Saturday, 20 April 2013

Update PRU : 5 Berita Hot Selepas Penamaan Calon Harini

Ada berita panas ketika ini setelah selesai penamaan calon pada pukul 12 tadi. Antaranya adalah :

1. Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim sah bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

2. Ketua katak, Ibrahim Ali akan bertanding satu sama satu calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. ini kerana calon BN Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

3. Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat tidak bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan sebaliknya, bekas setiausaha peribadinya, Allan Tan Yew Leng bertanding atas tiket Bebas di kawasan itu dengan memakai lambang gajah. Beliau akan ditentang oleh Rafiz Ramli dari PKR dan Gerry Lim dari BN

4. Pertandingan tiga penjuru di Lembah Pantai menyaksikan antara penyandangnya, Nurul Izzah Anwar (PKR), Rosli Baba (Bebas) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN).

5. Penyanyi 80-an, Herman Tino bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tanjung Karang, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts