Saturday 20 April 2013

PAS & PKR Ada Masa 3 Hari Untuk Selesaikan Isu Calon Bertindih



Nasib baik PAS dan PKR ada tempoh 3 hari untuk selesaikan isu lawan sesama sendiri di 7 kerusi dalam pilihanraya kali ini. Buatnya SPR luluskan cadangan mereka yang hanya memberi tempoh 1 jam selepas penamaan calon untuk menarik diri (beritanya), sudah tentu ia bakal memberikan imej negatif kepada PAS dan PKR. Mereka akan bertembung di gelanggang yang sama. 


Tapi ikut akta di SPR, jelas bahawa tempoh 3 hari akan diberikan. PAS dan PKR ada masa sehingga 11 pagi hari Selasa (24.04.2013) untuk memutuskan calon mana yang perlu tarik diri di kerusi pertindihan itu. Kerusi Parlimen Labuan, Dun Sungai Aceh, Panti, Seberang Takir, Bukit Besi, Kota Putera dan Kota Damansara perlu diputuskan hanya satu parti sahaja bertanding.

Sebab itulah akan ada mesyuarat Isnin ini. Tapi bagi saya, mesyuarat perlu disegerakan dan penarikan perlu dibuat secepat mungkin. Kerana ia akan memberi imej negatif kepada PR. Kesianlah pada DAP, mereka yang paling bijak dalam soal pembahagian kerusi, tapi PAS dan PKR pula tak bijak dalam percaturan untuk menumbangkan BN.

Dan setiap tindakan kurang bijak pasti akan kena balasannya.
 

Sudah pasti mereka akan rugi dalam RM 15,000 bagi kerusi Parlimen (RM 10,000 untuk deposit pilihanraya, RM 5,000 untuk deposit bahan kempen) dan RM 8,000 bagi kerusi Dun  (RM 5,000 untuk deposit pilihanraya, RM 3,000 untuk deposit bahan kempen). Rugi pun rugilah. Sebab mereka tak bijak dalam percaturan kerusi. Masing-masing tak mahu mengalah. 

Kalau mereka tak nak rugi dan berdegil juga. Rasanya confirm kalah kot dalam PRU kali ini. Sebab ini yang akan menjadi bahan utama kempen BN. BN walaupun ada pertandingan dua penjuru dengan ahli mereka, tapi mereka bertanding bebas. Ada lambang kunci, gajah, buku, bunga..hanya satu lambang je BN. Tapi kalau PAS dan PKR masuk gelanggang sama. Alamak keliru dan tak yakinlah pengundi. Kata baik, tapi dalam kertas undi, ada kedua-dua logo ini...

Jadi langkah bijak, selesaikanlah cepat. Jangan ia jadi isu besar dalam PRU kali ini. Menenggelamkan isu-isu lain terutamanya isu manifesto di pihak Pakatan. Ini kalilah (dengan nada suram sebenarnya...)

2 comments:

Anonymous said...

yes, please, please, please. Don't we ever forget our MAIN priority this time, to destroy umno/bn, but how are we going to achieve that if at the end, we're only killing each other. Long Live PR

Anonymous said...

Betul-betul, pakatan mesti benar bermuafakat dan bertolak ansur,kalau tidak penyokong atas pagar akan boikot pakatan!

Post a Comment

Popular Posts