KUALA LUMPUR - Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bagi
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dibuka pada 9 pagi esok selama
sejam sebelum ditutup pada pukul 10 pagi.
Proses penamaan calon bermula dengan calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU13, 5 Mei ini.
Pegawai pengurus pilihan raya kemudiannya akan menyemak setiap kertas penamaan yang diterima dan akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding sebaik semua urusan semakan selesai.
Untuk PRU13, buat pertama kalinya tidak ada lagi tempoh bantahan selama sejam dan penarikan balik pencalonan, sesuai dengan peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuat kuasa 27 April 2012.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh pengundian, dengan calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen, bermula esok selepas proses penamaan calon.
Pusat-pusat penamaan calon kebanyakannya ditetapkan di Pejabat-Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai dan bangunan sekolah.
Bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan semua calon supaya datang awal ke pusat penamaan calon masing-masing.
Selain memastikan semua borang diisi dengan lengkap, calon juga dinasihatkan meneliti syarat-syarat kelayakan menjadi calon seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 47 dan Perkara 48 (1) Perlembagaan Persekutuan.

* Hari ini bakal permulaan baru Malaysia baru. Saya akan berada Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pagi ini dan bakal mengiringi calon Pandan, Rafizi Ramli serta PAS, Ir. Iskandar Samad. Harapan amat cerah jika pertandingan 3 penjuru di Pandan. Doakan yang terbaik buat kita semua, insyaALLAH
0 comments:
Post a Comment