu
50. Paya Jaras - Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang
51. Sementa - Md Ghazali Md Amin (UMNO) - tukar kawasan dari DUN Meru
52. Morib - Hasiman Sidom (UMNO) - penyandang
53. Tanjung Sepat - Nisman Yusof (UMNO) - muka baharu
54. Dengkil - Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) - muka baharu
55. Sungai Pelek - Ng Chok Sin (MCA) - muka baharu
56. Ijok - K.R. Parthiban (MIC)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts