Tuesday, 16 April 2013

Ong Tee Keat Bakal Bertanding Bebas, Kemenangan Pertama Buat PR



 "Tunggu saja hari pencalonan," Kata Ong Tee Keat yang dipetik oleh akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau hari ini.

Memang apa yang kita jangkakan selama ini akan berlaku juga. Ong Tee Keat yang telah disingkirkan oleh Najib dan Chua Soi Lek sebagai calon Parlimen Pandan, akan turun berentap sebagai calon bebas Sabtu ini. Akan wujud pertandingan 3 penjuru di Parlimen Pandan. Kawasan yang hanya beberapa kilometer sahaja dengan bandaraya Kuala Lumpur.

Ong Tee Keat sudah pasti akan jadi calon bebas kali ini. Dia adalah 'winnable candidate' BN sejak 6 penggal lepas di kerusi tersebut. Di kala ramai pemimpin parti komponen BN jatuh pda PRU 2008 dahulu, Ong Tee Keat masih dapat mengekalkan kerusi yang ditandinginya. Itulah kehebatan Ong Tee Keat yang dapat memenangi hati pengundi di kawasan itu.

Najib dalam sidang media semalam memberitahu bahawa mereka yang tidak terpilih, boleh merajuk tetapi merajuk sekejap sahaja (katanya dalam masa 24 jam). Tapi nampaknya Ong Tee Keat akan berterusan merajuk nampaknya. Dia akan tetap datang ke hari penamaan calon pada Sabtu ini, tapi sebagai calon bebas. Ong dikenali dengan sikap 'keras kepala' dalam karier politiknya. Ini diakui oleh Ketua Wanita MCA bahagian Pandan, Cindy Leong Siew Kam, yang mengenali Ong lebih 20 tahun. Menurutnya bahawaa Ong tidak mungkin menamatkan kerjaya politiknya tanpa tentangan, dan tidak terkejut jika Ong bertanding sebagai calon bebas.

Jelas Ong akan bertanding bebas pada PRU akan datang. Calon BN yang baru, Garry Lim sudah pasti akan 'kelabu asap' nanti. Siapa yang untung nanti jika wujud pertandingan 3 penjuru. Tak lain tak bukan adalah calon PR itu sendiri, Rafiz Ramli. Rafizi akan mendapat kemenangan kerana sudah pasti undi BN akan berpecah dua. 


Perlu diingat bahawa 2008 dahulu, BN hanya menang dengan majorit 2,961 sahaja. Dan dalam Parlimen Pandan, ada dua DUNdi sana. Satu adalah Dun Cempaka yang dimenangi oleh calon PAS, Ir Iskandar Samad dengan undi sebanyak 12,528 undi manakala satu lagi adalah Dun Teratai, yang dimenangi oleh Lee Ying Ha dari DAP dengan undi sebanyak 15,563 undi. Menariknya adalah kedua-dua DUN itu dimenangi oleh PR,tetapi Parlimen di tangan BN.

Kalau campur jumlah undi yang dimenangi oleh 2 adun PR itu adalah sebanyak 28,091 undi (15,563 + 12,528). Tapi calon PR ketika itu, Syed Shahir Syed Mohamud dari PKR hanya memperolehi 22,275 sahaja berbanding Ong Tee Keat yang mendapat 25,236 undi. Ini yang peliknya. Mana hilangnya 5'816 undi (28,091 undi-22,275 undi) lagi untuk calon PR di Parlimen Pandan. Maknannya pengaruh Ong Tee Keat amatlah besar ketika itu. Belia berjaya menarik undi pengundi PR pada pru 2008 lalu.


Dan jika ada pertandingan 3 penjuru, jelas bahawa pengundi BN pasti akan berpecah dua. Satu untuk Ong Tee Keat, satu lagi untuk calon BN pilihan Najib. Ini yang seronok sebenarnya. Jika undi mereka berpecah dan pengundi tegar PR masih mengundi PR, Secara sifirnya yang Rafizi Ramli akan menang dan menjadi ahli Parlimen.  

Jadi satu parlimen sudah dalam gengaman PR andaikata Ong Tee Keat bertanding semula di kawasan Pandan sebagi calon bebas. Biarlah mereka sesama sendiri bergaduh. Yang penting bahawa misi untuk menawan putrajaya sudah jelas terhidang di mata kita semua...

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts