Saturday 20 April 2013

PAS Lawan PKR : Bukan Satu-Dua Kerusi, Tapi 7 Kerusi


Rasa nak terduduk bila baca perlawanan sesama sendiri antara PAS dan PKR. Bukan nak kutuk, tapi inilah hakikat yang perlu diterima. PAS dan PKR masuk gelanggang PRU 13 dengan tidak bermuafakat dalam beberapa kerusi. DAP takde pun macamni. Mereka berebutkan kerusi sesama mereka. Belum apa2 lagi dah bergaduh sesama sendiri. Nanti bila kempen PRU, mereka nak kata kat sapa? Takkan PKR kata PAS menyeleweng, PAS pula kata PKR menyeleweng dalam ceramah mereka. Sedangkan di tempat lain yang tiada pertandingan 3 penjuru, mereka boleh pula duduk sama-sama. ini hipokrit namanya.

 Inilah bila kepentingan parti diutamakan, dan kemahuan rakyat dipinggirkan, jadilah macamni. Ada 1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi Dun ada pertandingan antara PAS dan PKR. Paling banyak di Terengganu. Apa hal jadi macamni. Esok confirm muka depan Utusan, PAS dan PKR tak sebulu. Ini persepsi yang akan membentuk pengundi kali ini. Bukan setakat satu dua kerusi, tapi banyak.


Ini antara kerusi bertindih..

1. Parlimen Labuan


2. DUN Kota Putera, Parlimen Besut

3. DUN Seberang Takir, Parlimen Kuala Nerus



4. DUN Bukit Besi, Parlimen Kemaman

 
5. DUN Sungai Acheh, Parlimen Nibong Tebal


6. DUN Kota Damansara, Parlimen Subang


7. DUN Panti, Parlimen Tenggara


Hmm...merenung panjang kita nampaknya. Kenapalah ada benda-benda macamni.

Saya cadangkan kalau betullah mereka bermuafakat, pilih satu calon dan tugas berat dan menyusahkan diri untuk terangkan pengundi apa yang mereka perlu putuskan. Kalau calon PKR tarik diri, minta penyokong mereka sokong calon PAS. Begitulah sebaliknya. Apapun Anwar Ibrahim dan Tok Guru Haji Hadi perlu selesaikan perkara ini secepat mungkin....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts