Tuesday, 16 April 2013

MCA Sudah Surrender!! Diletaknya Calon 'Budak Hingusan' Di Perak


Apa pasal MCA hari ini. Presiden mereka sudah cabut lari dan takut untuk bertanding dalam PRU kali ini. Diletaknya budak hingusan untuk dibelasah calon PR dalam PRU kali ini. Dalam pengumuman calon BN Perak oleh Zambry Kadir pagi tadi, terselit nama Daniel Wa Wai How yang dikatakan sebagai calon termuda dalam PRU kali ini (bharian). Beliau sekarang berumur 25 tahun dan dipaksa MCA bertanding di DUN Keranji.



Kesian kat budak hingusan ni. Tengok gambar pun dah tahu dia ni budak-budak lagi. Dulu dia calon Aspirasi masa masa Pilihanraya kampus 2010. Kita pun naik malu tengok video youtube kat bawah ni. Nak sebut universiti pun  tersasul sekolah. Gagap dan mungkin tak sesuai untuk jadi ADUN.

Dipaksanya MCA untuk bertanding di DUN Keranji melawan calon DAP, Chen Fook Chye. Kesian. Dalam PRU 2008 dahulu, DAP menang bergaya menewaskan calon BN, Chong Mun Wah dengan majoriti 4,435 undi. Sekarang budak hingusan ini diletakkan di kawasan itu. Makin tinggilah majoritinya yang akan PR dapat nanti. Sebab dia bukannya berkarisma macam Nurul Izzah (Nurul Izzah tewaskan Shahrizat Jalil masa umur 28 tahun).


Memang ini kalilah PRU terakhir buat MCA. Mereka sudah ketandusan calon. Diletaknya calon tong sampah untuk elakkan PR menang percuma. Sedangkan calon yang dipertaruhkan oleh mereka, tunggu masa sahaja untuk di'kunyah' oleh calon PR. Kesian...aduhai Chua Soi Lek...

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts