Saturday, 20 April 2013

Pelanduk Dua Serupa Anwar Ditahan Polis?


Diberitakan bahawa dua orang saksi video Seks Anwar telah ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam malam tadi. Mereka ditahan bersama Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek selepas melintasi Imegresin Bukit Kayu Hitam untuk melakukan pendedahan di Permatang pauh. Mereka dikatakan berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.


Apa yang menggemparkan adalah salah seorang saksi itulah ada pelaku video seks itu sendiri, yang dikatakan pelanduk dua rupa dengan Anwar Ibrahim  (seperti dalam gambar di atas). Dia ingin mengaku bahawa dialah yang di dalam video itu. Yang disebarluaskan oleh trio Datuk T melibatkan sekali bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.


Persoalannya adalah kenapa imegresin menangkap mereka? adakah mereka tidak membawa passport atau membawa barang seludup? Atau atas arahan keselamatan  negara?

Bagi saya, ianya tindakan tak bijak membawa saksi penting itu tanpa adanya kawalan undang-undang. Sebab saksi-saksi utama ini akan terdedah dengan ancaman keselamatan. Kalau dalam sesuatu kes sekalipun, saksi utama akan dijaga dan setiap pergerakkan akan dipantau dan dilaporkan dibalai polis berhampiran.

Kenapalah Anwar kalau dah tahu perkara ini, memohon secara bertulis kepada hakim dalam kes saman beliau terhadapa Utusan atas fitnah ini.  Kalau kes lambat lagi, apa masalahnya. Cuma buat akuan sumpah di tempat saksi utama itu tinggal. Juga turut membuat laporan polis di balai polis berhampirannya. 

Selepas itu, barulah dedahkan ianya ke seluruh negara. Tapi mungkin pihak-pihak yang membawa saksi ini tidak tahu prosedurnya. Mereka inginkan pendedahan secara cepat. Dan mungkin takut saksi tersebut enggan kerana mungkin akan dituduh bersubahat.

Apapun jika benarlah saksi itu ditangkap, ianya kena dilepaskan dalam masa 24 jam dari semalam. Waran tangkap tidak boleh diambil kerana majistret sudah ditutup harini. Jika polis berdegil menahan saksi warganegara Thailand itu, jelas bahawa ianya akan melibatkan isu besar lagi. Melibatkan kedua-dua buah negara antara Thailand dan negara kita. Sudah pasti berita ini akan disebarluaskan lagi. Kalau benarlah, mana lagi Najib nak letak muka dengan negara-negara jiran. Mungkin inilah balasan kalau fitnah oran berzina, yang natijahnya mungkin akan but kita menyesal seumur hidup....


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts